Mac 12, 2014

Odachii & Kanyon SengalBeration~

Owhooo..Konichiwa minna-san!! Ogenki desu ka? Watashi wa genki desu! Hehe. Demam2 pun masih boleh berblog lagi ea aku ni. Maklumlah nak pos entri baru punya pasal. Ni baru balik SengalBeration. Apa tu "SengalBeration"? Sengalberation ni celeberation yang di ubah suai oleh SouthernWota, celeberation untuk idol2 jepang yang kami minat or yang kami follow. Sengal ni sebab kami ni sengal2 dan celeberation idol2 luar dari kebiasaan, biasa para wota celeberation kat rumah tapi kami buat kat open public sambil tunjuk kesengalan kami. Siapa berani beb nak buat kat publik sambil tebal kan muka. Malaysia beb bukan Jepun or negara lain yang lebih open minded. Hehe

So siapa yang kami SengalBeration? Kali ni kami SengalBeration yang yang lahir pada 12 Mac, iaitu Fukuda Kanon (Kanyon / Smileage) & Oda Sakura (Odachii / Morning Musume 14)Kanyon lahir pada tahun 1995 manakala Odachii pada tahun 1999. Kami sengalberation di area dekat2 rumah & kali ni Old Town White Coffee Nusa Bestari jadi lokasi SengalBeration . Oh ya lupa, siapa kami? Kali ni aku sengalberation berdua dengan member aku, incik Nubhan @ Nubu. Nah aku belanja gambar sekitar sengalberation. Hehe

Otanjoubi Omedetou / Happy Birthday to:
Fukuda Kanon [Kanyon] - 19's ~ March 12, 1995
Oda Sakura [Odachii] - 15's ~ March 12, 1999

by:
SouthernWota
location:
Old Town White Coffee, NusaBestari, Johor











SengalBeration by SouthernWota:

Mac 09, 2014

March in Haul~

Konnichiwa! Lama tak update blog aku. Tak update apa2 kan. Alah blog cikai je pun, takyah nak update sangat. Haha. Biasalah aku cuma nak kongsi pasal haul aku bulan Mac ni. Bulan ni macam tak banyak haul sangat aku beli sebab sekarang tengah menyimpan untuk ke Jepang tahun depan, lagi bulan ni nak kena settle kan insuran & cukai jalan kereta. Maklumlah kita hutang piutang banyak macam ni lah.

Aku pun tak tau nak kata apa, meh aku show-off sikit haul baru aku..ala haul biasa je. Bulan ni cuma mampu angkat CD Single & Album.

 Jump Up - Chiisana Yuki - [Regular Edition] - Sakura Gakuin - MYR62 (cdjapan)
BABYMETAL [Regular Edition] - BABYMETAL - MYR92 (cdjapan)


Oklah ni je aku nak kongsi malam ni. Lain kali aku kongsi perkara yang menarik tentang minat aku. Ja Mata~



Are You Ready To Mosh'


Februari 20, 2014

Locomotive Top 10 Aidoru ~

Konichiwa minna!! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! haha, sekarang jarang betul aku nak tulis blog. Sibuk pun iye malas pun ada. Apa boleh buat, balik kerja dah lepak, online pun setakat semak kat twitter & fB je. Idea nak mengarang tak ada. Nak buat kerja2 lain apa lagi. Ni CV da seminggu tak siap2 lagi. Hey apa daa, sabar je lah. 

Hmm hari ni apa entri aku nak post? Dari tajuk dah comfirm2 pasal minat aku, Dunia Wota, iaitu Aidoru~ Aku nak kongsi kumpulan2 Aidoru yang aku ikut dan antara top 10 yang aku boleh kongsi dengan kalian semua. Cuma 10 dari banyak2 kumpulan Aidoru yang aku ikuti & oshi aku setiap group. Hoho

#1
Morning Musume
モーニング娘。

#2
BABYMETAL

#3
Sakura Gakuin
さくら学院

#4
Kyary Pamyu Pamyu
きゃりーぱみゅぱみゅ

#5
Dempagumi.Inc
でんぱ組.inc

#6
°C-ute
キュート

#7
Otome Shinto
乙女新党

#8
S/Mileage
スマイレージ

#9
YuiKaori
ゆいかおり

#10
Team Syachihoko
チームしゃちほこ


Sampai sini je dulu aku nak kongsi pasal Top 10 Aidoru aku. Lain kali kita sembang lagi. Ngantuk sudah..tapi sebelum tidur ni aku nak layan Konsert Team Syachihoko, Summer Festival 2013 ~ Ryakushite Syachisama~
Ja Ne ~


No Music, No Aidoru~


Februari 12, 2014

Opening Haul 2014~

Ohayou! Haha..pukup 1 pagi baru aku rajin nak update balik pasal blog aku. Dah lama tak update apa2 kan. Alah blog cikai je pun, takyah nak update sangat. Haha. Ok sepanjang aku tak update apa2 aku cuma nak share beberapa barang yang aku beli sampai hari ni. Ada lagi yang tak sampai tapi tu nanti2 aku update ok. Dah tentu2 barang aku yang aku angkat ada 4 jenis barang. Gunpla baru, Idol Item baru, Jersi baru & Kamera baru..wuhuii~

Aku pun tak tau nak kata apa, meh aku show-off sikit haul2 baru aku..ala haul murah2 je..dah lama tak balas dendam beli apa2 kan..sekali dapat bonus banyak betul borong..hoho..mungkin ada barang yang nampak aku ni macam pervert sikit, tapi tak bermakna aku ni tak betul..aku cuma adore je..haha..

Gunpla Haul~
GP Base 1/144 : MYR27 (JsHobby)
HGBF Build Strike Gundam Full Package : MYR56 (JsHobby)
HGBF Beargguy III (-san) : MYR72 (JsHobby)
HGUC Gundam F91 : MYR48 (JsHobby)

Idoling Haul~
CD Single Morning Musume Egao no Kimi wa Taiyou sa / Kimi no Kawari wa Iyashinai / What is LOVE? Limited D : MYR88 (cdjapan)
Bomb.TV Magazine January Issue : SGD19 (Kinokuniya Singapore)
Sayaka Yamamoto (NMB48) Photobook : MYR69 (Kinokuniya Malaysia)

JKT 48 Idoling Haul~
JKT48 T-Shirt : IRP 145,000 (MYR40) / (JKT Theater)
JKT48 Towel : IRP 125,000 (MYR34) / (JKT Theater)
JKT48 Rezky Wiranti Dhike  Photo-Keychain : IRP 55,000 (MYR15) / (JKT Theater)
JKT48 T-Shirt : IRP 180,000 (MYR50) / (JKT Theater)

New Sniper~
Nikon DSLR D5100  w Lens 18-55mm
2nd Hand

New Jersey Haul~
World Cup 2014 Japanese Team Jersey
w Niigaki name - Premium Issue
MYR80


Ini lah yang termampu aku beli buat masa ni, ni semua hasil tekanan yang melampau masa kerja dan aku shopping bagi hilang stress..hahaha..aku akan cuba selalu update blog aku kalau ada masa..Oklah dah ngantuk dah ni, sambung lain kali ye. Ja Mata~


fuwa fuwa~

Januari 18, 2014

TNE '14 Team Jersey

Ohayou! Selamat Pagi! haha..lama seh tak pos apa2 kat blog aku ni. Kali terakhir tahun lepas, Disember 31, 2013..haha..tahun 2014, nilah pos pertama. Kali ni nak cerita pasal jersi pulak. Tak lama lagi, senang cerita esok, Januari 19, aku dan team budak2 ofis aku ada tournament anjuran Tiong Nam. Lokasi dekat Daimon Futsal Court kat Sri Skudai. So nak di jadikan cerita tahun ni masing2 nak baju baru main bola. Aku tolong lah arrangekan, kalau ikut tak sempat buat baju kurang tempoh dua minggu..kalau jersi dengan no & nama kejap je, ni siap logo & sponser..memang lama nak siapkan.

So, usha punya usha jumpa satu dealer boleh buat kurang dari 2 minggu, dalam fB, Printing Jersi. Aku deal dengan bos dia, memang sporting. Harga boleh tahan murah. Dekat JB aku dapat sehelai RM63 untuk kos yang aku mintak, tapi dengan dealar ni aku dpt bawah RM45 sehelai. Cuma agak lewat aku deal, so barang lambat siap dan hari ni baru selamat sampai ke Johor dari Kelantan. Sepanjang deal dengan bos ni rasa serba salah sebab selalu sangat tanya macam mendesak. Aku tak kisah tapi orang2 akauntan company aku tanya itu ini..Tu yang payah.

Kualiti memang puas hati walaupun baju aku agak "fit" yelah asian size kan. Haha. Maybe next time boleh di upgrade lagi elok. & lepas ni memang kena buat deal lagi awal dari sebelum ni. Meh aku share Jersi team aku tahun ni. Jersi rasmi warna Biru & Jersi aku, Jersi Keeper warna merah. Aku pilih merah sebab aku minat JKT48 dan nombor jersi aku sendiri aku letak no.48..Haha..


Senarai Pemain Tiong Nam Futsal Tournament 2014 untuk Team TNEFC '14

1. Farhan Zikri (Zieckry / 48)  - GK
2. Amir Shazwan (Amer / 8)
3. Jues (Chyrl / 11)
4. Sharizam ( Zam / 4)
5. Ridzuan (Adamhcxhc / 17)
6 . Husin (Sen / 19)
7. Sobrie (BJ Sem / 86)
8. Teddy Joenick (Joo Nick / 16)




Apapun harap team aku bermain dengan baik esok dan tak kisah menang atau kalah janji main dengan enjoy..Ganbarre TNEFC ~


will be Knight in the Area tomorrow..hehe ~

Disember 31, 2013

End of Year Cosplay @ Marina Barrage

Oh hye~ konichiwa~ ogenki desu ka minna? hehe lama seh tak karang blog & post entri baru. Maklumlah sibuk sikit kot dengan life sekarang. Mana ada masa sangat nak karang blog ni. nak edit gambar lagi. Haha. yang mana simple boleh la. Hmm kurang lagi sehari dah nak masuk tahun baru, masih banyak tak tercapai. Nampak nya terpaksa semua backlogs di bawa ke hadapan. Hehe.

Ok berbalik tentang tajuk entri aku kali ni, ia tentang satu festival hujung tahun 2013, iaitu End of Year Cosplay Festival yang berlangsung pada 15 Disember 2013 di Marina Barrage, Singapura. Festival ni aku pergi lepas aku terlepas & akan terlepas 2 event penting, JCos di JB & konsert BABYMETAL di Singapura. Event ni masuk percuma sebab event ni di buat kawasan outdoor. Cuaca hari tu agak terik dan cerah. Memang banyak minum air hari tu dari makan. Haha. Aku pergi berdua dengan member aku, Nubhan. Saja2 tembak gambar & cuci mata. Tembak cosplayer2 yang ada. Tak ramai cosplayer yang join AFA hari tu datang. Maybe bukan event besar dan cuma sehari. Dan tak ada idol salah satu nya. Cuma ada seorang dancer yang di terbang kan dari Jepun, Wata. Wata ni banyak cover dance lagu2 vocaloid. Apa tu vocaloid, rujuk sini. Aku nak terangkan pun tak pandai. Hehe. Video kat bawah ni salah satu video backup dance yang dia buat. Dia memang comel & ramah. Hehe. Bila dia perform, semua wota2 ber'wotagei' untuk dia tanpa henti..aku suka semangat wota2 singapore & johor walaupun bukan idol tapi diorang wotagei untuk Wata macam Wata-chan idol hebat..guwa respek sama lu brader wota..


Oklah aku pun tak reti nak cakap banyak, meh aku kongsi serba sedikit gambar yang aku ambik masa EoY hari tu. Hehe
Aku & Wata-chan <3

 speecless gila time ni..
 yang ni aku mintak direct dengan Wata-chan..takut dia nak sign mula2..haha XD


 Wata-chan sememang nya comel
Macam pasangan kata member aku..LeL
Hadiah Bunga yang aku & Nubhan bagi Wata-chan. Aku punya siap badge Kamen Rider tu :p


Dan Sekitar EoY ~













Oklah, sekian dari aku buat masa ni. Ada rezeki jumpa lagi tahun depan ye EoY 2014..dan sudah pasti kehadiran AFA14 & CF14 ditunggu tahun depan..Hehe..Jumpa lagi. Ja Mata~


Cosplay Hunter / Cosplayer Huntaa ~

Disember 12, 2013

Origami ~

Ohayou gozaimasu!! tepat pukul 3 pagi aku taip entri ni..tak boleh tidur punya pasal katanya..adoi..esok kerja, kalau tak kerja ok lagi kot..dah lah lepak (penat) seharian settle kan hal2 kat workshop. Agak annoying jugaklah sebab bukan kerja aku, aku pergi buat, lepas tu orang yang handle kerja tu kena cover kerja orang lain & sepatutnya kena handle dalam jugak tapi..hmm malas nak cakap. Aku tolong ni pun bukan pasal dia tapi pasal kesian kat driver je. Dah tolong tapi jumpa aku buat dang je. Mana tak terasa, orang patut handle kerja tu ada dua, sorang orang rumah masuk hospital tu aku tak kisah, seorang baru cover kerja bukan sorang2 tapi ada backup tapi macam lagi teruk kerjanya..lepas tu tinggalkan kerja diorang macam tu je. Aku bukan nak apa sangat pun, cukuplah terima kasih hilang rasa stress & penat aku. Dah lah kerja berlambak, kena handle bukan kerja aku lagi. Eh boleh boleh cakap, " yelah, sama-sama kerja..". Eh kejap bukan kerja aku apasal nak sama-sama kerja, aku tolong bukan buat sama-sama. Entah la, ni yang malas aku nak tolong orang handle kerja. Boleh nak tolong tapi atleast bila tinggalkan kerja bagitau, buat dang macam tak ada apa yang berlaku dan kerja tu bukan kerja kau. Annoying kot. Memang lepas ni aku buat kerja aku je lah dah tak ada nak tolong2 orang lagi. Hmm, masuk tidur lah macam ni. haha. Ok, sebelum tidur aku nak layan lagu "Origami" dulu..siapa nyanyi? Valerie, awek Asian Pop Collective. Oklah, lain kali aku bagitau pasal Valerie tapi untuk kali ni aku kongsi lagu dia, lagu yang aku tertarik masa AFA SG bulan lepas. Hoho



ORIGAMI~
Valerie (Asian Pop Collective) 
Valerie Version

mahou mahou origami makka makka fushigi~!
makka fushigi
~! makka fushigi ~! makka fushigi ~!

otteーotte daisuki mahou no origami da
otteーotte asobou kawaii osumo-san (doskoi!)
(makka makka maka maka fushigi makka makka maka tukuchao ~! )
(makka makka maka maka fushigi makka makka maka tukuchao ~! )

moshi moshi moshi mo konnichi wan wan
mahou ippai origami asobi

turu fuji sushi katsukare- ra-men
soba tempura nandemo (daijyoubu!)
makafushigi mahou de riaruni daihenshin~! itadakimasu!

otteーotte daisuki mahou no origami da
otteーotte asobou kawaii osumo-san (doskoi!)
otteーotte daisuki mahou no origami da
otteーotte asobou moemoe meido-san (gosyujin sama!)




makka makka maka maka fushigi

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "