September 25, 2014

KL Bon Odori !!

Konichiwa minna!! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! haa, kelmarin aku dah pos entri pasal aku pergi Natsu Matsuri kat Temasek, so hari ni aku nak pos entri Natsu Matsuri or kat Tanah Melayu punya diorang gelar Bon Odori, walaupun acara di kata kan di Kolumpo tapi ia berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, kompleks milik orang2 Nippon Tanah Melayu..Acara berlangsung sabtu lepas, September 20,2014. So Southern Wota tetap hantar wakil, aku, Nubu & Frei selaku pioneer SoW. Haha.

Kami bergerak dari Joho ke Kolumpo naik bas sebab nak jimat & tengah bulan kot. Bergerak kami dari Joho ke Kolumpo dengan bas terakhir dan tiba di TBS sekitar 3 pagi, so sementara tunggu geng kami, Faris aka Boya Puchong mari, kami bermalam dan tidur di TBS sementara pagi menunggu kawan dari utara, Boey. Bila pagi menjelma & Boey tiba, lepak semetara tunggu Faris. Faris tiba dan bergerak menuju ke rumah beliau. Kami bermalam di teratak beliau. Syukur kami dapat berteduh. Hehe. Petang sikit kami bergerak ke Shah Alam, kami naik kereta Faris & Faris seperti biasa beliau raidaa. So aku yang rajin nak drive dalam kolumpo. Oh rindu gila nak drive kat Kolumpo dan dapat lepas gian drive kat Kulompo. Orang2 Kolumpo faham2 je la macam mana jalanraya anda. Hehe.

sorotan KL Bon Odori yang lain, bawah ni cuma sikit2 & kalau nak penuh sila ke link flickr den. Hehe

KL Bon Odori -  https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157647472191770/




 muehehehehe..budak liar SoW katakan..

 raining!!

 kawaii imouto!! adik angkat yang shomel..hehe




 Southern Wota feat Kolumpo Wota
Raja Aliff Va pun nak jugak!! haha


Aktiviti yang meriah walaupun keadaan hujan lebat bila petang dan nasib baik tak di batal. Dapat lah join menari Bon Odori. Dapat jumpa member2 lama yang lama tak jumpa, member2 fB yang tak pernah jumpa dapat jumpa macam Shida Mitsui, Boey dll. Aku dan Frei terasa sikit macam artis sebab kami pakai t shirt Momoclo (Momoiro Clover Z), so ramai Nihonjin tegur kami dan ada ambik gambar dengan kami. Hihihi. Aku pakai warna shirt momoclo Pink (Aarin), aku memang oshimen Aarin & Frei pakai warna Ungu (Reni) walaupun Reni cuma Oshihen Frei. hehe


hadiah dari Abe Faris @ Boya Puchong..kih3..
 hadiah dari Ain @ Kawaii-chan @ Sweet Imouto (pict atas & bawah ni)

So, ini antara hadiah aku dapat masa join Bon Odori, dapat PB Morning Musume Alo Hello 2012 dari abe Faris, T shirt Jakarta & Keychain Gajah (dari batu gunung berapi katanya) dari Imouto kesayangan aku, Ain @ Kawaii-chan! rindu siot kat Ain & lama tak jumpa dia makin comel rasa nak picit2 je tapi sebab ramai orang. Dapat jumpa kejap je tapi berbaloi dan happy sangat. Hehe

Oklah sampai sini je lah coretan aku sebab aku nak tidur dah. Lain kali aku tulis lagi, Oh ye, Sabtu ni pun ada Bon Odori kat Joho, so after kerja comfirm aku terus gerak Sutera Mall. Hehe. Ja Ne~



Bod Odori! Sore! Sore!

September 24, 2014

Oshimen Daisuki !!

Senarai2 nama Oshimen aku dekat group2 idol yang aku layan. Maklumlah DD comfirm ramai oshimen..tu belum lagi Oshihen. Haha..meh aku list top 10 oshimen aku buat masa ni..

#1 Odachii
Nama : Oda Sakura
Kumpulan : Morning Musume '14
Tarikh Lahir : March 12,1999
Tempat Lahir : Zama, Kanagawa, Japan
Warna : Lavender

#2 Pannyan
Nama : Nao Sakura
Kumpulan : Team Syachihoko
Tarikh Lahir : September 10,1997
Tempat Lahir : Aichi , Japan
Warna : Marriage Blue

#3 Aarin
Nama : Ayaka Sasaki
Kumpulan : Momoiro Clover Z
Tarikh Lahir : June 11,1996
Tempat Lahir : Kanagawa, Japan
Warna: Pink

#4 Rinapuu
Nama : Katsuta Rina
Kumpulan : S/Mileage
Tarikh Lahir : April 6,1998
Tempat Lahir : Tokyo, Japan
Warna : Yellow

#5 Yukarin
Nama : Miyazaki Yuka
Kumpulan : Juice=Juice
Tarikh Lahir : April 2,1994
Tempat Lahir : Ishikawa, Japan
Warna : Peach

#6 Mi-chan
Nama : Hasegawa Mizuki
Kumpulan : Tsuri Bit
Tarikh Lahir : February 13,1998
Tempat Lahir : Tokyo, Japan
Warna : Aqua

#7 Mirin
Nama : Furukawa Mirim
Kumpulan : Dempagumi.inc
Tarikh Lahir : September 19
Tempat Lahir : Kagawa, Japan
Warna : Red

#8 Yurika
Nama : Takahashi Yurika
Kumpulan : Otome Shintou
Tarikh Lahir : June 22,1997
Tempat Lahir : Tokyo, Japan
Warna : Pink

#9 MC Miri
Nama : Sakurai Miri
Kumpulan : RhymeBerry
Tarikh Lahir : March 28,1998
Tempat Lahir : Tokyo , Japan
Warna : Red

#10 Rinon
Nama : Isono Rinon
Kumpulan : Sakura Gakuin
Tarikh Lahir : November 16,2000
Tempat Lahir : Kanagawa, Japan
Warna : -



Ni sajalah buat masa ni. Hehe. Next time ada masa aku update lagi ye..sayonara!!



DD Live!!

September 23, 2014

Natsu Matsuri 2014

Wasshoi! Haha..Konichiwa minna! Iye iye je nak aktif balik tapi last2 dekat sebulan baru update & pos entri baru..Haha.,Propaganda sungguh sia.. Ni cerita bulan lepas punya cerita. Dah sebulan baru nak update cerita, apa punya terus da aku ni..haha..

Kejadian berlaku di Changi Japanese Primary School. Event apa? Natsu Matsuri atau Festival Musim Panas yang bakal berakhir (dah berakhir pun di Jepun). Ni kali pertama aku join Natsu Matsuri di Singapore, selalu dekat KL je, tu pun Bon Odori. Macam biasa geng2 Southern Wota yang menyemak kali ni ke Natsu Matsuri ni. Geng2 yang terlibat aku, Nubu, Frei & Afiq selain member2 Afiq. Kami tak tahu lokasi dan sebab tu kami minta otai wota singapura, Joe Metalz aka Ayahanda Joe. Haha

Memang agak happening dengan suasana Natsu Matsuri, dengan acara berada dalam kawasan sekolah jepun, memang terbaik. Lepak dengan member2 Wota Singapura yang lain terasa macam berada di tempat sendiri. Oklah malas nak cerita banyak, tengok jelah gambar2 yang ada dalam link aku tu. Biar gambar berbicara. Hehe

Natsu Matsuri 2014, Changi Japanese Primary School, Singapore
https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157646811288372/

















Natsu Matsuri / Summer Festival..

Ogos 16, 2014

Back On Stage! Wake Up Locomotive!!

KONICHIWA!! Minna! Ogenki desu ka? Waaaa! lama sia tak ber'blog' since Mei lepas..dekat 3 bulan eh tak blog. Maklum lah sibuk sikit..Dah kerja ni malas nak update apa2..penat kot. Sekarang ni macam nak ber'blog' balik. Banyak benda aku nak kongsi cuma aku cuma kongsi yang mana terdaya je lah ye. Perkongsian aku lebih berkongsi tentang dunia Wota & Otaku baut masa ni selain sedikit kegembiraan hidup aku. Mungkin suka dan duka. Aku cuba menjadi yang lebih baik dari semalam dan terus mengapai impian dan cita2 yang tak seberapa hebat dan ampuh.

Untuk entri pertama. Meh aku kongsi pasal aktiviti lepas raya selaku Otaku & Wota, kalau bukan event EoY (End of Year Cosplay Festival) 2014 di Marina Barrage, Singapura. Event ni berlangsung selama 2 hari sabtu & ahad (2 & 3 Ogos 2014) & aku pergi dua2 hari ni. Sebab apa aku pergi dua2 hari ni sebab aku rasa event ni sangat best & santai. lagipun event ni event outdoor. So aku boleh hunting cosplayer dengan selasa dan bebas tak macam sesetengah tempat yang indoor dan pergerakan agak terbatas. Tapi apa yang penting aku pergi sebab aku nak jumpa Penta & Marisu iaitu gadis2 dancer dari Nico Nico Dancer. Dua2 ni sangat comel & bertenaga. Paling comel dah tentu Penta or Asibuto Penta. Orang nya sangat comel, cool & peramah. Penta seboleh2 cakap english walaupun tak fasih. Aku nak cakap jepang tak power & cakap english je lah, nasib baik Penta faham. Dengan Marisu tak kisah sebab Marisu (Marice) punya english boleh tahan. Event untuk dua hari ni aku punya kerugian hampir SGD50++,  habis sebab cheki & item. Cuma satu item, magazine Bomb aku beli sebelum ke EoY 2nd day.

Apa2 pun, aku nak kongsi sikit gambar hari kejadian. Sebahagian aku kongsi dalam blog ni & selebihnya dalam flickr aku. Ini je lah aku dapat kongsi untuk hari ni dan pertama untuk setelah sekian lama hiatus.


EoY 2014, Marina Barrage Singapura


Antara Cosplayer yang sangat kawaii & kakkoi ~






Penta & Marisu (Nico Nico Dancer) & Pika Pika Girls

 Marisu & Penta ~

 Pika Pika Girls

 Marisu & Penta

 Penta

 Marisu

 Penta


Geng Southern Wota & Singaporean Wota/Otaku

 Penta & Me ~

 with Marisu
 with Penta

at 1st day, --> CEO, Chip, Joe & Afiq



See You 2015 EoY :

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "