Jun 27, 2013

BABYMETAL - メギツネ - MEGITSUNE [Preview by Faan Žiećkry]


Yo' Haro!! Ogenki desuka minna-san? watashi wa genki desu!! Ok, kali ni aku nak buat satu entri baru yang lain pada kebiasaan aku. Terasa nak buat satu review pasal setiap single atau album yang aku layan. Sebelum ni aku banyak buat review satu2 lagu tu pun dalam facebook aku je. Sekarang nak luaskan dalam blog aku pulak. Tapi ni semua dari pandangan perspektif aku sendiri je. Kalau rasa tak bersetuju aku tak boleh kata apa2 lah sebab masing2 ada cita rasa masing2 kan. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa je.

Ok, untuk pertama kali, aku baru habis layan semua lagu dalam Single terbaru BABYMETAL, Megitsune..apa yang aku boleh katakan pasal single ni memang superb dan menarik, lain dari lagu dan single sebelumnya. BABYMETAL memang dah melangkah jauh dan keluar dari konsep kebiasaan kumpulan2 Jpop yang sedia ada atau yang cuba meniru rentak Metal.Ketiga-tiga lagu ada kekuatan masing2. Megitsune dengan konsep heavy-death-metal masukkan element musik tradisi lama yang di ubah-suai ikut rentak metal, 'sakura-sakura' dalam lagu ni menguatkan identiti lagu ni yang sememangnya menyeru semangat 'Kitsune' tu sendiri. Nampak epic tapi tu yang bagi kelainan dalam lagu ni. Sangat menguji tahap vocal Su-METAL setanding para-METAList yang ada yang bagi aku Su-METAL buat cukup baik. Side-single untuk single ni, Akatsuki & Onedari Daisakusen. Akatsuki lagu yang slow dan aku boleh kata agak rock-metal tapi soul yang ada dalam rentak dan lagu ni buat lagu ni sangat unik berbeza dengan single utama. Misteri dalam lagu ni buat lagu sangat bertenaga dan berjiwa. Su-METAL memang bagi aku berjiwa dalam lagu ni dan seperti luahkan dari dia sebagai Megitsune. Onedari Daisakusen pulak bagi aku sangat biasa tapi menguji tahap vocal dan kemantapan sang pari2 pengiring Puteri Kitsune(SU-METAL), Yui-METAL & Moa-METAL. Lagu ni membuktikan mereka bukan sekadar penari sampingan tapi berkebolehan menyumbang suara walaupun kemampuan dalam ber-metal tak sehebat Su-METAL. Tapi unik mereka pada suara mereka yang tampak sangat psiko dalam kecomelan sangat membantu membina nama sehebat BABYMETAL tu sendiri. Ni cuma pandangan aku saja, kalau ada yang kurang setuju aku tak boleh kata apa sebab ni cara aku. Dan ni rate aku untuk setiap lagu dalam Single 'Megitsune'..

 1. Megitsune ~メギツネ~ (4.9/5.0)
 2. Akatsuki ~紅月 (4.9/5.0) 
 3. Onedari Daisakusen ~おねだり大作戦~  (4.5/5.0)

Hehe, dan nilah pandangan aku tentang album Megitsune ni dan mungkin lain kali aku akan cuba naik taraf cara dan pandangan aku untuk album2..Ja~



kitsune ja nai~

Jun 23, 2013

Fox Princesse (メギツネ ) Arrived!!

Konnichiwa!! Selamat Malam geng~ ogenki desu ka? watashi wa genki desu! Macam bulan ni banyak pulak entri aku pos kan, haha. Ala apa salah dah lama kot tak ber'blog', blog cikai je pun. Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan melalui tajuk pos entri aku ea? Dah tentu-tentulah haul terbaru dan terakhir yang sampai ke bilik aku. Kih3.

Barangan/Haul terakhir aku bulan ni adalah CD Single terbaru BABYMETAL, Megitsune (メギツネ ) yang bermaksud 'Wanita Musang'. Kan sebelum ni aku ada pos entri tentang satu lagu baru BABYMETAL kan, so ini lah album dia. Barang ni sampai tepat kat meja pejabat aku sehari sebelum pelancaran album secara rasmi Single Megitsune kat pasaran Jepun, 19-Jun-2013~. Sungguh bertuah di badan pertama kali dapat sebelum pelancaran. Biasa dah lambat baru sampai sebab aku beli lambat. Dan ini membuktikan dan nampak sangat aku obses denga BABYMETAL. Haha. Adeh. Apa ada hal, kalau dah minat, masing2 kot.



Untuk album ni je aku belanja dekat ¥2700 = RM88.46. Harga Single dalam ¥1800 (RM58.97) je tapi sebab pos jadi lah harga tadi. Kenapa mahal sangat? ye lah sebab aku beli Single yang Limited punya. Kalau yang aku beli ni Limited Edition “Ki” yang ada cover Su-METAL (Suzuka Nakamoto), aku memang minat dengan dia sebab tu aku pilih untuk beli Limited "Ki". Dalam Limited ni, ada dua CD, satu CD Single lagu yang ada dua lagu, Megitsune & Onedari Daisakusen & dua CD, DVD Live Clip 2012.10.6 「I,D,Z~LEGEND”I”」at Shibuya O-EAST yang ada lagu Overture~Do・Ki・Do・Ki☆Morning & Headbanger!! Dan lagi best sebab aku beli 'first press', aku dapat satu poskad gambar Su-METAL. Huhui~



Sekarang ni aku kena saving pulak sebab tak lama lagi mungkin Full Album BABYMETAL akan keluar dan aku taknak lepaskan peluang untuk dapatkan satu salinan sebagai Koleksi. Hehe Oklah, aku dah ngantuk lain kali sambung lagi. Ja Ne~


kitsune janai kitsune janai~





Jun 16, 2013

1st S.H.FIGUARTS ~ Figuarts Kita!!!

Salam, ogenki desu kan minna-san!! watashi wa genki desu!! hehe. Hari ahad yang sugguh panas dan terik ni buat aku malas nak ke mana2 apa lagi keluar cari makan..duduk rumah je lah weh. Tadi keluar kejap pun sebab ambik member dari Selangor tunjuk hostel dia kat area rumah aku. Lepas tu balik terus rumah dengan kereta aku air-cond rosak. Adeh. So aktiviti aku hari ni cuma Main dengan permainan aku je. Haha.

Khamis lepas akhirnya tiba barang idaman aku dari dulu, SHF pertama aku, SHF Kamen Rider Fourze. Aku pre-order model ni dari bulan April lagi sebab aku nak sekali dengan 5th Anniversary SHF Special Tamashii Stand Campaign Heisei Rider . Bukan tak ada yang sedia ada tapi stage je yang tak ada, ni khas untuk model yang release bulan Mei-Julai tak silap aku. Walaupun ni SHF pertama aku aku rasa teruja dan mungkin teracun dengan model2 SHF. Mungkin lepas ni model2 dari Siri Kamen Rider atau Super Sentai. Tapi yang mesti dapat senarai hajat aku dah tentu Kamen Rider Nadeshiko, Akiba Yellow, Yellow Buster, Yellow Gokaiger & Yellow Goseiger. hahaha. 

Dari segi artikulasi memang model Fourze memang tak mengecewa kan walaupun ada part kurang menyerlah macam bahagian tengkuk yang terlalu limit dari segi pergerakan. Tapi bahagian lain bagi aku dah cukup bagus dan mantap. Oh duit memang kamu mencabar aku untuk terus memiliki model2 lain SHF. kena banyak saving la lepas ni. Hehe.

 SHF Kamen Rider Fourze + 5th Anniversary SHF Special Tamashii Stand Campaign Heisei Rider
= RM112.00
5th Anniversary SHF Special Tamashii Stand Campaign Heisei Rider  (Kamen Rider Ryuki Stage) 


 Uchuu Kita!! (It's Space Time!!)




 Switch On!!


 Drill On!!



 Rocket Drill Limit Break!!
 Rocket Drill Kick!! 


Uchuu Kita!!

Jun 09, 2013

Foxy Ladies~

Yo Haro! cuba perkataan baru yang aku belajar dari anime. Kih3. macam2 hal tapi nampak kool laa. ops, ogenki desu ka minna? watashi wa genki desu! Lama tak berblog ni, lama tak mengarut merepek-meraban katanya. Aku tak kisah blog aku tak ada orang kenal dan banyak viewer macam blog lain. Sebab ni tujuan aku, cuma menulis untuk diri sendiri dan keyakinan aku. Lepas kisah dua tahun aku lebih selesa menulis dan berplamo untuk isi hari2 aku lebih bermakna. Alamak! Terjiwang la pulak. Kui3. Ok2 berbalik pasal tajuk aku, apa kaitan topik aku dan 'Foxy Ladies' atau lebih tepat, Megitsune dalam bahasa jepun. Megitsune yang aku nak cerita ni adalah Single terbaru BABYMETAL untuk Single Album kedua mereka, Megitsune yang akan di pasaran 19 Jun 2013. Aku dah pun pre-order bulan lepas dan tinggal sampai ke rumah je. Hehe.

Kemantapan BABYMETAL dalam dunia metal nampak akan memecah dominasi 'idol' yang selalunya bawak gerne pop sahaja. Langkah bijak memperkenalkan BABYMETAL sebagai kumpulan idol dalam gaya metal yang aku boleh katakan sekarang mereka dah ke tahap level ketiga musik metal. Bukan sekadar meniru gaya metal semata-mata tapi konteks lagu masih terlalu jpop yang biasa. Walaupun musik metal BABYMETAL tak se-hardcore kumpulan2 metal yang ada tapi ni dah menampakkan mereka bukan kumpulan idol-metal biasa. Fenomena ni semakin di terima para2 pengemar musik jpop. Dalam masa sama menarik aku yang memang MetalHolic & JpopHolic menjadi pengikut tegar mereka. Banyak jugak kumpulan2 idol cuba bawak gerne metal tapi kebanyakkan masih terlalu biasa dan konsep idol jpop tak dapat hilang dari mereka.

Tentang 'Megitsune' ni apa yang aku dapat dari terjemahan dia tentang seorang wanita misteri yang banyak simpan rahsia dan duka walaupun dalam riak wajah macam tiada apa yang berlaku dan semua berjalan indah. Dalam masa sama dia mohon pada dewa musang untuk bagi dia kekuatan supaya dia mampu jadi sehebat lagenda musang dan menjadi 'Megitsune' yang gah. Banyak makna aku tak boleh jelaskan atas sebab2 tertentu. Dari segi musik, gabungan musik metal dan musik tradisi jepun 'sakura-sakura' memang menjadi elemen yang aku rasa sangat epik dan terbaik. Sesuai dengan lirik lagu tu sendiri. Ni saja analisis mampu aku ungkapkan sebab aku bukan handal sangat pun. Ni dari kaca mata aku saja. Kalau ada yang boleh bagi pendapat lain aku alu-alu. Kita berdiskusi bukan mengkritik dengan cara kasar. Oklah, mohon layan lagu 'Megitsune' ni. Jumpa lagi di entri yang lain. Ja Ne ~



BABYMETAL - メギツネ - MEGITSUNE


(Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore! )
 (Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore!)

Omekashi kitsune-san
(Chiki Chiki wasshoi!! Chiki Chiki wasshoi!! )
Tsuinte nabika sete
(Hira Hira wasshoi!! Hira Hira wasshoi!! )

Hajikete doron shite
(Kuru Kuru wasshoi!! Kuru Kuru wasshoi!! )
Iza yuke shichihenge
(Konkonkonko konkonkokkon! )

(Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore! )
(Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore! )

 Inishie no otome tachi yo
 Kari some no yume ni odoru
 Ikusen no toki wo koete
 Ima o ikiru

 Aah~ sou yo itsu demo onna wa joyuu yo
 Kitsune janai kitsune janai
 Otome na megitsune

 Aah~ yamato nadeshiku onna wa kawaru no
 Kao de waratte kokoro de naite
 'Sou yo ne'tte namida wa misenai no

Kitsune kitsune
 Watashi wa megitsune
 Onna wa joyuu yo

(soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya sore sore sore sore! )
(soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya soiya sore sore sore sore! )

(Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore! )
(Sore! Sore! Sore! Sore sore sore Sore! )

 Inishie no otome tachi yo
 Kari some no yume ni utau
 Ikusen no toki wo koete
 Koko ni ikiru

 Aah~ sou yo itsudemo onna wa joyuu yo
 Kitsune janai kitsune janai
 Otome wa “Name tara i kanzeyo!”

 Aah~ yamato nadeshiku onna wa kawaru no
 Zutto itsumo kienai you ni
 Hanabi wo ageru no

 Aah~ saite chiru no ga
 Onna no sadame yo
 Kao de waratte kokoro de naite
 Junjou otomena megitsune yo

 Aah~


Aah~ Megitsune

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "