Oktober 31, 2013

Ganbare!!

Konichiwa!! Ogenki desu ka minna? watashi wa genki desu! hehe. macam lama je tak pos apa2, oklah sambung pos entri baru, baru2 ni dalam minggu lepas aku dah dapat haul terbaru aku untuk bulan ni dan satu2 haul aku bulan Oktober memandang kan tak ada belanjawan hiburan untuk bulan 10 di sebabkan banyak nak ke arah lain. Abis yang haul baru ni dari belanjawan mana? Ni dari belanjawan lebihan bulan September dan haul ni pun kebetulan bulan 9 dah kena pre-order. Apa lagi kasi sambar lah.

Apa seh aku sambar bulan ni? hmm biasa lah wota macam aku ni tak lain tak bukan koleksi CD single terbaru lah. Kali ni aku angkat single baru 'Sakura Gakuin' yang bertajuk Ganbare!!. Sebab tu pos entri aku pun aku sebut Ganbarre. Aku angkat Regular Single je sebab tak ada budget nak angkat Limited A atau B punya.



Ini lah haul aku bulan ni, total RM33.71 tak termasuk pos ke Malaysia. Lagi pun yang ni aku tumpang shipping dengan member aku sorang tu, pakai akaun dia. Haha. Kali ni bonus aku dapat 'Student Card' dari Nene. Target aku Hinata takpun Yui, tapi dah dapat ni pun oklah.

Dalam Single terbaru Sakura Gakuin yang aku baru layan ada 4 lagu termasuk main single, Ganbarre. Lain semua side single untuk Regular, Limited A & B.

Dan ini komen dari aku tentang ke-empat2 lagu yang aku dah dengar

Ganbare!! - Sakura Gakuin (main single)
~ single baru ni tak perlulah aku perkatakan sebab dari tajuk lagu ni dah tunjukkan kita tentang semangat untuk berusaha mengejar cita2 dan impian. Impian & cita2 setiap manusia. bagi aku lagu ni cukup memberansangkan dan membangkitkan semangat aku bila aku layan lagu ni. Sakura Gakuin semakin hari semakin meningkatkan mutu dan kualiti dari hari demi hari. Single baru ni cukup bagi aku komitmen untuk aku terus follow mereka. Dan lagu ni buat aku bersemangat tinggi bila layan. Rate yang aku boleh bagi untuk lagu ni, 4.8/5.0....

Pumpkin Parade - Sakura Gakuin (regular side)
~side single ni antara mencuri tumpuan aku bila aku layan, mula agak slow tapi plot dan klimaks dia makin lama makin naik. musik yang sesuai dengan masa di lancarkan iaitu tak lama sebelum hari Halloween. Elemen horrow dan misteri dalam musik ni memang menarik. Lain dari yang lain walaupun ada2 masa ada beberapa bahagian agak leak bila di dengar. tapi keseluruhan boleh tahan cuma agak mendatar. Rate side ni aku mampu bagi 4.5/5.0..

Welcome To My Computer - Kagaku Kyumei Kiko Logica (limited A side)
~side single limited A ni bagi aku agak sedikit mengecewakan aku dari segi persembahan tak banyak berbeza dari penampilan dan gaya musik sebelum ni, faham konsep sains yang mereka ketengahkan tapi kelainan tu tak ada dari sebelum. sepatutnya side single dari limited lagi terbaik dan gempak dari regular single. cuba bermain dengan rentak tekno dan elektro dan cubaan berjaya cuma penyampaian mereka tak menjadi dan tak menyakinkan aku untuk terus layan side single ni. Rate yang terdaya aku bagi untuk side single ni, 3.8/5.0..

Acha! Cha! Kari - Mini-Patissier (limited B side)
~rentak dan elemen musik lain dari yang lain. irama yang tak mengecewakan aku dan selayaknya berada di dalam side single Limited B. Cuma ada beberapa bahagian masih tak boleh nak lari dari rentak dan gaya 'Wonderful Journey' Irama asia selatan kena dengan tajuk lagu yang berkaitan makanan yang berasal dari India. Cuma untuk aku mereka masih boleh di pertingkatkan memandangkan dua anggota mereka, Yui & Moa adalah anggota kumpulan gadis metal terkenal masa kini, BABYMETAL dan itu seharusnya mereka memperbaiki lagi kehehebatan Mini-Patissier seperti mana BABYMETAL walaupun mereka hanya mengetengahkan tentang masakan dan makanan semata-mata. Rate aku untuk side single ni aku boleh bagi 4.5/5.0..


Ini cuma pandangan peribadi aku dan terpulang pada diri masing2. Sebab masing2 ada pandangan masing2 yang tak sama walaupun sehaluan kan. Tapi apa2 sebelum aku akhirkan entri aku, aku share single utama Sakura Gakuin kali ni, jom layan PV mereka. Jumpa lagi lain entri. Ja ne





Ganbare!!


Oktober 20, 2013

Gaki-chan, Otanjoubi Omedetou! ~in born October 20,1988~

Konichiwa minna!! ogenki desu ka? watashi wa genki desu! Hari ni 20 Oktober 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran oshi aku, Niigaki Risa yang ke-25 katanya. Otanjoubi Omedetou Gaki-chan! Selaku wota, aku pun ada selfie celebrate untuk Gaki, ala celebrate yang biasa2 je. Tak havoc dan power macam wota2 gaki yang ada di seluruh dunia. Hehe. Dia aidoru pertama aku selfie celebrate. Macam pelik pun ada tapi aku tak kisah sebab aku anggap ia suka2 dan aku nak buat demi rela hati dan bukan desakkan wota2 lain. Haha. Biar orang kata aku pelik janji aku fun dengan apa yang aku buat. "Once you wota, forever you will be wota"..so apa lagi let wotagei dengan tiga lagu faberet aku dari gaki-san yang aku minat, dua dari performance group & satu solo. Aku share lagu faberet aku, Renai Hunter (pv) , Shouganai Yume Oibito (pv) & Egao ni Namida (pv) ~~

Niigaki Risa
D.O.B ~ October 20, 1988
P.O.B ~  Yokohama, Kanagawa, Japan
Morning Musume ~ 2001 - 2012
~selfie celebrate for Gaki~

*
*
*


Egao ni Namida [Thank you My Dear Friend]




*
*
*



Gaki Forever~

Oktober 06, 2013

~ Nihon Musume Idol ~

Ohayou! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu..hehe.. Aku tak tau nak pos entri baru apa tapi sebelum aku nak tidur aku dah ada idea, aku nak kongsi 5 kumpulan/group japanese-idol kegemaran aku setakat ni. Al-maklumlah aku ni sikit obses dengan J-Idol ni tapi tak adalah macam wota2 yang sedia ada. Hehe. Meh aku kongsi 5 group pilihan aku setakat ni.

#1 ~ Morning Musume / モーニング娘

belakang : Fukumura Mizuki, Oda Sakura, Sato Misaki, Iikubo Haruna, Suzuki Kanon
depan : Sayumi Michishige (c), Sayashi Riho, Ayumi Ishida, Ikuta Erina, Haruka Kudo 

Latest Single Hits : Wagamama Ki no Mama Ai no Joke 
(MV)

#2 ~ BABYMETAL



Mizuno Yui (Yui-Metal), Nakamoto Suzuka (Su-Metal), Kikuchi Moa (Moa-Metal)

Latest Single Hits : Megitsune
(MV)

#3 ~ Kyary Pamyu Pamyu / 竹村 桐子

Real Name : Kiriko Takemura 

Latest Single Hits : Invader Invader
(MV)

#4 ~ Sakura Gakuin / さくら学院

belakang : Isono Rinon, Ooga Saki, Mizuno Yui, Iida Raura, Sugisaki Nene, Taguchi Hana,Sato Hinata
depan : Yamaide Aiko, Kikuchi Moa, Horiuchi Marina (c), Shirai Saki, Notsu Yunano

Latest Single Hits : Ganbare!!
(MV)

#5 ~ Dempagumi.inc / でんぱ組.inc

Yumemi Nemu, Aizawa Risa (c), Furukawa Mirin, Fujisaki Ayane (Pinky), Mogami Moga, Naruse Eimi


Latest Single Hits : W.W.D II / World Wide Dempagumi II
(MV)


Ok. Inilah 5 artis paling aku minat setakat ni..Bulan depan aku akan update ranking diaorang pada list kegemaran aku. Mungkin aku letak 10 kumpulan/solo yang aku layan. Hehe. Oklah, dah siap2 nak subuh lepas tu jenjalan. Jumpa lagi entri seterusnya. Ja Mata.



once wota, forever wota~

Oktober 02, 2013

Gundam & Temasek..demi GUNDAMGIRL katanya~

Ohayou gozaimasu! Selamat Pagi! Owhoo..pertama kali aku online & update blog aku pagi2, sebab aku tak kerja. Alasan? Kaki aku bengkak daa..susah nak bergerak. Dah macam apa nak berjalan. Ni ada masa aku nak update blog aku yang entah apa2 entah. Haha. Aku kali ni nak cerita tentang cerita sabtu lepas. Apa yang berlaku? tiada apa yang berlaku. Haha. Tak adalah, sabtu lepas aku dengan seorang kawan sehobi turun Temasek (Singapura laa) sebab ada Gunpla Singapore Expo 2013. Wajib pergi sebab dah dekat dengan aku dan aku tak turun KL minggu depan untuk Gunpla Malaysia Expo 2013 sebab dah koyak habis dompet aku

~Gunpla Singapore Expo 2013~

Dari JB ke Serangoon ~
Expo ni berlangsung dekat 2 minggu tapi cuma hari Sabtu & Ahad je acara ni. Aku & member aku, Chandra buat keputusan pergi hari Sabtu, takut Ahad hari sibuk orang nak masuk ke Temasek. Tapi memang perjalan kami ke sana agak lancar dan kami pun masing2 dah lama tak masuk Temasek ni, agak kekok jugak nak ke sana ke mari. Kami pergi naik public transport bagi senangkan perjalanan kami. Nak naik kereta comfirm payah & jalan jammed nak masuk Temasek. Naik bas dari JB Sentral turun ke MRT Kranji, naik MRT dari Kranji terus ke Serangoon. Cuma bertukar satu MRT di Bishun tak silap aku.

 JB Sentral, Johor Bahru
 Peta MRT Kranji~Cari2 lokasi & hala tuju
Tiba di destinasi MRT Serangoon, betul bawah Nex Mall Serangoon~

Gunpla & GundamGirl Terpisah Tiada~
Bila sampai ke destinasi berpusing-pusing cari tempat Expo, tapi last2 jumpa jugak kat tingkat atas Nex Mall. Tu pun kena tanya bahagian pertanyaan. Sampai2 boleh tahan expo dia kali ni cuma tak sebesar yang di harapkan & aku cuma harap dapat jumpa Kawaguchi-sensei, pakar gunpla dari jepun. Pusing2 satu expo, ambik gambar model2 kit & model2 kit yang masuk bertanding. Tak lepaskan peluang jugak ambik gambar model GUNDAMGIRL tu yang penting. Haha. Tengok lain2 semua pakai kamera canggih2, DSLR la, aku & chandra selamba pakai Kamera Poket je. Sampai habis full memori aku guna. Aku kalau dah sibuk pusing2 ambik gambar memang entah mana2 aku pergi sampai terpisah dengan Chandra. Rilex la kitorang lelaki apa, lagi pun expo tak besar. Takkan hilang punya. Haha

 GUNDAM GIRL yang aku adore :p
 Gunpla Singapore Expo Entrance

 RX-78 siries
   RX-78-3 version 3.0 (idaman kalbu)
  Gundam Breaker Game
   Endless Waltz Series
   00 Series
 Main Heroes 
 Karya2 Peserta





GUNDAM GIRL  
  GUNDAM GIRL
  GUNDAM GIRL


Kawaguchi-Sensei~
Tak lama yang di tunggu2 tiba. Kawaguchi-sensei!! Apa lagi, mintak autograph & bergambar la. Tapi lucu tu pun chandra panggil dan cari aku sebab aku dah hilang mana entah. Dia dah awal2 ambik gambar tinggal aku je belum. Dia takut Kawaguchi hilang. Haha. Tapi Kawaguchi-sensei memang sporting dan cool je bila jumpa. Dapat berbual sikit je sebab English Sensei tak berapa bagus sangat. Tapi chandra rilex je berbual maklumlah orang pandai cakap jepang. Haha

tanda tangan Kawaguchi-sensei maa~
Kawaguchi-sensei & Aku
Kawaguchi-sensei & Chandra 
  Kawaguchi-sensei & GUNDAM GIRLS
  Jumpa Lagi Gunpla Expo, dari Chandra
  Jumpa Lagi Gunpla Expo dari aku 
jadual aktivi 4 hari expo

Merlion & Marina Bay~
Habis balik dari Gunpla Expo, Chandra ajak tengok jalan2 ke Sentosa & Marina Bay. Dia kata nanti parent dia nak datang Malaysia & nak turun Singapura jalan2. Ikutkan je lagi pun masih awal. Kami ambik MRT dari Serangoon terus ke Raffles Road. Nak pergi Marina Bay. Kalau nak ke Sentosa kang tak balik2 jugak. Haha. Last2 kami lepak di depan Merlion di Marina Bay. Bergambar bak pelancong luar negara. Eh kami memang dari luar negara pun, aku dari Malaysia, Chandra dari Indonesia. Hahaha. Ramai jugak orang di Merlion rata2 pelancong dari Malaysia ada, Indonesia ramai, Thailand, Korea & Japan pun aku tengok ada jugak. Biarkan diorang. Janji berjimba2 dan lepak sementara balik ke Johor. Dekat jam 7 baru kitorang berangkat balik ke Johor. Dan selamat sampai ke Johor & rumah dekat2 pukul 9 malam jugak. Memang lepak dan penat tapi puas hati. Hehe











Kembara Temasek Tamat~
Seharian di Temasek & lepak jenjalan dengan otai Chandra memang membuat aku gembira sangat. Dah lama rasa nya tak short journey macam ni. Walaupun sekejap tapi berbaloi. Oklah, sampai sini coretan aku hari ni. Lain kali kalau ada entri menarik aku kongsi kan kat semua ok. Bye Bye. Ja Mata :p



Gunpla & GundamGirl terpisah tiada~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "