Yosh! Baru je tadi aku pos pasal lagu baru Juice=Juice, so sekarang, sementara tengah rajin ni, aku nak update satu lagi blog aku dengan post yang baru je berlaku semalam. Apa lagi, semalam ada JB Bon Odori dekat Dataran Sutera Mall, JB. Baru je seminggu dekat KL/Shah Alam, so semalam dekat JB la pulak. Mula malas nak pergi tapi taknak hampa kan member2 SoW so pergi jugak. Mission SoW bermula lagi, Selama kami kat acara sana rasa kami je banyak buat kecoh dari masa Bon Odori Dance sampai abis. Memang agak happening lah dengan perangai gila2 kami. Sampai masa kami ambil2 gambar Imouto & Ototo (adik2) yang comel, ada Okasan (ibu) diorang tegur aku siap sebuat "aaah! Momoclo!" sebab aku pakai t shirt Momoiro Clover Z. Okasan2 muda ni muka happy gila ye lah aidoru national kot. Tak sangka ada rakyat Malaysia pun layan aidoru diorang minat. Siap suruh anak diorang ambik gambar buat pose tangan "Zetto" (Z). Padahal Imouto2 tu tak kenal pun Momoclo, Okasan2 je yang tau..Nub tak abis2 introduce aku mononofu dekat okasan tu, siot je..hahaha.
Member2 SoW yang join, aku, Frei , Nub , Sim , Wan & Afiq. kami memang betul2 mengila semalam. haha. Sampai kan semalam lepas tamat sesi Bon Odori yang terakhir, ada satu Nihonjin (orang jepun) yang kepala gila2 macam kami siap cheering dengan kami. Abis Bon Odori biasa lah SoW akan cheering tanda greet day. Then Nihonjin ni pun join & say thanks sebab sama2 memeriahkan acara. Betapa respek dia pada bukan Nihonjin sebab kami join memeriah kan acara, walaupun bukan budaya kami. Kami sama2 cheering, sama2 cheering in around sambil sorak "Johoru!!"..memang cool gila.. sebelum kami berpisah, Nihonjin tu ucap Arigatou! Terima Kasih! Nakama! kat kami. Kami rasa time tu memang orang Johorean tengok geng2 kami memang pelik. Tapi apa kami nak kisah, janji kami have fun. Organizer pun gembira sebab makin ramai memeriahkan suasana. Lagi2 lokasi ni dekat dengan rumah aku, takut lah haters2 aku kang tak pasal2 jadi rival!!! ehhh!! takut denagn haters??? ceh, aku peduli apa..bak kata PakCik Termiji, minat masing2, janji tak susahkan orang sudah. Yezza!
Lepas abis Bon Odori, kami semua sambung Karaoke kat Ali Baba Gaint Tampoi. Memang gila sampai hilang suara kami, Masing2 bukak lagu Korea & Jepun. Lagu Melayu & English berapa lagu je. Memang happening tapi Afiq je tak join kami. So aku share gambar kat sini pun sikit je lah, lain sila layari flickr aku..hehe
JB Bon Odori : https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157647714431588/
imouto
imouto & ototo
oka-san diorang minat Momoclo..kih3
amoi2 yang sama2 gila malam tadi..haha
Yossha!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan