Oktober 17, 2016

Crazy? And? So?

Yosh! Andcrazy....idol yang aku rasa kena dengan telinga aku dan walaupun nampak je idol ni macam laju sebab baru beberapa tahun dah dapat major label tapi untuk aku, lagu dan musik dia sangat best..mungkin tak berapa orang suka dan orang lebih tertumpu dengan alternatif idol dari Rock-Idol yang memang tahu musik rock memerlukan tahap suara yang mantap dan tak banyak idol mampu membawa gerne ni dengan baik, nak kata sempurna tu susah sebab memang tak banyak idol boleh bawak pure rock..Rock & Roll dude, not easy for idol biasa nak kuasai gerne ni tapi aku tertarik dengan main vocal, Ritsuka yang boleh lead lagu ni dengan baik. Member lain pun bagi aku cukup membantu dari segi part yang Ritsuka tak mampu atau kurang pada dia..

Rock-Idol yang Andcrazy bawak bukan setakat Rock biasa,cukup rasa dengan Rock & Roll, Punk Rock & Pop-Rock tu sendiri..dari segi lagu, aku salute dan tertarik..dan live show diorang pun diorang mampu bawak lagu2 dengan baik..bukan setakat tangkap muat..Autotune or EDM? setakat ni tak dengar dalam konsep diorang walaupun demand 2015-2016 adalah demand ke EDM tapi Andcrazy still maintained dengan gerne mereka bawak.

Dari level kecomelan atau cantik? untuk taste aku laa..diorang comel dan menarik..dari segi umur 18++ dan level loli tu tak nampak lah..ok untuk aku tak semesti ok untuk korang..kan..hahahaha..so, nak tau siapa oshi aku dalam Andcrazy? dah tentu Ritsuka..hahaha..sebab? jelas dan nyata..sebab dia boylish, shorthair dan biasa2 tapi comel..hahahhaa..Dah2, meh story secara skema pulak..hahahaha




AndCrazy
Group idol yang di tubuhkan di Aichi pada 2013. Pada awal penubuhan nama group ni adalah "&Crazy". Group ni di anggotai 6 member, Ritsuka, MoE, Airi Aizawa, Sakihime Megumi, Ooshima Haruna & Hazuki. Pada Januari 2014, Ooshima Haruna keluar dari group dan di ikuti dengan Hazuki pada April 2014. Pada Disember 2014, Megumi telah mencadang nama di ubahsuai menjadi "Andcrazy" dan pada masa sama member baru menyertai line-up, Haru Yano.

Group yang berkonsepkan Rock-Idol. Masing2 mempunyai kebolehan untuk menyanyi secara solo dan Ritsuka sendiri mempunyai beberapa lagu solo.

Single indie 28 April 2013 melalui single, "Full Throttle / Lifeline". Single debut pertama pada 2 Disember 2013 melalui single, "Kanjou Bakuha Rain" dan menduduki carta 16 terbaik Uricorn. Dan single under major label Universal Records, "Kioku no Hate" pada 15 Jun 2016.


haru , aria , ritsuka , moe , megumi

Andcrazy PROFILE

Ankure (old as knwon &Crazy) / プティパ
Twitter :  @andcrazy0309
Youtube : Grati Innovation
Tahun Aktif : 2013 – terkini
Label : Universal Records
Agensi : Grati Innovation






Andcrazy MEMBER



Ritsuka★
Warna : Merah / Red
Tarikh Lahir : 2 June
Tempat :Lahir : Osaka Prefecture, Jepun
Tinggi : 157cm
Darah : B
Info : Miss Nihonbashi Maid Gran Prix 2012 (Finalist)
Solo Queen 2014 (Naib Juara)
Uta Musume Anisong Battle 2014 (Naib Juara)
Blog : ameblo / utaten
Twitter : @ritsuka_ancr / @ritsukainfo
Tanggungjawab : Monster
Patern : Union Jack




Aria Aizawa
(逢沢ありあ)
Warna : Putih / White
Tarikh Lahir : 2 Disember
Tempat :Lahir : Okunishima, Hiroshima Prefecture, Jepun
Tinggi : 155cm
Darah : A
Info : Suka menggumpul rambut anime
Idol Neighborhood (TV Aichi)
Music Life (FM Aichi)
Kakumei! Yunidoru Shinto (SKY ch663)
Kakumei! Gravure Shinto (SKY ch663)
Blog : ameblo / utaten
Twitter : @aria_ancr 
Tanggungjawab : Lolita
Patern :  Tengkorak / Skull


MoE
Warna : Biru / Blue
Tarikh Lahir : 20 Ogos
Tempat :Lahir : Fukouka Prefecture, Jepun
Tinggi : 149cm
Darah : A
Info : Uta Musume Anisong Battle 2014 (Special Jury Price)
Idol Neighborhood (TV Aichi)
Blog : ameblo
Twitter : @moe_ancr
Tanggungjawab : Funky Girl
Patern : Zebra


Sasaki Megumi
(咲姫めぐみ)
Warna : Kuning / Yellow
Tarikh Lahir : 31 Julai
Tempat :Lahir : Gifu Prefecture, Jepun
Tinggi : 156cm
Darah : O
Info : Pemain Volleyball 
Blog : ameblo
Twitter : @megumi_ancr
Tanggungjawab : ww
Patern : Tartan


Yano Haru
(矢野はる)
Warna : Hijau / Green
Tarikh Lahir : 13 Disember
Tempat :Lahir : Aichi Prefecture, Jepun
Tinggi : 152cm
Darah : B
Info : Info : Pemain Volleyball
Blog : ameblo / utaten
Twitter : @haru_ancr / @yanoharu_dance
Tanggungjawab : Sister (Onee-chan)
Patern : Cross




Discography

Singles

Indies
And Crazy
02/12/2015 : Kanjou Bakuha Rain (感情爆破レイン)
& Crazy
28/04/2013 : Full Throttle / Lifeline (フルスロットル/Lifeline)

Major
26/09/2012 : Kioku no Hate (記憶の果て)
19/12/2012 : MECHA DESOUNARA ~Subate no Sayonara~ (MECHA DESOUNARA ~すべてにさよおなら~)

Albums

Indies
And Crazy
05/10/2015 : ALL FOR AND CRAZY
& Crazy
25/01/2014 : Departure to the life





Kioku no Hate - Andcrazy





Oktober 16, 2016

Small Step?

Yosh! Pergh bulan ni agak rajin aku nak buat benda jadah ni semua..hahaha..saja, nak kongsi apa yang aku layan..slow2..banyak lagi kalau ikut..aku kongsi yang mana aku nak kongsi dulu lah..nak buat sekali gus matilah nak oii..oh kenapa aku buat ni dalam bahasa melayu bukan dalam bahasa inggeris? senang, sebab aku malas nak taip dalam english dan english aku barai weh..dari elok2 nak kongsi terus silap2 ayat aku tersinggung..lagi pun blog ni blog syok sendiri dan aku taip pun untuk tontonan yang faham bahasa melayu..hahaha..lagi pun aku bukan blogger idol macam budak2 lain..penerangan dan perkongsian yang lebih mendalam..aku kongsi maklumat asas dan ada link aku bagi, geledah sendiri lah ye..nak kongsi pasal musik idol japan culture tak jugak..sebab aku kongsi yang aku minat..yang aku tak minat, tak masuk kepala nak layan memang tak lah aku nak kongsi..lagi pun aku buat blog ni nak tengok skill karangan karut aku je, sebab nak abiskan tulisan novel aku tak ada idea, so karut lah kat sini..mana tau kan dalam tengah kongsi ni idea datang, jadi teruslah aku tulis novel aku tu..novel aku pasal apa? hmmm pasal penjelajahan atau bahasa orang putih "journey"..lain kali aku cerita pasal novel..ni aku nak cerita pasal idol pulak..hahahhaa..meh kenalkan kumpulan bawah tanah dan alternatif idol..

Petit-pas! (プティパ) atau dalam bahasa Perancis nya adalah "langkah kecil / small step". Group yang di tubuhkan lewat 2013 dan berpengkalan di Tokyo, Jepun. Dalam awal pembabitan Petit-pas! ni banyak line-up (barisan ahli) yang berubah-ubah dan awal 2015 line-up yang rasmi dan kekal di perkenalkan. Group yang di anggotai oleh Shinozaki Kokoro, Manaka Nozomi & Hinata Suzu datang dari kawasan yang berlainan tapi mempunyai latar belakang yang hampir serupa iaitu, model dan DJ.  


Kokoro adalah seorang model dan juga penulis lirik dan lagu. Selain tu dia jugak dia berkerja sebagai seorang DJ dan nama stage ketika dia seorang DJ adalah DJ Gizmo (DJギズモ). Kokoro antara finalist untuk Miss ID 2015 untuk program applikasi CHEERZ dan dia juga antara peserta CHEERZ yang selalu mendapat tempat top 10 dalam keseluruhan acara bulanan. Selain tu Kokoro juga antara penulis lirik untuk group mereka sendiri. Selain itu bakat lain juga ada pada Kokoro yang dia juga seorang gravure idol dan juga mempunyai debut DVD gravure. Sementara Nozomi & Suzu pula aktif dalam bidang modeling dan juga DJ.

Kelainan group ni, diorang mampu keluarkan 3 single sekali gus dalam satu tarikh yang sama. 3 single tu bukan 3 single berlainan cover jaket cd, tapi berlainan content iaitu lagu. Setiap single ada kelainan dan setiap single tak sama satu sama lain dari segi konsep musik.

Apa yang aku boleh kata tentang Petit-pas! ni? Secara am nya, konsep Petit-pas! ni konsep alternatif idol yang dah banyak ada dan boleh layan macam Passcode, TsubasaFLY..tapi apa yang lain tetang diorang ni adalah setiap lagu diorang agak unik dan diorang wide atau lebarkan konsep alternatif yang ada pada diorang ni..Penerapan element utama diorang, Punk-Rock di gaul dan mix dengan sebati dan tak tertumpu pada satu konsep lagu..Ye walaupun matlamat asal group ni adalah "Kawaii idol" tapi penampilan nakal, liar dan bersahaja diorang buat pada aku menarik..Mungkin akan ada kata group ni jual rupa dan comel, mungkin tapi tu cuma pakej tambahan bukan pakej utama macam sesetengah group yang memberi pakej tambahan sebagai perkara utama dan tak menitik beratkan musik perjuangan asal..Banyak boleh di variasi kan group ni memandangkan group ni masih baru di kumpul secara tetap oleh Watanabe Asuka, producer mereka sendiri. Walaupun diorang ni masing2 DJ tapi apa yang mereka kerja kan sebagai DJ langsung tak di terapkan dalam setiap musik dia mungkin untuk mengelakkan konsep asal mereka tersasar dan pada aku itu cukup baik untuk menyatakan bakat mereka bukan sekadar model, DJ ataupun gravure idol semata-mata.




petit-pas! PROFILE

petit-pas! / プティパ
Twitter :  @petitpas_pmr
Tahun Aktif : 2013 – terkini
Label : -
Agensi : Mave-Ricks
Produder : Wanatanabe Asuka



petit-pas! Member

KOKORO
Shinozaki Kokoro (篠崎こころ)
Warna : Ungu / Purple 
Tarikh Lahir : 7 Julai 1993
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture, Jepun
Tinggi : 153cm
Darah : B
Hobi : tidur
Info : Juga di kenali sebagai DJ Gizmo, perserta MissID 2015, 
Twitter : @kokoro777pp
blog : zipper / mave-ricks
Frasa :
金髪クソ野郎
kinpatsu kuso yarou


NOZOMI
Manaka Nozomi (真中のぞみ)
Warna : Merah Jambu Coral / Coral Pink
Tarikh Lahir : 9 Ogos 1996
Tempat Lahir : Tokyo  Prefecture, Jepun
Tinggi : 163cm
Darah : AB
Twitter : @nzmmnk
Nico : nicovideo
Insta : @negichan_sz


SUZU
Hinata Suzu (日向すず)
Warna : Putih Susu / Milk White 
Tarikh Lahir : 15 Disember 1993
Tempat Lahir : Chiba Prefecture, Jepun
Tinggi : 153cm
Darah : O
Kemahiran : Menari
Twitter : @sz_hnt
Insta : @nzmmnk



Discography

Demo
10/04/2015 : Re:Start

Singles
18/04/2015 : Re:Start
18/04/2015 : Border
18/04/2015 : Rebopipo (レボピポ)
29/07/2015 : MAGIC
29/07/2015 : Jump!!
29/07/2015 : Cheer

Albums

25/05/2015 : Refrain





small step to be top!?

Oktober 14, 2016

Evil & ID?

DEVIL NO ID??

Yosh! Lagi sekali dalam bulan ni tetiba rajin nak update lagi pasal idol profile..kali ni nak kongsi pasal DEVIL NO ID..lagi satu idol yang muncul dalam bulan lepas, idol ni muncul sehari sebelum aku sibuk2 nak cari or explore idol baru dan orang tak kenal..hahaha..dalam pencarian jumpa idol baru yang bagi aku konsep dia sudah biasa..sebab apa? sebab konsep asas idol ni bawak dah ada 4 tahun lepas, bilamana muncul BABYMETAL, dan kemudian muncul idol2 se-akan2 BABYMETAL walaupun berlain gerne musik, salah satu aku boleh cakap UNDERFACE (sub-idol under Smile Gakuen) yang bawak gerne musik EDM masa tu yang kurang di terima dan nasib group tu berkubur. Walaupun aku salah seorang peminat group tu. Cuma apa kelainan yang di bawak group ni dan mungkin sebab konsep asas ni mula pudar menyebab kan producer VAP berani mencuba untuk wujudkan idol yang konsep mula pudar iaitu 3 orang member dengan Center dan Leader adalah orang sama dan juga peranan utama sambil dua orang kiri dan kanan sebagai assistant..Kalau BABYMETAL dengan Su-Metal as Lady Fox, Yui-Metal dan & Moa-Metal sebagai Little Fox, DEVIL NO ID yang di anggotai 3 member, KARIN, HANA & MION, jugak bawak konsep yang hampir sama iaitu KARIN sebagai Devil Leader & HANA & MION sebagai Small Devil.


DEVIL NO ID - idol yang berasal dari kepulauan yang terkenal, Okinawa, Jepun. Group ni dapat sentuhan dan idea konsep dari pakar illustrasi dari Tokyo, UTOMARU.Group yang menekan konsep musik EDM, BASS & HIP HOP dalam konsep idol mereka. Dari gaya dan penampilan memang seakan2 Devil (syaitan) yang comel dengan karikatur karakter dan warna yang menekan kan konsep idea retro ala 90-an yang terkenal dengan warna Neon Yellow dan Hot Pink. Imej devil jugak dapat tengok ia se-akan2 karakter orang asli amazon kuno. Walaupun nampak pelik tapi ini kelainan mereka cuba bawak dalam konsep mereka dan berani kerana konsep 90-an sudah mula kembali bersinar sejak awal 2016. Kalau nak kata biasa memang nampak biasa sebab konsep asas tapi unik sebab karakter dan musik mereka bawak tu mula ke arah satu gerne musik yang mungkin akan naik masa hadapan. Walaupun sekarang ni rata2 idol hanya bawak konsep Full EDM dengan idol yang masih bawak konsep Rock or Hardcore mula tenggelam. Melainkan idol yang masih bermain dengan alternatif konsep. Mix konsep oleh DEVIL NO ID yang memasukkan EDM+BASS+HIP HOP bagfi aku cubaan yang berani dan cuba memandang ke arah musik Amerika dan musik mainstream jpop.

Sebab idol ni masih baru, so info pasal member ni agak terhad dan masih mencari dan kenal personaliti idol ni masing2..kalau untuk aku, idol ni agak menarik untuk di layan di masa masa hadapan. Ada sesetengah blogger dari Jepon atau bukan komen tentang kumpulan ni, rata2 mereka sendiri tak pasti konsep apa yang DEVIL NO ID akan bawak hingga ke masa mendatang..banyka pendapat dan kesamaan antara DEVIL NO ID dengan sesetengah idol yang tengah naik sekarang ni walaupun kesamaan tu cuma persis dan sukar di kenal pasti..


UTOMARU
Siapa Utomaru ni pulak? Utomaru adalah seorang illustator untuk kumpulan DEVIL NO ID. Dia yang bertanggung jawab dalam melukis dan meng-illustrasi semua karya dari segi Cover CD, Animasi, MV (Music Video), karakter, karakter animasi (kartun) dan cover majalah. Khas untuk DEVIL NO ID. Semua idea dari konsep visual dan style, dan juga comic juga datang dari beliau. Utomaru ni illustrator berasal dari Tokyo Metropolitan. Gaya dan cara lukisan di pengaruh dari gaya animasi Amerika & Jepun yang banyak di gabung menjadi satu karakter yang berlainan dari kebiasaan dunia animasi Amerika & Jepun sendiri. Utomaru juga adalah seorang ahli gabungan illustator "POPCONE"

Infomasi UTOMARU
webside : dddddd.moo.jp
facebook : Utomaru
twitter : @utomaru
instagram : @utomaru




DEVIL NO ID PROFILE

DEVIL NO ID / まねきケチャ
Webside : devil-no-id.com
Twitter :  @DEVILNOID
Instagram : @devilnoid
Tahun Aktif : 2016 – terkini
Label : VAP
Agensi : 






DEVIL NO ID Member

KARIN
Peranan / Role : Ketua Devil & Lead Vocal
Warna : Neon Red
Trivia : 
Mempunyai kekuatan dari segi vocal nyanyian dan tarian yang sangat bagus. 
Tapi personaliti yang mudah tersentuh dan mudah menangis, 
Minat dengan musik dan tarian "In-house" & "Lock"


HANA
Peranan / Role : Pembantu Kanan Devil 
Warna : Neon Blue
Trivia : 
Susuk tubuh yang kecil membuat Devil kecil ni kelihatan "cool beauty"
Mempunyai aura yang mesteri dalam setiap penampilan dan karakteristik yang tersembunyi yang sukar di fahami.
Minat dengan musik dan tarian "Girl Hip Hop" & "Punking"


MION
Peranan / Role : Pembantu Kiri Devil 
Warna : Neon Yellow
Trivia :
Pakar rap dalam kumpulan.
Mempunyai potensi untuk menguasai dan mendominasi persekitaran ketika persembahan seperti raksasa yang menganas.
Minat dengan musik dan tarian "Hip Hop", "Punking", "Raggae"


DEVIL NO ID - EVE ~ Kakumei Zen'ya






devil no id ~

Oktober 12, 2016

International Duty

MALAYSIA
(HARIMAU MALAYSIA)
International Friendly & Duty

Perlawanan Persahabatan "Kelas A"
Pasukan lawan :
SINGAPURA
AFGHANISTAN




lawan SINGAPURA
Tarikh : 
7 Oktober 2016
Vanue :
Stadium Nasional, SINGAPURA
Keputusan Penuh : 
SINGAPURA 0
MALAYSIA 0


lawan AFGHANISTAN 

Tarikh : 
11 Oktober 2016
Vanue :
Stadium Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Keputusan Penuh : 
MALAYSIA 1 (Hadin Azman  45'+2')
AFGHANISTAN 1 (Noarollah Amiri 22')




Harimau Malaysia masih tidur ~~

London is Blue?

Yosh! Perghh tadi tengah lepak2 layan Football Manager, stress pasal team aku seri dengan Bayer Leverkusen last minit..then save game terus malas nak main..so saja godes2 internet, google dan youtube..then tetiba ada suggestion yang di suggest untuk aku..nama suggestion tu LONDON BLUE..so ingat kan pasal Chelsea in Japan term, sekali tengok, laa idol rupanya. mungkin aku je lambat tau kot pasal idol ni..hahaha..try gak cari info pasal group idol ni tapi gila lah, limited gila info dia walaupun aku try cari dalam japanese..meh aku story sikit pasal idol yang aku baru je layan..so well, agak bagus jugak lah dan kena dengan cita rasa aku.hahaha..layan MV then ada orang upload..memang nice lah kan..


Cool & Cute

Itulah konsep asas kumpulan idol yang dah bertapak di dalam dunia idol sejak September 2013 lagi. Nama kumpulan di gelar LONDON BLUE, mempunyai 4 orang ahli/member ketika ini. Kumpulan idol yang di asaskan di bawah agensi Fine Promotion ni berkonsep kan POP & ROCK yang lebih menjurus kepada element musik UK ROCK. UK atau United Kingdom atau simbolik nya British. Segala apa yang di lakukan idol ni lebih memandang cara dan budaya musik British yang terkenal dengan gaya musik tersendiri. Asas Rock & Roll juga di perkenal dalam setiap element musik mereka dan orang yang bertanggung jawab dalam produce lagu London Blue ni adalah member dari kumpulan KABUKI ROCKS, Aoki Hidemaro yang juga seorang producer.

Itu apa yang di nyatakan secara am tapi bagi aku yang dengar musik diorang, secara jujur memang ada unsur2 British Music yang cuba di terapkan dalam kumpulan idol ni walaupun masih tidak secara keseluruhan sebab nak bawak British Musik masuk ke dalam element musik idol berbeza sikit. Siapa yang layan British Musik tak kiralah apa jenis konsep dan asas mesti tahu membezakan apa yang unik tentang musik dari British yang berbeza dari dunia Musik yang ada di Hollywood. Aku pun dah layan lagu2 LONDON BLUE ni, agak bagus walaupun nama diorang tidak segah atau sepopular idol2 lain mungkin kekurangan dari segi tahap rupa, kecomelan atau mungkin music yang di bawak belum di terima dalam trend musik idol masa kini sejak 2014 yang sudah mula dengan trend musik berentak Electro Dance Music or EDM. Memang pada 2011-2014 trend menjurus ke arah Rock Music tapi lebih kepada POP Rock, Heavy Metal tapi kurang Rock & Roll..

LONDON BLUE walaupun nampak macam group idol yang biasa tapi setiap member mampu memainkan instrument musik walaupun tidak sehebat idol lain seperti Silent Siren or Skandal. Konsep awal yang di bawak LONDON BLUE memang ala-ala girl-band. Lagu LONDON BLUE macam Tsuioku no Serenaade or MIDNIGHT LOVER pada aku cukup untuk dengar element British Pop Musik dan mix Rock & Roll. Ini cuma pendapat pisican aku saja. Kalau tak setuju aku minta maaf dan terpulang untuk kata apa saja. Untuk aku, ni yang aku rasa. Aku bukan pakar tentang idol or world music tapi aku cuma mampu terjemah dalam bahasa aku. Haha XD




kana, misaki, kaoru, riyo

LONDON BLUE PROFILE

London Blue / まねきケチャ
Webside : londonblue.jp
Twitter :  @londonblue2013
Ameblo : Girls Unit - London Blue
Tahun Aktif : 2013 – terkini
Label : -
Agensi : Fine Promotion Inc





LONDON BLUE MEMBER PROFILE



MISAKI
 Nama Penuh : Yuzuki Misaki (柚木美咲)
Instrument Musik : Vocal & Gitar
Warna : Biru / Blue
Tarikh Lahir : 4 November
Tempat Lahir : Kumamoto Prefecture, Jepun
Tinggi : 156cm
Size : B80 W59 H84
Gabungan : Dorchester
Kemahiran Khas : Bercakap dan Menyanyi Korus sambil memetik gitar, membuat kaki bentuk Y
 Blog : ameblo
Twitter : @misakimoto

Catch Copy : LONDON BLUE no chiisai kyojin.
Leader no MISAKI!
LONDON BLUEの小さい巨人。

リーダーのMISAKIばい(^O^)



KAORU
 Nama Penuh : Ozawa Kaoru (小澤 薫)
Instrument Musik : Bass
Warna : Putih / White
Tarikh Lahir : 17 April
Tempat Lahir : Iwate Prefecture, Jepun
Tinggi : 160cm
Size : B81 W58 H85
Gabungan : A-Light
Kemahiran Khas : Kuat makan, pakar menaip, pakar kalkulator hayauchi, penangkap UFO
 Blog : ameblo

Twitter : @kaorun_LB

Catch Copy : ramen daisuki anime daisuki kaorunba! Kao~☆
 冷麺大好きアニメ大好きかおるんば!ガォー☆



RIYO
 Nama Penuh : Okinawa Reidai (岡庭莉代)
Instrument Musik : Piano
Warna : Ungu / Purple
Tarikh Lahir : 8 Jun
Tempat Lahir : Aichi Prefecture, Jepun
Tinggi : 164cm
Size : B86 W61 H88
Gabungan British : A-Light
Kemahiran Khas : Badan fleksible
 Blog : ameblo

Twitter : @Yon68Ri

Catch Copy : Riiyon ko toriyo maruko-tori yo desu! 
Sei no Riyo zenmai !!
りーよんことりよまることりーよんです(?)


せーの!りよざんまい!!\(^o^)/



KANA
 Nama Penuh : Kawaguchi Kana (川口花菜)
Instrument Musik : Drum
Warna : Merah / Red
Tarikh Lahir : 17 Mac
Tempat Lahir : Tokyo Metropolitan, Jepun
Tinggi : 165cm
Size : B79 W59 H83
Gabungan British : A-Light
Kemahiran Khas : Skipping (lompat tali)
 Blog : ameblo

Twitter : @kanappe_317

Catch Copy : LONDON BLUE sainesho!
Kanapyon desu
Mainichi iya ni ko HAPPY
LONDON BLUE最年少!
かなぴょんです♪

毎日きらにこはっぴー☆



Discography



Singles
25/06/2014 : ROCK ME SHOCK ME
22/07/2015 : Special My Love


Albums
03/08/2016 : We are LONDON BLUE






Tsuioku no Serenaade


MIDNIGHT LOVER





Blue is London, London is Blue


Oktober 10, 2016

FC Tokyo (Dream League 2016)

Yo! Akhirnya dapat kit favourite team aku minat, ni aku tak buat, cuma ambik dari google, then upload balik sini je..bukan hak aku tapi nak cari credit dekat owner aku cari balik link tak jumpa..adus..hahaha

Home Kits

Away Kits 

GK Home Kits

GK Away Kits


FC TOKYO
LOGO



FC TOKYO HOME KIT



FC TOKYO AWAY KIT



FC TOKYO GOAL KEEPER HOME KIT




FC TOKYO GOAL KEEPER AWAY KIT



credit to owner : maaf sebab link owner tak jumpa masa nak upload kat sini..



FC TOKYO GAS



Oktober 07, 2016

J-do 2016

Tetetete..tak tau nak post apa tapi still nak post something gak..nak kongsi pasal jdrama (japanese drama) yang aku follow sepanjang 2016 yang betul2 aku minat dan layan je la..hahaha..kalau nak layan boleh cari dekat kissasian..situ korang boleh tengok jdrama yang aku kongsi kan ni..taste aku biasa2 je sebab aku bukan hardcore wibu..sebab aku mix or rojak..idol layan, anime layan, seiyuudol layan, jpop layan, jdrama layan dan semua berkaitan japanese entertainment aku layan termasuk dark side..tapi untuk drama yang aku kongsi ni selain ada pelakon kegemaran aku, selain tu story line yang menarik dan bagi aku cukup buat aku layan tiap2 minggu..hahahaha XD

Antara pelakon kegemaran aku dalam kelima-lima jdrama ni,
- Keiko Kitagawa (Ie Uru Onna)
- Tao Tsuchiya (Omukae Desu)
- Mayu Matsouka (Aquarium Girl)
- Kento Yamazaki (Sukina Hito ga Iru Koto)
- Mei Nagano (Koe Koi)


My Perfect & Favourite Japanese Drama 2016

 Ie Uru Onna
(english : Women Who Sells a House)

Episod
10

Pelakon
Keiko Kitagawa as Machi Sangenya
Asuka Kudo as Seiji Niwano
Yudai Chiba as Satoshi Adachi
Toru Nakamura as Dai Yashiro
Ayaka Imoto as Mika Shirasu
Asami Usuda as Kokoro Tamaki
Yuko Araki as Madoka Murota
Zen Kajihara as Makoto Fuse
Hiroke Suzuki as Daisuke Hachinohe
Chikara Honda as Gota Takuma

Plot
Dengan empat tahun lagi sebelum Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020, jualan perumahan adalah sangat kompetitif. Pada masa ini, muncul seorang ejen hartanah yang sangat terbaik. Namanya Machi Sangenya (Keiko Kitagawa). Dia masih bujang dan 30-an dengan penampilan yang menarik. Dengan mana-mana pelanggannya, Machi Sangenya pakar mendapatkan pembelian dari setiap pelanggan. Machi juga mempunyai cara sendiri untuk memikat pelanggan beliau untuk membeli rumah. kaedah yang unik itu termasuk melibatkan diri dalam masalah-masalah pelanggan beliau dan keluarga mereka. Dia kemudian menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara-cara yang bijak, semua pelanggan Machi Sangenya ini membeli rumah dari beliau walaupun matlamat asal dia cuma mahu menjual rumah. Dengan matlamat tiada satu rumah/hartanah yang tidak dapat di jual. 

Kiss Asian Link
Ie Uru Onna


Omukae Desu
(english : Goodbye Ghost / Okumae Death

Episod
9

Pelakon
Sota Fukushi as Madoka Tsutsumi
Tao Tsuchiya as Sachi Aguma
Ryohei Suzuki as Nabeshima
Mugi Kadowaki as Chisato Ogawa
Kokone Hamada as Yuzuko
Taro Nomaguchi - Shinozaki
Yuki Morinaga as Takashi Kato
Karen Otomo as Sayaka Tsutsumi
Takuya Negishi as Matsumoto
Yuu Hirukawa as  Mayuri
Mako Ishino as Yumiko Tsutsumi
Ren Osugi as Ikuo Tsutsumi

Plot
Madoka Tsutsumi (Sota Fukushi) adalah pelajar universiti. Dia jarang meluahkan perasaan dan dia tidak pernah melakukan tindakan impulsif dalam hidupnya. Pada suatu malam, dia melihat seorang lelaki tua dan arnab merah jambu bergelut. Arnab merah jambu kelihatan terkejut dan bertanya Madoka jika dia dapat melihat mereka. Arnab merah jambu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Malaikat Maut dan berkata orang tua itu adalah hantu yang meninggal dunia semalam.

Madoka, yang bermula untuk melihat perkara-perkara yang dia tidak sepatutnya melihat. Dengan tidak semena Madoka terlibat dengan aktiviti Malaikat Maut yang bernama Nabeshima dan rakan sekerja, Yuzuko. Madoka berfungsi untuk menyelesaikan masalah roh orang mati yang tidak mahu ke dunia selepas kematian dan membantu membiarkan roh pergi dengan aman. Madoka juga ialah pembantu kepada Sachi Aguma (Tao Tsuchiya) yang juga memiliki kebolehan seperti Madoka. Madoka mempunyai kelebihan untuk membiarkan roh-roh orang mati memiliki badannya sementara dan menyelesaikan penyesalan mereka.

Kiss Asian Link
Omukae Desu


Aquarium Girl

Episod
7

Pelakon
Mayu Matsuoka as Yuka Shima
Kenta Kiritani as Ryohei Kaji
Yu Sawabe as Shuta Imada
Asahi Uchida as Riku Isokawa
Rika Adachi as Kumiko Koshiba
Motoki Nishimura as Takuya Yagami
Houka Kinoshita as Yoji Morishita
Naomi Nishida as Ichiko Yoshizaki
Atsushi Yamanishi as Haruhiko Shima
Keiko Kouda as Kyoko Shima
Katsumi Kiba as Kouzaburo Shima
Kanji Ishimaru as Hisayuki Kirano
Shiro Ito as Ryotaro Utsumi

Plot
Yuka Shima (Mayu Matsuoka) bekerja sebagai Office Lady di sebuah syarikat perdagangan yang besar. Tiba-tiba, dia dipindahkan dari pejabat atas berita skandal yang tersebar dan di pindah ke pusat akuarium yang bergabung dengan syarikat beliau. Beliau kini bekerja sebagai penjaga di akuarium dan juga pembantu kepada Kaji (Kenta Kiritani), salah seorang penjaga akuarium. Yuka Shima bergelut dengan pekerjaan baru dan juga haiwan marin, tetapi dengan personaliti yang bersinar beliau dia mampu berkembang sebagai penjaga akuarium.

Kiss Asian Link
Aquarium Girl


Sukina Hito ga Iru Koto
(english : A Girls & Three Sweetheart)

Episod
10

Pelakon
Mirei Kiritani as Misaki Sakurai
Kento Yamazaki as Kanata Shibasaki
Shohei Miura as Chiaki Shibasaki
Shuhei Nomura as Toma Shibasaki
Sakura Ohara as Manami Nishijima
Kenta Hamamo as Nobuyuki Himura
Hinako Sano as Mikako Okuda
Marie Iitoyo as Fuka Ninomiya
Nanao as Kaede Takatsuki
Kataro Yoshida as Ryo Higashimura

Plot
Misaki Sakurai (Mirei Kiritani) tidak berpacaran/bercinta sekian lama. Beliau telah memberi tumpuan penuh kepada kerier beliau sebagai Patissier untuk akhirnya menjalankan perniagaan sendiri satu hari nanti. Satu hari, dia dipecat dari kerja atas masalah restoran dia berkerja mengalami kebankrapan. Dia kemudian bertemu cinta pertamanya dari sekolah tinggi, Chiaki Shibasaki (Shohei Miura). Misaki Sakurai bekerja sambilan di restoran Chiaki dan juga kekal di sana. Selain tinggal dengan Chiaki di restoran milik Chiaki, dia turut tinggal bersama dua adik lelaki Chiaki iaitu Toma (Shuhei Nomura) dan Kanata (Kento Yamazaki) juga tinggal di sana.

Kiss Asian Link
Sukina Hitoo ga Iru Koto


Koe Koi
(english : Voice Love)

Episod
12

Pelakon
Mei Nagano as Yuiko Yoshioka
Takahiro Sakurai as Matsubara-kun (voice)
Ryo Ryusei as Makoto Hyodo
Motoki Ochiai as Yuichi Kagaya
Karen Otomo as Aki Nizhizono
Dori Sakurada as Ryoichi Sejima
Kaho Mizutani as Yuki Aoyama
Erika Karatan as Reina Midorikawa
Yumi Morio as Miwako Yoshioka
Shunya Shiraishi as Kyoshiro Yoshioka

Plot
Yuiko Yoshioka (Mei Nagano) bermula kehidupan sebagai pelajar gred pertama di sekolah tinggi. Pada hari pembukaan sekolah, dia jatuh sakit dengan demam dan selsema.Dalam dia terbaring kekal di atas katil, pada masa itu, dia mendapat panggilan telefon daripada ketua kelas, Matsubara. Yuiko terpesona dan jatuh cinta dengan suara Matsubara di telefon. Keesokan harinya, dia pergi ke sekolah dan berjumpa Matsubara buat kali pertama. Matsubara adalah seorang lelaki misteri, memakai beg kertas di atas kepalanya. Hari persekolahan sebagai pelakar sekolah tinggi bermula dengan jantung berdebar-debar setiap kali berjumpa dengan Matsubara. Dan membuat Yuiko bertambah keinginan untuk mengenali Matsubara dengan lebih dalam dan ingin mengetahui mengapa Matsubara memakai topeng kertas.

Kiss Asian Link
Koe Koi



keiko nee-chan is awesome!!

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "