Yosh! Pergh bulan ni agak rajin aku nak buat benda jadah ni semua..hahaha..saja, nak kongsi apa yang aku layan..slow2..banyak lagi kalau ikut..aku kongsi yang mana aku nak kongsi dulu lah..nak buat sekali gus matilah nak oii..oh kenapa aku buat ni dalam bahasa melayu bukan dalam bahasa inggeris? senang, sebab aku malas nak taip dalam english dan english aku barai weh..dari elok2 nak kongsi terus silap2 ayat aku tersinggung..lagi pun blog ni blog syok sendiri dan aku taip pun untuk tontonan yang faham bahasa melayu..hahaha..lagi pun aku bukan blogger idol macam budak2 lain..penerangan dan perkongsian yang lebih mendalam..aku kongsi maklumat asas dan ada link aku bagi, geledah sendiri lah ye..nak kongsi pasal musik idol japan culture tak jugak..sebab aku kongsi yang aku minat..yang aku tak minat, tak masuk kepala nak layan memang tak lah aku nak kongsi..lagi pun aku buat blog ni nak tengok skill karangan karut aku je, sebab nak abiskan tulisan novel aku tak ada idea, so karut lah kat sini..mana tau kan dalam tengah kongsi ni idea datang, jadi teruslah aku tulis novel aku tu..novel aku pasal apa? hmmm pasal penjelajahan atau bahasa orang putih "journey"..lain kali aku cerita pasal novel..ni aku nak cerita pasal idol pulak..hahahhaa..meh kenalkan kumpulan bawah tanah dan alternatif idol..
Petit-pas! (プティパ) atau dalam bahasa Perancis nya adalah "langkah kecil / small step". Group yang di tubuhkan lewat 2013 dan berpengkalan di Tokyo, Jepun. Dalam awal pembabitan Petit-pas! ni banyak line-up (barisan ahli) yang berubah-ubah dan awal 2015 line-up yang rasmi dan kekal di perkenalkan. Group yang di anggotai oleh Shinozaki Kokoro, Manaka Nozomi & Hinata Suzu datang dari kawasan yang berlainan tapi mempunyai latar belakang yang hampir serupa iaitu, model dan DJ.
Kokoro adalah seorang model dan juga penulis lirik dan lagu. Selain tu dia jugak dia berkerja sebagai seorang DJ dan nama stage ketika dia seorang DJ adalah DJ Gizmo (DJギズモ). Kokoro antara finalist untuk Miss ID 2015 untuk program applikasi CHEERZ dan dia juga antara peserta CHEERZ yang selalu mendapat tempat top 10 dalam keseluruhan acara bulanan. Selain tu Kokoro juga antara penulis lirik untuk group mereka sendiri. Selain itu bakat lain juga ada pada Kokoro yang dia juga seorang gravure idol dan juga mempunyai debut DVD gravure. Sementara Nozomi & Suzu pula aktif dalam bidang modeling dan juga DJ.
Kelainan group ni, diorang mampu keluarkan 3 single sekali gus dalam satu tarikh yang sama. 3 single tu bukan 3 single berlainan cover jaket cd, tapi berlainan content iaitu lagu. Setiap single ada kelainan dan setiap single tak sama satu sama lain dari segi konsep musik.
Apa yang aku boleh kata tentang Petit-pas! ni? Secara am nya, konsep Petit-pas! ni konsep alternatif idol yang dah banyak ada dan boleh layan macam Passcode, TsubasaFLY..tapi apa yang lain tetang diorang ni adalah setiap lagu diorang agak unik dan diorang wide atau lebarkan konsep alternatif yang ada pada diorang ni..Penerapan element utama diorang, Punk-Rock di gaul dan mix dengan sebati dan tak tertumpu pada satu konsep lagu..Ye walaupun matlamat asal group ni adalah "Kawaii idol" tapi penampilan nakal, liar dan bersahaja diorang buat pada aku menarik..Mungkin akan ada kata group ni jual rupa dan comel, mungkin tapi tu cuma pakej tambahan bukan pakej utama macam sesetengah group yang memberi pakej tambahan sebagai perkara utama dan tak menitik beratkan musik perjuangan asal..Banyak boleh di variasi kan group ni memandangkan group ni masih baru di kumpul secara tetap oleh Watanabe Asuka, producer mereka sendiri. Walaupun diorang ni masing2 DJ tapi apa yang mereka kerja kan sebagai DJ langsung tak di terapkan dalam setiap musik dia mungkin untuk mengelakkan konsep asal mereka tersasar dan pada aku itu cukup baik untuk menyatakan bakat mereka bukan sekadar model, DJ ataupun gravure idol semata-mata.
petit-pas! PROFILE
petit-pas! / プティパ
Webside : petitpas.mave-ricks
Twitter : @petitpas_pmr
Youtube : プティパ -petit pas!-
Tahun Aktif : 2013 – terkini
Label : -
Agensi : Mave-Ricks
Produder : Wanatanabe Asuka
Produder : Wanatanabe Asuka
petit-pas! Member
KOKORO
Shinozaki Kokoro (篠崎こころ)
Warna : Ungu / Purple
Tarikh Lahir : 7 Julai 1993
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture, Jepun
Tinggi : 153cm
Darah : B
Hobi : tidur
Info : Juga di kenali sebagai DJ Gizmo, perserta MissID 2015,
Twitter : @kokoro777pp
blog : zipper / mave-ricks
Frasa :
金髪クソ野郎
kinpatsu kuso yarou
NOZOMI
Manaka Nozomi (真中のぞみ)
Warna : Merah Jambu Coral / Coral Pink
Tarikh Lahir : 9 Ogos 1996
Tempat Lahir : Tokyo Prefecture, Jepun
Tinggi : 163cm
Darah : AB
Twitter : @nzmmnk
Nico : nicovideo
Insta : @negichan_sz
SUZU
Hinata Suzu (日向すず)
Warna : Putih Susu / Milk White
Tarikh Lahir : 15 Disember 1993
Tempat Lahir : Chiba Prefecture, Jepun
Tinggi : 153cm
Darah : O
Kemahiran : Menari
Twitter : @sz_hnt
Insta : @nzmmnk
Discography
Demo
10/04/2015 : Re:Start
Singles
18/04/2015 : Re:Start
18/04/2015 : Border
18/04/2015 : Rebopipo (レボピポ)
29/07/2015 : MAGIC
29/07/2015 : Jump!!
29/07/2015 : Cheer
Albums
25/05/2015 : Refrain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan