Oktober 14, 2016

Evil & ID?

DEVIL NO ID??

Yosh! Lagi sekali dalam bulan ni tetiba rajin nak update lagi pasal idol profile..kali ni nak kongsi pasal DEVIL NO ID..lagi satu idol yang muncul dalam bulan lepas, idol ni muncul sehari sebelum aku sibuk2 nak cari or explore idol baru dan orang tak kenal..hahaha..dalam pencarian jumpa idol baru yang bagi aku konsep dia sudah biasa..sebab apa? sebab konsep asas idol ni bawak dah ada 4 tahun lepas, bilamana muncul BABYMETAL, dan kemudian muncul idol2 se-akan2 BABYMETAL walaupun berlain gerne musik, salah satu aku boleh cakap UNDERFACE (sub-idol under Smile Gakuen) yang bawak gerne musik EDM masa tu yang kurang di terima dan nasib group tu berkubur. Walaupun aku salah seorang peminat group tu. Cuma apa kelainan yang di bawak group ni dan mungkin sebab konsep asas ni mula pudar menyebab kan producer VAP berani mencuba untuk wujudkan idol yang konsep mula pudar iaitu 3 orang member dengan Center dan Leader adalah orang sama dan juga peranan utama sambil dua orang kiri dan kanan sebagai assistant..Kalau BABYMETAL dengan Su-Metal as Lady Fox, Yui-Metal dan & Moa-Metal sebagai Little Fox, DEVIL NO ID yang di anggotai 3 member, KARIN, HANA & MION, jugak bawak konsep yang hampir sama iaitu KARIN sebagai Devil Leader & HANA & MION sebagai Small Devil.


DEVIL NO ID - idol yang berasal dari kepulauan yang terkenal, Okinawa, Jepun. Group ni dapat sentuhan dan idea konsep dari pakar illustrasi dari Tokyo, UTOMARU.Group yang menekan konsep musik EDM, BASS & HIP HOP dalam konsep idol mereka. Dari gaya dan penampilan memang seakan2 Devil (syaitan) yang comel dengan karikatur karakter dan warna yang menekan kan konsep idea retro ala 90-an yang terkenal dengan warna Neon Yellow dan Hot Pink. Imej devil jugak dapat tengok ia se-akan2 karakter orang asli amazon kuno. Walaupun nampak pelik tapi ini kelainan mereka cuba bawak dalam konsep mereka dan berani kerana konsep 90-an sudah mula kembali bersinar sejak awal 2016. Kalau nak kata biasa memang nampak biasa sebab konsep asas tapi unik sebab karakter dan musik mereka bawak tu mula ke arah satu gerne musik yang mungkin akan naik masa hadapan. Walaupun sekarang ni rata2 idol hanya bawak konsep Full EDM dengan idol yang masih bawak konsep Rock or Hardcore mula tenggelam. Melainkan idol yang masih bermain dengan alternatif konsep. Mix konsep oleh DEVIL NO ID yang memasukkan EDM+BASS+HIP HOP bagfi aku cubaan yang berani dan cuba memandang ke arah musik Amerika dan musik mainstream jpop.

Sebab idol ni masih baru, so info pasal member ni agak terhad dan masih mencari dan kenal personaliti idol ni masing2..kalau untuk aku, idol ni agak menarik untuk di layan di masa masa hadapan. Ada sesetengah blogger dari Jepon atau bukan komen tentang kumpulan ni, rata2 mereka sendiri tak pasti konsep apa yang DEVIL NO ID akan bawak hingga ke masa mendatang..banyka pendapat dan kesamaan antara DEVIL NO ID dengan sesetengah idol yang tengah naik sekarang ni walaupun kesamaan tu cuma persis dan sukar di kenal pasti..


UTOMARU
Siapa Utomaru ni pulak? Utomaru adalah seorang illustator untuk kumpulan DEVIL NO ID. Dia yang bertanggung jawab dalam melukis dan meng-illustrasi semua karya dari segi Cover CD, Animasi, MV (Music Video), karakter, karakter animasi (kartun) dan cover majalah. Khas untuk DEVIL NO ID. Semua idea dari konsep visual dan style, dan juga comic juga datang dari beliau. Utomaru ni illustrator berasal dari Tokyo Metropolitan. Gaya dan cara lukisan di pengaruh dari gaya animasi Amerika & Jepun yang banyak di gabung menjadi satu karakter yang berlainan dari kebiasaan dunia animasi Amerika & Jepun sendiri. Utomaru juga adalah seorang ahli gabungan illustator "POPCONE"

Infomasi UTOMARU
webside : dddddd.moo.jp
facebook : Utomaru
twitter : @utomaru
instagram : @utomaru




DEVIL NO ID PROFILE

DEVIL NO ID / まねきケチャ
Webside : devil-no-id.com
Twitter :  @DEVILNOID
Instagram : @devilnoid
Tahun Aktif : 2016 – terkini
Label : VAP
Agensi : 






DEVIL NO ID Member

KARIN
Peranan / Role : Ketua Devil & Lead Vocal
Warna : Neon Red
Trivia : 
Mempunyai kekuatan dari segi vocal nyanyian dan tarian yang sangat bagus. 
Tapi personaliti yang mudah tersentuh dan mudah menangis, 
Minat dengan musik dan tarian "In-house" & "Lock"


HANA
Peranan / Role : Pembantu Kanan Devil 
Warna : Neon Blue
Trivia : 
Susuk tubuh yang kecil membuat Devil kecil ni kelihatan "cool beauty"
Mempunyai aura yang mesteri dalam setiap penampilan dan karakteristik yang tersembunyi yang sukar di fahami.
Minat dengan musik dan tarian "Girl Hip Hop" & "Punking"


MION
Peranan / Role : Pembantu Kiri Devil 
Warna : Neon Yellow
Trivia :
Pakar rap dalam kumpulan.
Mempunyai potensi untuk menguasai dan mendominasi persekitaran ketika persembahan seperti raksasa yang menganas.
Minat dengan musik dan tarian "Hip Hop", "Punking", "Raggae"


DEVIL NO ID - EVE ~ Kakumei Zen'ya






devil no id ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "