Mac 10, 2018

Summer☆panty

2018, Gokigen kembali dengan macam2 projek diorang tahun ni..mula2 dengan wujud kan sister group kira macam 2nd group lah walaupun diorang ni cuma self-produce idol..self-produce idol tu apa? self-produce ni dalam kata lain group indie lah, bergerak dalam underground industri musik, bawak pelbagai musik, segala urusan lagu ke, persembahan mereka urus sendiri walaupun ada manager untuk bantu diorang. Gokigen ni leader besar dia Ichiiho, so apa benda dalam group dia akan ke depan dulu..

Dah berbalik pada tajuk asal aku post hari ni..hari ni, Mac 10, 2018, tepat jam 12 tengah malam waktu Jepun (waktu Malaysia dalam 11 tengah malam, masih Mac 9), Gokigen Teikoku lancarkan single terbaru diorang yang bertajuk "Summer☆panty" yang mula2 melalui akaun iTunes dan beberapa jam kemudian baru keluar dalam akaun spotify

Ok sebelum aku nak review pasal lagu, mula2 aku nak tengok pasal cover single ni..cuma ada 4 member dari sepatutnya berlima..masih menjadi tanda tanya untuk kumpulan ni tentang masa depan Yan (Kunogi Hibiki) dalam group..memang dah tau buat masa sekarang dia terpaksa di sisihkan atas faktor kesihatan..awal tahun hari tu dia hilang lama atas faktor kesihatan dan kembali semula sebelum hilang kembali dari awal Februari hingga sekarang..



Sebagai peminat Gokigen rasa aku tak salah kan nak review pasal group aku minat dari perspektif aku sendiri..bagi aku lagu ni sangat typical idol song dan yang paling menarik lagu2 ni bukan berada dalam kalangan peminat tahun kebelakangan ni..why aku cakap typical pasal ni lah standard lagu2 idol yang pernah ada sekitar tahun 2010-2015 yang aku layan selama ni yang sangat catchy, girly dan funky pop..kenapa seh diorang nak kebelakang wahal mereka ni nak naik kepuncak macam idol lain patut dia patut bergerak dengan seiring kehendak pasaran idol..tapi tu bukan matlamat diorang..mereka ni kalau boleh nak kuasa segala bentuk musik idol sesuai dengan nama group mereka Gokigen yang bererti empire atau kerajaan yang bakal menakluk semua..itu cuma pendapat dan falsafah mereka dan pemahaman aku dari pandangan peminat..

Melawan arus dan membuat sesuatu yang dah tak hype tu lah mereka..macam tu jugak lagu, mereka ambik risiko dalam jenis musik bukan permintaan pasaran peminat wahal mereka tau ada kumpulan idol lain pernah bereksperimen sama macam mereka tapi last2 fail dan disband..ada group terpaksa tukar konsep ke musik yang trending demi survival dalam industri.

Untuk lagu Summer☆panty ni pada aku taklah la teruk dan tak terlalu superb seperti lagu yang pernah diorang keluarkan sebelum ni tapi still boleh di bangga dan di layan untuk jenis2 peminat2 idol yang suka lagu typical idol dan tak terlalu sarcasm walaupun lagu2 sebelum ni agak sedikit sarcasm dan ada terlalu bodoh tapi sebab musik dia yang menarik menutup lirik lagu tu..denagr macam bodoh tapi tu lagu semangat untuk peminat seharian dalam survival dunia sebenar..kalau korang peminat idol dan erti lagu idol untuk korang, korang fahamlah kan..


Macam biasa, lagu ni akan di susuli dengan MV (music video) bila dapat sambutan cuma aku tak tahu konsep kali ni macam mana..diorang pernah buat MV bersama peminat, peraduan membuat MV versi peminat dari rakaman mereka sendiri, dan pernah standard idol MV..so nanti kan MV diorang, yang mungkin muncul Yan atau mungkin tidak..haha..oklah dekat bawah ni ada link musik under spotify korang boleh lah layan..








Summer☆panty!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "