Memaparkan catatan dengan label Otaku no Nikki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Otaku no Nikki. Papar semua catatan

Mac 22, 2012

watashi wa 24-nen, sude ni desu!

Salam semua, ogenki desu ka minna-san? watasi wa genki desu ka! hehe..Hari ni, 22hb Mac 2012, genap usia aku 24 tahun. Alamak! dah makin tua aku ni dalam sedar tak sedarlah kan. Harapan aku? Aku cuma nak jadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum dan cuba berubah dan memperbaiki apa yang pernah aku rosakkan dulu walaupun hakikat sememangnya sukar tapi aku akan cuba. Hehe. Aku nak lupakan segala kenangan pahit sepanjang usia aku 23tahun dan aku akan simpan kenangan terindah sepanjang usia aku 23tahun juga.

Sempena hari jadi aku, tak ada apa yang menarik melainkan orang2 yang aku sayang dapat kumpul bersama, Abah, Angah & Adik ada dengan aku masa ni dan kami cuma sekadar makan2 biasa sahaja. Walaupun biasa tanpa kek atau hadiah tapi aku puas hati semua ada bersama aku hari macam ni. Ekekeke. Thanks korang sebab ada dengan Along makan2 walau kejap je pun. Hehe

Buat member2 yang wish birthday aku via facebook, via message or via call, thanks a lot and I very appreciate it. Love you guys. Dan paling aku tak sangka ada member2 aku sanggup buat kad ucapan sendiri untuk aku dan gambar khas untuk aku. Sekali lagi, terima kasih kawan2.

dari abam Ahmad Faris (fB)

dari abam Razif Razak (fB)

dari abam Kamen Rider a.k.a Asri (fB)


24th desu ka? hahaha :


Mac 20, 2012

Otaku no Nikki ~ 20.03.2012

Salam, ogenki desu ka minna-san? watasi wa genki desu! ekeke..aku macam biasa dah lama tak pos apa2 kan dalam blog ni, tak ada masa la beb, sibuk kerja, mana check up lagi..haha..pasal kesihatan tak payah ceritalah, aku alhamdullillah masih bernyawa lagi. cukuplah kan. syukur.. hari ni aku nak pos apa? tak ada apa, aku cuma nak pos satu gambar je, ni semua sebab member satu kepala aku, Faris yang suruh aku buat gambar gila2 macam ni. ekeke. entah macam mana aku boleh terperdaya dan terjoin sekaki macam dia. Tapi apa aku kisah, tak kisah la kau orang nak kata apa kan, janji aku gembira dan ceria. Oh ya, kenapa aku letak tajuk pos aku 'Otaku no Nikki'? Otaku no Nikki dalam bahasa Jepun, Diari seorang Geek, dan itu menandakan ia adalah sebahagian aktiviti atau diari hidup aku sedikit dalam seharian. Yang perlu saja aku pos yang rahsia iya tetap rahsia. ekeke. Aku memang geek apa, geek yang pelik. Tapi aku gembira dengan hidup aku. Haha. Kau orang pun kena gembira dan jangan peduli cakap orang selagi ia tak mengganggu atau melampaui batas cukup. Kan. Oklah, tengoklah apa aku dah buat hari ni. Gambar je pun tapi ia sangat gila bagi aku. Adeh.

watasi no nikki ~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "