Assalamualaikum. Wah rasa dah lama gila aku tak buat backpack travel, lagi2 bulan puasa. Semalam, 04082011, aku turun KL sebab dah sampai time aku kena buat check up. Tak ada lah, check up biasa je dan so far buat masa ni tak ada yang membimbangkan dan doktor suruh aku kurangkan stress dan banyakkan rehat. Jangan fikir banyak. Dari jB pagi sambil tunggu bas lepak lah dengan seorang mamat tapi dia nak ke Kuantan. Borak punya borak rupanya sebaya dengan aku cuma dia nampak matang dari aku lah. Dia dah kerja kat Perodua belakang SMART. Dalam perjalanan hujang memang lebat. Dekat highway siap ada lori tangki terbabas jatuh longkang. Yelah time tu memang hujan lebat area Johor. Tapi sampai KL tak hujan mendung je. Sampai TBS terus cari cab pergi HUKM.
Lepas check up, awal gila nak balik JB, so aku dengan backpack aku apa lagi, travel la satu KL. Dari HUKM ambik teksi naik RapidKL Bndr Tun Razak, aku turun dekat Stesyen Bandaraya. Aku mula travel aku area KL je, sebab dah lama tak buat dan tak tau mana nak pergi. Aku jalan dari Sogo, jalan2 area jalan TAR dan Masjid Jamek. Tengok2 barang, dari kedai ke kedai. Jalan sampai ke Central Market dan Petaling Street. Nasib baik cuaca tak panas tapi tu lah, hujan la pulak. memang aku berjalan dalam basah lah, tapi tak apa janji aku seronok. Lepas dah lama kat area KL aku teruskan jalan aku ke Time Square, macam biasa lah usha gundam baru, tapi aku tak beli la sebab baru 2 hari lepas aku beli. Rabak lah kalau aku nak beli jugak. Adeh. Dan aku tengok jam dah pukul 6 lebih dan aku rasa aku patut balik, takut kalau lewat sangat bas transit kat jB dah tak ada la pulak. Tapi aku cuma beli cokelat dan kuih bingka masa kat masjid Jamek rasa macam tak cukup. Aku check dompet aku ada tinggal rm50. Cukup makan dan tambang. Aku ak tau nak beli apa aku beli je Double Cheeseburger kat McD sebab lepas pukul 6 kan dah de Ringgit McSaver kan.
Lepas beli aku jalan cari LRT dan aku naik dari LRT Hang Tuah sebab dekat dengan Time Square. Sesak memang sesak beb kat dalam LRT maklumlah orang baru balik kerja. Dan aku terkeliling oleh perempuan dan laki ada lah 3-4 orang. Pergh memang seganlah sey. Yelah dengan bau badan berjalan seharian dan persepsi perempuan kat situ. Adeh. Sampai dekat BTS aku beli tiket dan cun dapat pukul 7.30. Memang sempat aku dapat bas transit kat JB. Tapi masa tunggu bas nak sampai, ada satu bas dari jb tapi jam 7.00 punya dan di sebabkan penumpang tak ramai jam 7.00 dia ofer siapa nak balik awal. Siapa taknak balik awal kan. lagi cun. Dalam 6orang la yang dari 7.30 naik bas jam 7.00, satu family muda 4 beranak, sorang perempuan dan aku. Port biasa aku duduk belakang. Masa aku nak cari port aku senyum kat sorang awek ni, yelah takkan nak masam. Dia pun penumpang 7.30 yang naik awal, aku ingat dia sombong dan tak ada respon dan ternyata dia respon balik senyum aku weh. Memang awek2 JB ramah-ramah dan comel. Baru aku tau tapi aku tak ada niat lain ok sekadar nak berkawan. Berkenalanlah kami dalam bas, rupa dia student kat Kolej-YPC, kolej depan kolej lama aku kat cheras. Kolej baru dekat Maluri, dan dia budak Stulang. Nama terpaksa di rahsia kan. Kui3. Memang kami borak panjang lah malam tu sampai masing2 muka dah letih dan penat. Apa lagi tidur lah. Lupa aku berbuka dalam bas dengan air mineral je dan awek aku bagi aku aku roti dia sikit dan apa lagi aku share lah kentang aku sikit. Banyak aku borak tapi just pengalaman kat kL je lah dan sikit2 hal peribadi tapi tak adalah yang menjurus kearah lain. Haha. Bila sampai JB aku turun bas dekat Kipmart sebab senang dapat transit kalau kat larkin mungkin susah dah nak dapat. Awek tu dia turun kat Larkin. Tapi aku tak mintak pun nombor dia sebab aku bukan player ok. Just berkawan dan tambah kawan dalam perjalanan. Yelah takut dia fikir bukan-bukan. Kalau ada jodoh mungkin jumpa lagi kan. Ala Kolej-YPC je pun. Hehe. Sampai rumah memang lepak dengan tak mandi apa lepas berhujan terus lepak. Bangun pun sahur je lepas tu tumbang balik. Badan dah sengal2 dan letih lesu. Tapi memang perjalanan yang bestlah sehari ni. Mungkin lain kali aku akan buat aktiviti macam ni lagi. Hehe. Salam

Backpack Yang Ringkas:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan