Ogos 17, 2011

LepaKing X холод

Assalamualaikum, 3 hari sey tak lekat kat rumah lepas berbuka. Sampai buat terawikh pun lambat sebab buat sendiri kat rumah. Haha. Tadi baru je balik dari Sutera Mall cari baju angah sambil tu jalan2 la kejap. Lama pusing tak jumpa berkenan di hati angah. Tapi aku sempat usha gundam tapi tak beli pun sebab nak simpan duit untuk Gundam AGE-1 bulan depan kan. Dah lama lepas last2 aku teringin nak makan Crepe dan terjumpa la Crepe2u kat area2 Carrefour floor bawah. Aku beli dua, kongsi2 dengan adik aku lah, angah dan adik. Aku beli Crepe Chicken Floos (rm5.50) dengan Crepe Chocolate Oreo (rm3.50). Tapi adik aku melantak yang Chicken Floos dia sorang jer. Aku dengan angah sempat merasa sikit je. Tapi ada Chocolate Oreo pun ok pe. Lagipun saja dah lama tak makan. Teringin pulak. Hehe. Meh tengok gambar yang aku ambik kat Sutera Mall.




Crepe Chocolate Oreo

Crepe Chicken Floos


Lepas dah kenyang dan habis makan, kitorang balik lah, dah lewatkan. Esok adik sekolah, then masa nak balik ada la lalu satu kedai, Angah usha baju, aku nampak satu baju yang cantik dan aku rasa sesuai angah pakai. Aku suka perempuan pakai baju macam ni, nampak sweet. Kalau aku ada awek comfirm aku belikan tanpa fikir panjang. Tak kisah mahal ke murah. Hehe. Aku suka nampak sweet dan comel. Dan tak serabut yang macam agas2 pakai, kalau boleh satu baju nak penuh, adeh. Haha. Nah tengok baju yang aku pilih untuk adik aku. Tapi dia bayar lah. Sebab aku belum gaji lagi daa. Hehe.




Oklah, sampai sini jelah cerita aku. Lain kali ada entri baru aku cerita ok. Esok nak kerja ni, Byee. :)

Adik-beradik yang gila:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "