Memaparkan catatan dengan label HG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HG. Papar semua catatan

November 22, 2012

Once Day for GBUCW [Group Build Universal Century War] 2012 'Gundam Fans'

Oh hai, hmm ogenki desu ka minna-san! atasi? hai, genki desu! ekeke..poyo lah..pergh, lama sey tak berblog..maklumlah sibuk sikit kot..haha..apa sey nak post kali ni,hmm pasal gathering awal bulan hari tu. oh ya kat mana dan pasal apa? Dekat je, dekat Times Square Kuala Lumpur (dekatlah sangat lebih 400km kot dari Johor Bahru)..tarikh 4November2012.


tarikh asal GBUCW tapi atas sebab2 tertendu di tunda 04November2012

Gathering ni memang terbaiklah, dalam banyak facebook fan page, Gundam Fans (page yang di urus oleh abam Epul Azhar & Muhammad Fahmi) yang paling syok dan happening sebab page ni sangat humble & merendah diri. Mereka yang ada dalam page ni semua bagi sokongan untuk semua hasil kerja tak kira apa pun hasilnya. Ramai jugaklah yang datang dalam gathering dan ada yang tak dapat datang sebab komitmen lain dan jarak yang tak mengizinkan. Tapi Mega-Gath Gundam Fans yang Pertama ni aku rasa sangat berjaya. Mengimbas kembali Gathering Mini yang Pertama tahun lepas. Dari 5 orang sekarang bila keluar gath lebih dari 10 orang. Walaupun aku jarang turun kL tapi bila ada masa aku akan join. Tapi apapun, diorang memang sangat terbaik la sey.

Mega-Gath kali ni bertema 'GBUCW ~ Group Build Universal Century War'. Konsep dan peraturan setiap ahli perlu menyiapkan satu model kit yang berskala High Grade ~ 1/144, dan model ni hanya tertakluk kepada model kit dari siri HGUC ~ High Grade Universal Century. Kit mestilah baru dan belum di pasang. Tempoh hanyalah sebulan dan tarikh bermula kalau tak silap aku 01 Oktober 2012. Oh ya sebelum terlupa, yang anjurkan ialah abam Kamen Rider (Afiq Azri). Kenapa ea hanya dari era UC, sebab hanya era UC yang banyak model kit yang berscale 1/144. memang hangat pertembungan dua team EFSF (hero) & Sieg Zeon (musuh). Banyak Kit2 otai yang ada memang cun dan teliti dari detailing dan kekemasan. 


abam Faris gn Dawa & guwa gn Risa..kami yang gila Gunpla & H!P Wota..Hahaha err belakang abam Enix Sho gn Lisa (t-shirt tu..haha)

  kami 'Gundam Fans'
 orang jauh ~ guwa dari Jb & abam Enix & Amrin dari Kelantan

ni yang kuning guwa punya kerja, Hazel Metabee
le me with Hazel Metabee....

Dah alang2 datang Mega-Gath ke kL, aku ada lah angkat beberapa kotak haul dari TS dan dari abam Kamen jugak. Aku cuma angkat MG Astray Blue Frame 2nd Revise (Daban Model)/RM80.00 & SD 00 Qan[T]/RM30.00. Ingatkan nak angkat SHF Kamen Rider Fourze, duit memang ada tapi malas nak cucuk dan menyelamatkan kewangan aku bulan ni. Haha. Oklah, aku bagi korang tengok gambar2 masa mega-gath hari tu. Selamat Melihat. ekekeke



-[Mega-Gath Universal Century Group Build War 2012 Gallery]-















credit picture to :

Oklah, ni je dapat aku sajikan, kang letak banyak2 tak boleh nak view la plak. Kita tunggu tahun depan punya event. Hehe. Salam Semua! Ja ne!..


GBUC War!!!

Februari 26, 2012

Aktiviti hujung minggu.....

Salam, konichiwa minna-san! ogenki desu ka? watasi wa genki desu! Hujung minggulah hari aku boleh rilex2 dan lepak2 kat rumah seharian. Maklumlah duduk bujang, dah lah bujang, sorang2 la pulak. Kih3. Hari ni seharian kemas rumah dan tak ada apa sangat nak kemas melainkan basuh baju dan jemur. Masak simple2 je lah. Rumah tak de usik sangat, duduk sorang so tak ada lah bersepah sangat. Kan. Ngeh3. Lepas siap kemas rumah aku sambung projek aku yang tergendala. Apa lagi kalau bukan gundam. Lepas makan aku masuk ke Gunpla Studio aku. Haha, tak ada lah besar sangat kecik je pun (meja je pun) kah3. Hari ni aku siapkan model G-Exes, yang aku beli bulan lepas. Kirim dari abam Kamen Rider, postage dari kL ke jB bhai. G-Exes ni model yang ringkas so aku tak ambik masa yang lama nak siap. 4jam saja. Sambil bikin sambil layan anime 'Tiger & Bunny'..Kih3 Oklah, taknak ambik masa lama sebab aku malas nak taip banyak2. Korang layankan je lah. Oh ya, aku siap buat sesi photoshoot dengan AGE-1 sekali, tak pernah buat kot. Kih3. So ada dua gundam dari siri sama aku buat photoshoot. layankan ok.

WMS-GEX1 G-EXES


Gundam AGE-1 Normal



G-Exes & AGE-1 Normal in Haul :


Februari 19, 2012

Huhuiiii..Terbaik!

Salam, ogenki desu ka minna-san? kih3. harap semua sihat2 lah ye. oklah, kali ni post entri aku kali ni sebab aku baru je siapkan satu backlog aku yang terbengkalai. Tak lain tak bukan pasal gundam/gunpla la beb. Aku baru siapkan Verde Buster yang berskala 1/144. Brand China, Gao2. Kualiti memang baik. Aku tak banyak buat, cuma marker wanrna yang kusam dan coat guna clear je. Aku ambik masa hampir 2 minggu nak siapkan model HG ni. Bukan apa, sebab masa tak ada dan mood aku nak buat pun macam malas. Ni baru satu siap. ada 4 backlog yang tak sentuh2 lagi. Ntah bila lah nak siap aku pun tak tahu. Huhu. Untuk model ni aku buat dengan menjadi kan cik Suzuki Kanon sebagai model aku. Kira macam pasangan yang sesuai untuk gundam aku lah. Kih3. Suka koranglah nak fikir apa, janji aku happy. Nah aku tak banyak gambar nak upload takut tak buat nak masuk blog je, aku kompak kan supaya jimat ruang dan korang punya kelajuan tak terjejas. Kui3.


Verde Buster ft Suzuki Kanon :

Februari 09, 2012

February with the Haul...ngeh3

Salam, o genki desu ka? watashi wa? hai, genki desu..hehe..lama sey aku tak post apa2 kat blog aku. Aku pun tak ada banyak cerita sangat sebab sekarang tengah sibuk dengan kerja2 kat bengkel. Maklumlah tengah sibuk dengan lori2 baru yang syarikat aku pasang dan jual (assembly). Sibuk menguruskan hal2 berkaitan dokumentation dan aku kena cover rakan sekerja aku dalam hal2 pengurusan bengkel berkaitan barang2. Tu yang sibuk sikit. Ok2 sebelum aku lari dari topik, aku cuma nak bagi tahu barang2 yang aku sambar bulan ni. Semua barang2 murah je. Aku cuma angkat 5 kotak gundam je, 1 brand Bandai (japan) , 3 brand GaoGao (china) & 1 brand GHD (china). Dan aku jugak ter'racun' membeli 2 DVD konsert Morning Musume : Consert Tour 2011 Spring, & Hello! Project : 2011 Summer. Adalah dekat seratus lebih aku spend bulan ni. Maklumlah balas dendam sebab bulan lepas tak membeli. Kih3. Taknak cakap banyak. Ni gambar barang2 aku bulan ni. Hehe

Morning Musume : Concert Tour 2011 Spring
&
Hello! Project : Concert Tour 2011 Summer
Kos
Morning Musume : Concert Tour 2011 Spring = RM19.90#
Hello! Project : Concert Tour 2011 Summer = RM39.90# (member belanja , thanks to Angel Hsuan)


[GUNPLA]

Kos
Gundam G-Exes (BANDAI) = RM46 + postage RM8 (kirim dengan abam Kamen Rider)
Gundam Blu Duel (GaoGao) = RM20#
Gundam Verde Buster (GaoGao) = RM25#
Gundam Arios (GaoGao) = RM20 + postage RM5 (beli dengan abam Fami)
Gundam 00 Raiser SD (GHD) = RM13#



Kos keseluruhan bulan ni = RM196.80#
*ok. bulan depan kena stop dan puasa gundam atau membeli sebab sudah sampai harijadi Bun2. ngeh3. bolehlah ni buat stok sampai bulan 4 nanti. kih3



Semua tentang gunpla & momusu:

Januari 24, 2012

Finally.....Siap Sepenuhnya..

Salam, O genki desu ka? kih2, seperti biasa aku baik2 aja kalau aku dah online. Apa nya yang siap sepenuhnya. dah tentu2lah Gundam terbaru aku yang baru aku siapkan. Tak adalah baru sangat aku beli, tak silap aku awal bulan 12 tahun lepas kot aku beli. lambat jugak nak siapkan yang satu ni. padahal HG je pun. adeh. ok2, aku kenalkan model ni secara ringkas. nilah model RX-178 Gundam MK-II [titans prototype mobile suit]. hehe. aku bagi korang tengok gambar ni ok. satu je dulu. lain2 akan datang ye. aku belum edit lagi. ni je yang sempat. k bye.


Latest haul :


Januari 15, 2012

High-Grade Collection!! Yatte!!

Salam. o genki desu ka? (apa khabar?)..hari ni aku nak share koleksi2 gundam aku yang sikit ni. ni adalah koleksi HG or High-Grade yang berskala 1:144. ni yang dah siap pasang dan backlogs ada 2 kotak yang masih belum terbuat..ni saja koleksi yang sedia ada dan mungkin akan di tambah jika ada rezeki lagi. hehe so tengok2 je la koleksi yang masih ada dalam bilik aku ni. layan.....











BackLogS

Gundam Lover HG:

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "