Memaparkan catatan dengan label MG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MG. Papar semua catatan

Mei 09, 2013

Burogu Kitta!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oh hai geng! ogenki desu ka? watasi wa genki desu! apa khabar geng, aku? alhamdullilah sihat2 belaka, lama dah tak ber'blog' ni memandangkan sibuk dengan kerja, aktiviti luar, jemputan kahwin & macam2 lah. Haha. biasalah kan. banyak sebab aku nak sibukkan diri ni dan salah satu aku nak isi kekosongan dalam hati aku ni. hohooo~ Hmm apa aku nak tulis ea kali ni, macam aku nak cerita pasal kejadian bulan lepas dulu lah nampak gaya memandangkan bulan lepas aku banyak sangat cerita nak di kongsi. Tapi satu2 lah, nak semua malam ni rabak aku beb. Kita mulakan dengan aktiviti utama aku bulan bulan lepas katanya~

~06 APRIL 2013~

Ada apa dengan tarikh April 6 ni? pelik bin ajaib, aku bertunang? nikah? hoho tu tak mungkin cuma aktiviti group saja lah. 6 April 2013 bertempat di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, kumpulan dalam Facebook, Gundam Fans, ada buat satu aktiviti perjumpaan, macam biasa tahun lepas sekali dan tahun ni sekali lagi di adakan. Gatherting bersempena Group Build dalam komuniti kecil kami2 je, macam tahun lepas konsep tentang size gundam/gunpla berskala 1/144 yang bertemakan UC (universal century). Kali ni tema dia, 1/100 yang bertemakan bebas asalkan skala 1/100 dan nama tema di kenali sebagai GB Hundreth!

~tema groupbuild 2013~

Geng2 GB Hundreth yang join Gath 06.04.2014 di Berjaya Times Square, KL

Tempoh masa kali ni lama sikit iaitu 3 bulan berbanding 1 bulan tahun lepas maklumlah nak pasang size 1/100 ni bukan kerja senang. Walaupun basic je. Kali ni aku buat 2 kit yang simple je, satu aku spray dan satu oob je.
 Exia Oranje Assassins ~ Niigaki Risa

RX-78-5 G-05 ~ Suzuka Nakamoto

Amacam? ok? ni kerja aku biasa2 je, tetap tak boleh lawan para otai dalam page Gundam Fans. Tapi apa pun aku suka dua kerja aku ni. dan sebelum aku nak blah, aku bagi tengok sikit gambar2 yang ada masa gathering tu, oh ye, banyak gambar ada yang aku ambik dan ada yang aku ambik dari abam Firdaus Ichirou .hehe. oklah, mata dah barai dan kepenatan. Esok2 aku update blog aku ye. Ja ne~














Ja Ne~




Januari 28, 2013

Projek Hujung Minggu

Oh hai minna! ogenki desu ka minna-san! hehe. hari ni aku tak ada idea sangat nak post pasal apa. Hari ahad ni biasalah gunakan dengan sebaiknya untuk lepak. Orang bujang katakan. Hehe. Ahad je lah hari untuk aku rehat sepuas-puasnya selain siapkan projek gunpla aku yang dah terbengkalai 2 minggu ni. tu pun baru siap tangan sebelah je. Boleh lah untuk perkembangan semasa. Harap2 minggu depan aku boleh sambung dan siapkan sebelum GB Hunderth bulan April nanti. Aku ni kan newbies so kerja pun agak perlahan sikit dari member2 yang lain. Hehe. Apa pun ni cabaran aku, sekarang aku tengah siapkan Exia Ignition Mode versi Assassin, dan aku inspirasi kan untuk waifu aku, Niigaki Risa, ngeh3. Nak tengok? belum siap lagi, baru siap sikit kot. Oklah aku kongsi apa yang aku ada je la.

Cover untuk Group Build 2013
'The Hundredth' 

 
dua ni je termampu siapkan dulu~

Amacam, ni je termampu aku buat masa ni, akan disambung secepat mungkin. Lambat2 kang susah aku nak sambung model kedua aku untuk GB nanti, tengah fikir nak buat dari plan asal Ez8 atau guna member aku bagi, RX78-5 G05. Ikut perancangan asal memang Ez8 tapi fulus macam tengah sesak sikit, tapi sayang nak buat G05 tu. haha.


Selain tu hari ni aku mandikan Badak Sumbu aku, Bun-bun. Dah kotor sangat aku tengok dengan debu, lumpur tanah. Mula malas tapi aku tak sampai hati nak tengok kesayangan aku ni kotor, basuh je lah. Hantar kedai gaji belum masyuk sey. Minggu depan baru boleh hantar salon bagi cuci dengan kimia sikit. Oklah, ngantuk sudah sambung coret lain kali ok. Esok kena kerja daa, tapi sebelum tidur, macam biasalah aku bagi satu MV dari aku untuk semua. Cuek Cuek Cuek aja Ngeh3. Selamat Malam! Oyasuminasai Minna-san!



Ja Mata Minna!


Julai 11, 2012

I'm Back!!!!

Yosh! Ogenki desu ka minna-san!! I'm back. haha. Eh aku pergi mana? Tak ada mana2 daa, cuma kebelakangan ni aku sibuk dan tak ada masa nak update blog aku ni ha. Maaflah ye blog aku ni tak femes atau ramai viewer sebab ni blog peribadi milik seorang Wota/Otaku. Maka tak hairanlahkan tak ada nak view pun. Hoho. 2 bulan ni aku sibuk sikit tu yang tak ada masa nak post cerita baru. haha. Tapi aku cuma nak mulakan dengan satu perkara je malam ni. Apa ia? Semua pasal haul2 aku sepanjang 2 bulan ni. Gundam, Anime & Nendoriod. haha. Meh aku kongsi dengan korang. Hehe.

Jun 2012

MG Unicorn Ver. Ka (GaoGao) ~ rm80

Hello! Project Photo Collection ~ RM8

Anime DVD - Papa no Iikoto Kikinasai, Dectective Conan, Kore wa Zombie Desu ka?, High School DxD ~ RM68

Innacomm W3100 Modem ~ 2 set percuma..thanks to abam Rafizee


Julai

DVD Anime : Nazo no Kanojo X ~ Rm17

MG Gundam Exia Ignition Mode (GaoGao) ~ RM75

Nendoriod Yuuki Nagato Shou Vers. ~ RM48

Hello! Project Photo Collection ~ RM20

Kad Keahlian ~ RM20


2 bulan dan haul pun macam banyak je kan. Haha. Ni semua gara2 racun member2. Haha. Tak apa, bulan depan kena berehat membeli dulu sebab bulan depan dah puasa dan tak lama lagi nak raya dah. Hehe. Oklah, malas nak taip lagi. Penat kot, esok nak kerja lagi. Ok bye, ja matta!


I'll be Back..



Ogos 03, 2011

Apa Yang Aku Ragut Di Jusco Tebrau City

Haha..Nilah Gundam aku yang terbaru, MG SHENLONG GUNDAM XXXG-0IS. Habis duit aku sebab aku geram dan piss off dengan someone. Rasa nak je aku sepak-sepak dan taji kepala dia, tapi sabar je laa. Ni aku beli semalam masa teman member aku pergi Jusco Tebrau City. Cari barang sikit, dan sebab aku dalam mood tak baik aku angkat gundam ni dan beli je padahal duit tak cukup, tapi nasib baik member aku ni tolong tambah sikit. Haha. Tak tu je aku dapat DVD "Tolong! Awek Aku Pontianak". Wah baiknya member aku ni, siapa? Rahsia nanti korang mintak dengan dia jugak. Haha. Ni ada gambar gundam yang aku beli. Hehe. Terbaik!

dalam kotak lagi ;)

part2 untuk Shenlong

kepala Shenlong

Badan yang belum di lining

Kaki yang superb..hehe

tanpa decal

setelah siap dengan decal

sesi photografi bermula

kool dulu

yeah! dragon fang!

dragon fang!

macho

pose beb!


Dan yang ni barang lain selain Gundam yang aku dapat kat Jusco. Hehe

Tolong! Awek Aku Pontianak - DVD


Oklah ini yang aku nak tunjuk buat masa ni. Insya-Allah gundam seterusnya akan tiba selepas Raya nanti ok. Bye.


Shenlong di bina oleh:

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "