Memaparkan catatan dengan label family/семьи. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family/семьи. Papar semua catatan

Februari 28, 2012

Hero mak sekali demam daaa..kih3

Salam, ogenki desu ka minna-san! hai watasi wa genki desu..ngeh3..macam pelik kan aku demam, tapi tu lah hakikatnya. Mungkin akibat aku main hujan dan mungkin sebab 2 minggu beb aku balik malam, kena embun malam. Semalam pergi klinik panel workshop aku, Klinik Raihan dekat Setia Tropika. Guna klinik panel tak yah keluar duit tapi limit rm35 je la. Ye lah, aku pun tengah sengkek macam ni, nak pergi GH jauh kot..kih3. Aku pergi pun bila dah tak tahan sangat asyik selsema je. Tak tahan, naik ofis mintak surat klinik, terus pergi klinik. Dalam pukul 10 aku gerak.

Sampai klinik jumpa bos aku, incik Tajul. Kah3, dia biasa, buat rutin check up. Lepas tu jumpa doktor, check aku just demam panas biasa je, suhu dalam 39 darjah celcius je. tekak aku bengkak sikit. Malas nak MC, doktor bagi ubat je. Balik ofis lepas rehat makan lah ubat. Alamak, ubat ni memang mengatuk. Sepanjang hari aku macam orang lalok kat ofis, aku rilex je. Nasib member2 semua ok. Aku just tolong yang ringan dan tak turun floor sangat, takut aku tumbang je. Kih3. Semalam balik awal jugak lah, dalam pukul 6 aku scan tangan, terus balik sampai rumah. Mandi2, solat, makan ubat terus tidur. Sedar2 dah pukul 4 pagi. Pergh. Betul punya tumbang.

Pagi tadi bangun ingat nak cuti je, badan masih berat. Tapi apa boleh buat, partner aku kena balik Kluang sebab ada hal famili. Nak tak nak aku kena datang dengan badan masih berat ni. Sorang2 kena handle kaunter. Kerja semua tak tentu aku buat. Serious aku masih lemah lagi hari ni. Macam nak mati je otak aku ni. Haha. Makan semua muntah keluar balik. Adoi membazir je aku ni. Balik rumah tak ada siapa nak uruskan aku.

Tadi telefon mak wish happy birthday, 28 februari kan, negh3. Mengadulah kat mak aku yang aku demam, mak aku cakap suruhlah kawin cepat2, ada orang jaga. Adoi mak aku ni pun satu, mana nak cari bini. Aku ni bukan kerja bagus nak bagi anak orang makan. Haha. Last2 aku jawab, mak carikan je lah, anak2 buah mak kan ramai. Ngeh3..Apa pun aku sayang mak aku walaupun dia ni garang tapi dia garang bertempat dan taknak anak2 dia jadi macam dia. Walaupun orang pandang buruk kat mak aku, yang penting aku tau mak aku macam mana, dia mak terbaik aku ada dunia dan akhirat. Aku kalau boleh nak cari bini macam mak aku, yang elok lah. Mak aku garang dan tegas dengan anak2 dia. Dia utamakan anak2 dia walaupun jauh dari kami adik beradik. Dan aku tak kisah kalau orang nak cakap aku anak mak ke apa. Peduli apa, janji aku sayang mak aku dan mak aku adalah segala untuk aku. Mak, along, angah & adik sayang sangat kat mak. Kami adik-beradik sentiasa doakan terbaik untuk mak dan mak kena sihat sampai mak dapat cucu. Tak kisahlah siapa kahwin dulu. kan. ngeh3.

Tapi...agak2 kalau aku tunjuk kat mak aku yang aku nak bini macam ni boleh dapat tak. Mesti mak aku suka kan. Kih3. Aku nak bini aku comel dan cute macam cik niigaki risa. Hopely mak aku suka dengan pilihan anak teruna dia yang gila2 ni. Haha. berangan je lah aku ni. mana nak dapat bini macam ni. ayat mak aku akan cakap. Tapi kalaulah dapat, Alhamdullilah, comfirm jaga betul2. Adeh..Ngeh3.


Guwa anak Mak :

Ogos 17, 2011

LepaKing X холод

Assalamualaikum, 3 hari sey tak lekat kat rumah lepas berbuka. Sampai buat terawikh pun lambat sebab buat sendiri kat rumah. Haha. Tadi baru je balik dari Sutera Mall cari baju angah sambil tu jalan2 la kejap. Lama pusing tak jumpa berkenan di hati angah. Tapi aku sempat usha gundam tapi tak beli pun sebab nak simpan duit untuk Gundam AGE-1 bulan depan kan. Dah lama lepas last2 aku teringin nak makan Crepe dan terjumpa la Crepe2u kat area2 Carrefour floor bawah. Aku beli dua, kongsi2 dengan adik aku lah, angah dan adik. Aku beli Crepe Chicken Floos (rm5.50) dengan Crepe Chocolate Oreo (rm3.50). Tapi adik aku melantak yang Chicken Floos dia sorang jer. Aku dengan angah sempat merasa sikit je. Tapi ada Chocolate Oreo pun ok pe. Lagipun saja dah lama tak makan. Teringin pulak. Hehe. Meh tengok gambar yang aku ambik kat Sutera Mall.




Crepe Chocolate Oreo

Crepe Chicken Floos


Lepas dah kenyang dan habis makan, kitorang balik lah, dah lewatkan. Esok adik sekolah, then masa nak balik ada la lalu satu kedai, Angah usha baju, aku nampak satu baju yang cantik dan aku rasa sesuai angah pakai. Aku suka perempuan pakai baju macam ni, nampak sweet. Kalau aku ada awek comfirm aku belikan tanpa fikir panjang. Tak kisah mahal ke murah. Hehe. Aku suka nampak sweet dan comel. Dan tak serabut yang macam agas2 pakai, kalau boleh satu baju nak penuh, adeh. Haha. Nah tengok baju yang aku pilih untuk adik aku. Tapi dia bayar lah. Sebab aku belum gaji lagi daa. Hehe.




Oklah, sampai sini jelah cerita aku. Lain kali ada entri baru aku cerita ok. Esok nak kerja ni, Byee. :)

Adik-beradik yang gila:


Jun 19, 2011

SeLaMaT HaRi BaPa X счастливый день отца


19hb Jun ialah hari bapa sedunia. Jadi aku nak cerita sikit pasal Big Boss aku ni, aku memang suka panggil abah aku Big Boss. Nama big boss aku, Ismail Ali. Abah aku ni hitam manis macam aku. Umur dah lewat 40-an, still steady cuma biasalah sakit orang tua. Abah aku ni seorang cikgu sekolah. Abah aku asal dari Kampung Parit Semarang, Batu Pahat dan semestinya Jawa asli dan masih boleh speaking Jawa lorh. kui3. Abah aku ni nampak je garang dan brutal di mata anak-anak muridnya tapi dengan anak-anak dia tak sebenarnya. Cuma garang bila kena dengan time atau dia ada masalah dan kami tambahkan lagi masalah dia.

Kalau di sekolah siapa tak kenal dengan Cikgu Mael Ali, pantang anak murid menipu, ponteng sekolah, hisap rokok, kurang ajar memang nahaslah kena dengan abah aku. Kalau tak kena belasah, penampar mesti sampai. Untuk pengetahuan, cikgu2 di SM Teknik Tg. Puteri (SM Vokasional Tg.Puteri) sememangnya ganas2 terutuma cikgu2 lama. Pernah abah belasah seorang budak sampai budak tu bawak bapak dia sampai datang sekolah, kalau tak silap masa badge aku, aku pun sekolah sama dengan abah masa aku form 4 dan form 5. Bapak budak tu jumpa abah dan macam nak marah2 sebab anak dia kena penampar dengan abah. Tapi abah dengan rilex terangkan kenapa abah buat macam tu. Tak lama abah dengan pakcik tu berbincang dan pakcik tu faham dan siap suruh tengok2 kan anak dia supaya jadi orang. Abah aku belasah orang tak adalah sampai berdarah atau lebam. Cikgu lama katakana, ada teknik dan cara nak lempang budak tak macam sekarang sampai lebam dan masuk wad. Dan budak tu setakat hari ni dah Berjaya dalam hidup walaupun biasa2 je. Walaupun garang tapi anak murid abah tetap respek dan hormat abah walaupun dah habis sekolah. Ada yang datang rumah jumpa dengan abah masa raya ucap terima kasih. Kalau tak sebab penampar abah takkan dia boleh berjaya.

Ada juga kawan2 aku tanya abah aku macam mana kat rumah, sama ke macam kat sekolah. Aku cakaplah dia sama macam abah orang lain, baik dan cool. Macam kawan2 di buatnya. Pernah sekali aku kena rotan depan padang masa tu satu kelas kena sebab lepak dalam kelas masa rehat. Abah lalu masa tu buat tak tahu je, sebab dia nak ajar aku displin dan dia tak pilih kasih masa di sekolah. Walaupun abah baik tapi aku tetap hormat dan jaga kelakuan aku depan abah sampai sekarang.

Aku taknak buat abah susah hati. Cukuplah dari kecik sampai sekarang abah banyak berkorban buat kami adik-beradik. Sanggup menjaga kami tiga beradik masa abah dan mak berpisah. Kamu pernah hidup susah dengan makan pun apa yang ada. Pernah abah tak beli baju raya demi anak2 dan pernah abah jual handphone sebab masa tu tak ada duit nak beli makanan. Masa tu abah masih dengan PJJ di OUM untuk habiskan degree. Duit pun banyak habis bayar yuran, iyalah gaji cikgu maktab macam abah berapa je sangat. Demi kehidupan selesa abah sanggup sambung belajar dan sekarang Alhamdulillah abah mampu beri apa yang kami adik beradik nak walaupun tak banyak. Abah taknak kesusahan zaman kanak2 abah akan terjadi pada adik beradik kami. Abah memang orang yang baik bagi kami. Sanggup melayan karenah anak2 yang banyak ragam. Lagi2 aku.

Aku kalau balik kL pasti aku selalu rindu dan rindu dengan masakan abah. Dalam family abah aku, orang lelaki semua pandai masak, dari Pak Ngah, arwah Pak Lang dan Pak Usu, semua pandai masak. Cakap je nak makan apa mesti abah masakan. Tapi paling aku suka makan masakan abah dah tentu Nasi Ayam dan Nasi Jagung. Dua ni memang aku gila. Kui3. Sampai abah ajak makan luar bila aku dan angah balik rumah sekali sekala pun kami taknak sebab kami rindu masakan abah. Iye lah, makan kedai bila2 boleh, dah muak pun.

Aku harap kami adik beradik akan dapat kerja yang bagus dan dapat membantu dan meringankan beban abah aku. Bagi aku, abah aku orang yang terbaik, dia tak kisah macam mana anak dia dan apa kehendak anak dia, janji anak dia tak menerima nasib seperti zaman dia dulu yang serba kekurangan. Walaupun kami tidaklah mewah tapi sederhana. Terima kasih abah sebab besarkan kami sendirian. Gua tabik spring sama big boss. Apa pun. Selamat Hari Bapa Buat Ayahanda Tersayang, kami adik beradik akan sentiasa di sisi abah tak kira apa pun. Dan berdoa agar abah d kurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. Terima Kasih Abah untuk semua.

Ikhlas dari anakanda:
farhan zikri

Mei 30, 2011

CHiCKeN CHoP X курица отбивная

Semalam Hari Ahad, sepupu aku wawa belanja makan chicken chop kat uda. Dia belanja sebab dia baru je dapat gaji. Ala chicken chop kat sini taklah mahal sangat, rm5 je kot. Hehe.Tapi sebelum tu kena bawak dia pergi shopping barang2 rumah dia kat Gaint Leisure Mall. Hehe. Ok, lokasi tempat chicken chop tu kat Bandar Baru Uda dan kalau tak silap aku nama tempat dia Restoran Angah. Ingat2 lupa lah tapi aku tahu jalan ke situ. Tapi apa2 memang sedap dan terbaiklah walaupun tak setaraf yang hebat2 tapi bagi aku dah cukup terbaik. Gambar masa makan tak dapat nak bagi banyak sebab handphone aku bengong. Haha. Yang pergi makan chicken chop cuma aku, wawa dan angah. Ni ada paparan sikit. Selamat menjamu mata ye. Hehe



jalan-jalan cari makan:
pendita farhan zikri

Mei 24, 2011

SeLaMaT uLaNGTaHuN X счастливы запоздалый день рождения

Selamat Hari Jadi buat adik-adikku yang tercinta dan paling aku sayang, Angah(21) dan Adik(10). Angah patut 16mei dan Adik 21mei tapi sebab masalah kewangan jadi buat lambat sikit. Hehe. Ni adik-beradik kandung tau,sama bapak sama mak. Bukan adik-adik angkat. Haha. Tak motif pun cakap macam ni. Apa-apa pun aku, sebagai Along nak ucap selamat buat adik-adik aku supaya diorang jadi manusia yang berjaya dan sentiasa dalam keadaan baik dan gembira selalu. Kalian memang adik-adik Along dunia akhirat. hehe. Sempena hari jadi aku dan abah buat sambutan kecik sikit-sikit kat rumah dan abah macam biasa akan sponser penuh. hehe. Tak ada buat apa pun, setakat beli kek dan KFC je dengan kacang-kacang. Kira ok lah dari pada tak ada. Buat dalam rumah dan keluarga je. Apa pun Along sayang keluarga ni walaupun macam-macam masalah yang melanda tapi tetap hidup bahagia. hehe. Jadi tengok je lah gambar yang sempat aku rakamkan dalam majlis ni. Sekian.
























ikhlas buat adik2:
captain farhan zikri

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "