Mac 15, 2018

knock it off naked to the world

BILLIE IDLE® yang semua orang tau group idol yang tak mengakui diorang ni Idol..kalau yang mana tak kenal BILLIE IDLE® ni actually diorang ni serpihan bekas member Brand New Idol Society or BiS yang bubar 2014 (tau BiS masih ada tapi yang ada adalah reform group, so jangan salah faham)..bekas member BiS yang keluar tu adalah Uika & Nozomi..tu sikit lah..BILLIE IDLE® pernah ada member yang keluar..dan sekarang selain Uika & Nozomi, diorang turut di gabung dengan dua adik beradik yang cukup berbakat Momo & Akira..Akira ni lebih bijak sebab kebanyakan lagu BILLIE IDLE® adalah hasil ciptaan dia dan Momo lebih kepada vocal yang mantap dan padu selain Uika..

Ok apa yang aku nak story adalah beberapa jam yang lepas, BILLIE IDLE® dah release satu musik video terbaru dan juga single baru mereka iaitu "P.S.R.I.P.".jangan tanya apa makna tajuk lagu ni sebab aku pun tak pasti lagi, tapi nanti2 aku share kalau aku dapat tau..haha..

Komen aku pasal lagu ni....seperti biasa typical BILLIE IDLE® yang kebiasaan akan bawak gerne yang berlainan dengan yang selalunya..tapi apa aku dengar lagu kali ni, gerne pop punk jadi pilihan diorang kali ni..yelah dengan penampilan belakangan ni yang lebih agak punk dan tak mustahil musik pop punk jadi pilihan single seterus mereka..Untuk suara main antara Momo & Uika dua2 berjaya bawak lagu pop punk ni dengan cara dan gaya penuh tenaga..Nozomi & Akira walaupun tak semenonjol seperti Uika & Momo tapi backup vocal dan solo line dari dua2 ni buat kan lagu ni ada soul tersendiri.

Kalau bab musik video...secara jujur kalau jenis suka dengan kesempurnaan ini bukan taraf tapi kalau jenis pada seni, ini seni yang unik dan jujur..terlalu animasi kartun yang selalu di ketengahan animasi di Amerika dan sesuai dengan konsep musik kali ni..tapi untuk BILLIE IDLE® aku tak rasa janggal sebab karatek kartun yang ada dalam biasa untuk mereka dan dah ada dalam video2 sebelum ni..dan musik video yang berkonsep sebegini dah biasa di main pemain musik punk khusus di Eropah, US & Malaysia..tapi mungkin untuk pemain musik idol ini sesuatu yang baru dan menarik perhatian..

Tapi ni pendapat 5 sen aku je..kalau korang ada pendapat sendiri itu terpulang masing2 kan..tapi secara peribadi aku, aku suka lagu ni..rentak dan irama lagu ni sangat fun dan hype untuk aku layan terus dan berulang kali..so rate musik video berserta lagu ni, aku boleh bagi 4.4/5.0..baiklah korang layan lagu dan musik video ni dulu baru korang boleh nilai sendiri..






knock it off!



Mac 13, 2018

GGT the 2nd...another election

So infomasi aku dari post sebelum ni ada macam kesilapan atau ada penambahan ciri dalam pemilihan untuk anggota GGT 2nd nanti..

boleh tengok post lepas di sini

Sebelum ni masa last pengumuman, sepatutnya awal yang menang 4 terbaik terdiri dari 0718, 1108, 1105, 1214 sekali gus nama 0716 tersingkir sepatutnya tapi mungkin atas inisiatif pengurusan yang mungkin belum cukup memuaskan dari pemilihan kali ni dan mungkin tak cukup baik untuk menilai semula ke semua..mereka ambil keputusan untuk membuat pilihan lagi mendalam..cabaran seterusnya adalah cabaran daily video atau video tentang diri..dan dari keputusan dan pengumuman semalam, 12 Mac 2018, telah memilih 4 yang terbaik masa ni iaitu 0716, 0718, 1108 dan 1105..dan ini membukti kan 1214 telah di singkir dalam persaingan.

Dan minggu ni merupakan persaingan terakhir untuk baik 4 perserta untuk di gabung dan di bentuk kumpulan baru GGT 2nd. Keputusan akhir akan di umum pada performance live GGT akan datang pada 23 Mac 2018 di tempat pengumuman rasmi GGT, Shibuya SAMURAI.




Kalau 0718 dapat join GGT 2nd atleast terubat sikit lepas Hibiki tarik diri keluar dari Gokigen. Ada lah pengganti walaupun dekat Gokigen dah ada oshi baru..lalang tetap lalang..hahaha..aku pun tak berapa faham gak tahun ni aku macam obses sikit dengan semua tentang Gokigen..maybe dah sampai masa focus satu benda je kot..haha



rei-nana-ichi-hashi ~




Saraba Hibiki

Setelah lama bercuti akibat kesihatan dan kecederaan panjang dan menyebabkan peminat tertanya-tanya status Hibiki dalam GGT (Gekijou-ban Gokigen Teikoku), akhirnya Mac 12,2018 jadi titik noktah buat Kunogi Hibiki atau mesra panggilan peminat Yan..Hibiki menggumumkan penarikkan diri dari GGT berkuat kuasa serta merta atas perbincangan dengan semua pihak terutama ahli GGT.

Bila dapat tau pasal Hibiki keluar dari Gokigen serta merta, tiba-tiba rasa sedih dan banyak perkara sedih kebelakangan ni dan ni pertama antara oshi aku keluar dari group..tanpa ada graduasi konsert atau apa..lama tak sedih macam ni..tapi tak apalah just harap Hibiki dapat sembuh dengan cepat dan meneruskan karier sebagai idol di masa depan. terus menanti perkembangan Hibiki di masa depan sama ada bergerak solo, atau bersama kumpulan lain dan terus berharap kembali ke Gokigen.





Ni adalah kenyataan dari Hibiki & pengurusan GGT melalui page rasmi GGT :




Translasi dari page

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Seorang ahli, Kyuuken Hibiki telah menarik diri dari keanggotaan Gekijou-ban Gokigen Teikoku pada 12 Mac, 2018.

Walaupun direhatkan sejak dari Januari atas faktor keadaan kecederaan fizikal yang lemah, prospek pemulihan yang memakan masa, saya fikir keadaan fizikal adalah keutamaan dan memutuskan membuat keputusan untuk memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan.

Ini adalah pengumuman memalukan kepada peminat-peminat Gokigen, terutama peminat Kyuugen Hibiki yang menunggu beliau untuk kembali semula aktif dalam aktiviti. Lebih lagi, kami memohon maaf atas banyak perkara yang tidak di jangka seperti masa depan beliau sendiri dan dengan kehadiran notis ini dan pengumuman pengunduraan secara tiba-tiba.

Dia juga merupakan ahli terawal Gekijou-ban Gokigen Teikoku, dan kami berharap bahawa Hibiki yang telah banyak menyokong kumpulan itu setakat ini dan akan kembali beraksi semula dengan cepat di masa akan datang.

Berikut adalah komen dari Kyuuken Hibiki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kyuuken Hibiki telah memutuskan untuk menarik diri dari Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Walaupun saya bercuti selama sekian lama, jika saya masih mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dengan keadaan fizikal saya, saya fikir keadaan fizikal dan hasil dari perbincangan dengan anggota Gokigen yang lain, saya menbuat keputusan sedemikian.

Masih ada impian sebagai individu, apa yang saya mahu lakukan lebih dengan Gokigen Teikoku. Ia mengecewakan, saya rasa kesepian dan saya mahu kekal. Saya mahu terus menyanyi dan menari di hadapan semua orang yang berdiri di atas pentas. Dari perasaan yang sejujur, saya ingin berehat supaya saya dapat menjadi lebih baik dengan keutamaan saya yang utama kini saya menjalani kehidupan saya, seterusnya dengan lebih ringkas selepas pulih sepenuhnya.

Saya minta maaf kerana bimbang dengan semua orang yang menyokong saya, dan saya tidak boleh membiarkan anda menyambut anda dengan menonton muka yang sedih secara langsung walaupun ia membuat anda tertunggu.

Hari semenjak Gokigen bermula adalah hari yang paling sibuk, menyeronokkan dan indah dalam hidup saya setakat ini, dan saya dapat mengalami banyak perkara yang saya tidak tahu. Terdapat juga banyak impian yang menjadi kenyataan. Masa yang penuh bermakna dengan Chi, Petro · Nagi · Onigiri, orang yang terlibat, dan peminat Gokigen masih menjadi harta saya.

Saya sangat gembira tentang masa apabila orang yang selalu mendengar panggilan Hibiki, panggilan Yan, perkara ungu dan bersenang-senang mencari gembira dengan saya.

Walaupun ia adalah masa yang singkat, jangan lupa kepada Gokigen yang mempunyai sembilan buah rumah. Dan terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada Gokigen.

Saya harap semua orang akan bersama anda.

Hibiki

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Semoga kehidupan Hibiki di masa depan akan menjadi semula sebahagian dari Gokigen.

Gekijou-ban Gokigen Teikoku



Apa pun untuk Hibiki & Gokigen..Terus move on dan terus berjuang!! Terus menyokong member sedia dan dan juga sister group yang bakal di tubuhkan sedikit masa lagi..siapa2 nak hantar kad ucapan perpisahan untuk Hibiki boleh tulis dan hantar ke alamat..




HKYT hilang seri ~

Mac 10, 2018

Summer☆panty

2018, Gokigen kembali dengan macam2 projek diorang tahun ni..mula2 dengan wujud kan sister group kira macam 2nd group lah walaupun diorang ni cuma self-produce idol..self-produce idol tu apa? self-produce ni dalam kata lain group indie lah, bergerak dalam underground industri musik, bawak pelbagai musik, segala urusan lagu ke, persembahan mereka urus sendiri walaupun ada manager untuk bantu diorang. Gokigen ni leader besar dia Ichiiho, so apa benda dalam group dia akan ke depan dulu..

Dah berbalik pada tajuk asal aku post hari ni..hari ni, Mac 10, 2018, tepat jam 12 tengah malam waktu Jepun (waktu Malaysia dalam 11 tengah malam, masih Mac 9), Gokigen Teikoku lancarkan single terbaru diorang yang bertajuk "Summer☆panty" yang mula2 melalui akaun iTunes dan beberapa jam kemudian baru keluar dalam akaun spotify

Ok sebelum aku nak review pasal lagu, mula2 aku nak tengok pasal cover single ni..cuma ada 4 member dari sepatutnya berlima..masih menjadi tanda tanya untuk kumpulan ni tentang masa depan Yan (Kunogi Hibiki) dalam group..memang dah tau buat masa sekarang dia terpaksa di sisihkan atas faktor kesihatan..awal tahun hari tu dia hilang lama atas faktor kesihatan dan kembali semula sebelum hilang kembali dari awal Februari hingga sekarang..



Sebagai peminat Gokigen rasa aku tak salah kan nak review pasal group aku minat dari perspektif aku sendiri..bagi aku lagu ni sangat typical idol song dan yang paling menarik lagu2 ni bukan berada dalam kalangan peminat tahun kebelakangan ni..why aku cakap typical pasal ni lah standard lagu2 idol yang pernah ada sekitar tahun 2010-2015 yang aku layan selama ni yang sangat catchy, girly dan funky pop..kenapa seh diorang nak kebelakang wahal mereka ni nak naik kepuncak macam idol lain patut dia patut bergerak dengan seiring kehendak pasaran idol..tapi tu bukan matlamat diorang..mereka ni kalau boleh nak kuasa segala bentuk musik idol sesuai dengan nama group mereka Gokigen yang bererti empire atau kerajaan yang bakal menakluk semua..itu cuma pendapat dan falsafah mereka dan pemahaman aku dari pandangan peminat..

Melawan arus dan membuat sesuatu yang dah tak hype tu lah mereka..macam tu jugak lagu, mereka ambik risiko dalam jenis musik bukan permintaan pasaran peminat wahal mereka tau ada kumpulan idol lain pernah bereksperimen sama macam mereka tapi last2 fail dan disband..ada group terpaksa tukar konsep ke musik yang trending demi survival dalam industri.

Untuk lagu Summer☆panty ni pada aku taklah la teruk dan tak terlalu superb seperti lagu yang pernah diorang keluarkan sebelum ni tapi still boleh di bangga dan di layan untuk jenis2 peminat2 idol yang suka lagu typical idol dan tak terlalu sarcasm walaupun lagu2 sebelum ni agak sedikit sarcasm dan ada terlalu bodoh tapi sebab musik dia yang menarik menutup lirik lagu tu..denagr macam bodoh tapi tu lagu semangat untuk peminat seharian dalam survival dunia sebenar..kalau korang peminat idol dan erti lagu idol untuk korang, korang fahamlah kan..


Macam biasa, lagu ni akan di susuli dengan MV (music video) bila dapat sambutan cuma aku tak tahu konsep kali ni macam mana..diorang pernah buat MV bersama peminat, peraduan membuat MV versi peminat dari rakaman mereka sendiri, dan pernah standard idol MV..so nanti kan MV diorang, yang mungkin muncul Yan atau mungkin tidak..haha..oklah dekat bawah ni ada link musik under spotify korang boleh lah layan..








Summer☆panty!!


Mac 09, 2018

Challenge & Hyperlapse

Genap tepat jam 2400 / Mac 8, 2018 / Waktu Jepun (aduh ada jugak ke buta kira masa ni, senang 12.00am / 9 Mac 2018)..akhirnya 0718 (Zero Nana Ichi Hachi) pos video cabaran seterusnya dari main group GGT (Gekijou-ban Gokigen Teikoku) untuk GGT2nd..member or peserta lain dah je pos tapi sebab 0718 ni member favourite aku so aku pos la dekat sini kan..kenapa aku pilih minah ni tak minah lain yang lagi lawa dan comel..sebab pertama, dia penuhi fetish idol aku..kedua dia jenis happy dan positif..aku suka karakter dia yang selamba dan senang bergaul..dan dia jugak berjaya sebut nama aku dengan baik (yes! yahooo!! batak sikit sekali sekala) hahaha

#日替わり動画チャレンジ
#ゴキ帝2nd 










oh chenta ku  ~

or........because



Yo..lama tak mengarutkan..haha..so far sibuk sikit (takde lah sangat), pemalas sering melanda, dan idea kering kontang..so posting aku kali ni pasal apa benda yang aku post karut ni..Lagu? Seseorang? Comelah la Aan, apa benda siak kau nak bilang kali ni..benda paling simple tapi penting (taklah sangat) dalam bila kau bergelar japanese-idol fan or bahasa wibu nya "wota"..Rasa tak perlulah kot aku explain apa benda tu wota ke otak2 ke (aiseh lapar la pulak tetiba)..

Ok pertama, sebagai peminat aidoru (aku ringkas kan senang panjang taip dok..aidoru = japanese idol) apa perkara pertama korang akan pandang dari satu group tu..Lagu dia atau sebab gadis2 (19/20 airdoru adalah gadis) yang ada dalam tu..Sebab tu aku letak post aku Lagu vs Seseorang (yeah!! ok tau punch line hambar)..perkara macam ni memang subjektif dan lain orang lain cita rasa nya..sebab tu ia terlalu subjektif untuk di borakkan..sebab kalau di diskusi secara mendalam, ada yang sanggup putus kawan, tak pun perang dingin..haha..tapi apa yang aku karang dalam post ni lebih kepada pendapat peribadi aku yang nilai tambah dalam pasaran tak laku (apa benda kau merepek setan)..

Ok kembali kepada cerita asas, aku nak berpendapat secara diri sendiri dalam hal ni dan pendapat aku tak wakilkan sesiapa..kot-kot ada yang terpicu (terpicu tak tau??? triggered kot, macam tu lah) dengan posting aku kali ni..



LAGU
Kita mula dengan lagu, ni perkara asas biasa atau mungkin kebanyakkan peminat akan cari dulu..Jenis lagu macam mana aidoru tu persembahkan atau mengayakan, konsep musik dan gerne musik bagaimana yang menjadi seleras halwa telinga masing2..sama ada rock, metal, pop, kawaii-pop (pop yang comel2), ska, hip hop..dan mungkin ada yang terarik sebab bentuk musik yang mainstream, alternative atau underground. Dunia aidoru tak jauh beza dengan dunia musik mainstream cuma dunia aidoru ni tak sesenang dunia mainstream yang kebanyakkan tak punya kebolehan suara yang senang cakap suara penyanyi yang bagus. Banyak mereka cuma ada tona suara dan lunak merdu yang normal atau kalau ada suara yang bagus pun tak punya bentuk fizikal yang cukup menawan..ada je yang dua2 terbaik tapi lebih tertarik dunia aidoru..

Berbalik pada lagu, setiap kumpulan ada konsep dia yang tersendiri dan setiap kumpulan ada kemampuan tersendiri. Peminat aidoru tak jauh beza dengan peminat musik mainstream. Masing2 ada minat dan kecairan halwa telinga..Lagu yang sesuai dan lain dari yang lain antara kebanyak kumpulan menarik minat peminat untuk mendekati mereka..musik idol ni sama je macam musik mainstream yang ada dekat luar tu, ada tangga dan pecahan pola musik dia sendiri..cuma lagu2 diorang ni tak se-sempurna artis mainstream yang memang mementingkan kualiti yang tinggi..macam contoh idol yang berkonsep Hip Hop, tak semesti kumpulan tu kena menyanyi dan emcee selevel kumpulan Hip Hop mainstream yang ada, asal diorang boleh basic rap tu dah memadai, lebih kurang mereka ni semi-pro or maybe amatur je..jadi korang nak high-expect selevel Charisma.com memang payah lah..dan ada jugak yang bermain nada metal macam contoh BABYMETAL or NECRONOMIDOL..jangan lah expect mereka ni akan capai selevel atau setangkat A7X or System of the Down apalagi nak beza Metallica or Iron Maiden (jangan korang compare dengan XPDC memang aku terpicu)..mereka2 ni cuma mempersona kan lagu tu semata-mata je dengan lirik lagu yang ceria dan gadis remaja yang biasa..

aku tau ada yang tak faham pun lagu aidoru ni tapi lepas baca lirik yang telah di alih bahasa baru faham, tapi sebelum tu dah tertarik..tertarik pasal apa dah kau tak faham, dol, lagu luar mexican, thailand, hindustan, korean yang korang tak faham pun boleh tertarik dan terpikat bak kata Cat Farish, cantik tertarik kau memang da'bomb..macam tu jugak lagu aidoru jepun..lirik tak faham tapi musik dan penyampai tu cukup buat hati korang tertarik dan ceria bak kanak-kanak di bagi ais-krim malaysia..hahaha..persembahan musik bersama tarian jugak jadi faktor X yang jadi lagu tu senang tertarik untuk di hadam walaupun sepatah haram korang tak faham..bab member comel tu bab lain..tu aku tulis bawah nanti..

So selagi lagu tu boleh buat telinga kau layan sampai gegedang telinga kau berdarah dan tak pecah sebab sakit nya jiwa nak melayan dah kira bagus..kan..kan..kan..kan........



SESEORANG
Ada jugak peminat yang minat sesebuah kumpulan aidoru tu sebab member dalam group tu sendiri yang bagi dia cukup buat dia di awang-awangan (hahatuih) hingga ke langit pluto..haha..mungkin peminat tu di layan atau di pancing dengan sebaik oleh member idol tu sendiri sehingga terjebak untuk mengikuti segala perkembangan pujaan hati dari detik ke detik..biasa benda ni jadi pada pandang pertama pertemuan yang tak di jangka membuat hati runtun tiba-tiba di hati mula jadi tanya (eh bukan lagu ke ni, adoi)..seperti aku bilang tadi la, kadang peminat ni minat bila dia jumpa buat kali pertama dengan seseorang idola tu dan layanan atau feed back dari idola tu membuat dia jatuh cinta (kononnya lah)..atau ada jugak yang suka dan jatuh cinta dari lelaman sosial (pergghh skema siot ayat) macam twitter atau showroom..

ada jugak sebab tahap kecomelan, kejelitaan, kekacakan aidoru tu menjadi pendorong seseorang peminat tu suka dengan seseorang idola ni..erti kata lain fetish (tertarik melampau kot maknanya..kot) yang dia suka tu ada dekat member idol tu..macam aku, terus terang, fetish idol aku lebih kepada short hair, ikemen sikit, boylish sikit, dan selenga sikit..tu fetish aku la, korang punya aku taknak tau..tu korang punya fetish nak angau teruk macam mana..lain orang lain fetish, ada yang janji jepun pun ada gak..janji aset padu dan mantap pun ada gak..dah korang jangan triggered sangat..aku sembang je..

jadi peminat kena betul2 pilih member mana kau rasa kau ok, bukan sebab dia cantik, ketua or center semata2..nanti bila kau tak di layan dan member kau dapat layanan mesra dari member asal kau kata kutuk ludah semua tu tetiba kau pun nak ngendeng dekat member idol tu..jangan jadi macam aku, ada group semua member aku suka..tamak kan..aku ni pun try hard jugak tapi selagi kau tak over expose depan orang lain kira baik..muehehehehe..



SIMPUL YANG RUNGKAI~
banyak je sebab lain yang aku nak explain dekat korang pun payah jugak sebab apa aku share ni kira cuma 0.00000001% dari kaca mata murah aku ni je..tau ada je nak kata aku poyo lah apalah..tapi ni apa benda yang aku fikir lah..kalau rasa salah tu, maaf je lah, sebab aku pun bukan tau macam mana lidah kau rasa minat kau..aku pun bukan Ultimate Lord Tono TO apa je lah..pergi layan event idol pun memilih gak aku ni..

ye kadang2 apa aku layan tu tak ada orang nak layan, ada tu bila aku layan then tiba-tiba drop bukan sebab ada geng sama layan tapi sebab apa yang kumpulan idol tu buat or lagu atau apa benda je lah yang aku suka atau minat, tak capai apa yang aku harapkan..so bukan taknak layan ramai2..boleh je aku nak layan ramai2 tapi sekadar lagu je lah tu pun kadang2 aku kena sindir macam aku tak layak layan, ok fine..so, lonely soldier boy je la (haha ayat sentap)..

Aku nak merepek pendapat lagi deep tak reti sebab aku bukan profesor, bukan otai, tak pernah join offkai, bukan lord spend fulus bukan segalanya..aku ni cuma watak belakang pintu yang pandangan tak di terima..hahaha..dah aku nak stop dulu..pos ni pun dua hari tangguh sebab masa aku taip tertidur..dunga punya mata..hahahaha..so, au revoir ~




nukil gua lima sen je nilai ~


Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "