Jun 19, 2011

SeLaMaT HaRi BaPa X счастливый день отца


19hb Jun ialah hari bapa sedunia. Jadi aku nak cerita sikit pasal Big Boss aku ni, aku memang suka panggil abah aku Big Boss. Nama big boss aku, Ismail Ali. Abah aku ni hitam manis macam aku. Umur dah lewat 40-an, still steady cuma biasalah sakit orang tua. Abah aku ni seorang cikgu sekolah. Abah aku asal dari Kampung Parit Semarang, Batu Pahat dan semestinya Jawa asli dan masih boleh speaking Jawa lorh. kui3. Abah aku ni nampak je garang dan brutal di mata anak-anak muridnya tapi dengan anak-anak dia tak sebenarnya. Cuma garang bila kena dengan time atau dia ada masalah dan kami tambahkan lagi masalah dia.

Kalau di sekolah siapa tak kenal dengan Cikgu Mael Ali, pantang anak murid menipu, ponteng sekolah, hisap rokok, kurang ajar memang nahaslah kena dengan abah aku. Kalau tak kena belasah, penampar mesti sampai. Untuk pengetahuan, cikgu2 di SM Teknik Tg. Puteri (SM Vokasional Tg.Puteri) sememangnya ganas2 terutuma cikgu2 lama. Pernah abah belasah seorang budak sampai budak tu bawak bapak dia sampai datang sekolah, kalau tak silap masa badge aku, aku pun sekolah sama dengan abah masa aku form 4 dan form 5. Bapak budak tu jumpa abah dan macam nak marah2 sebab anak dia kena penampar dengan abah. Tapi abah dengan rilex terangkan kenapa abah buat macam tu. Tak lama abah dengan pakcik tu berbincang dan pakcik tu faham dan siap suruh tengok2 kan anak dia supaya jadi orang. Abah aku belasah orang tak adalah sampai berdarah atau lebam. Cikgu lama katakana, ada teknik dan cara nak lempang budak tak macam sekarang sampai lebam dan masuk wad. Dan budak tu setakat hari ni dah Berjaya dalam hidup walaupun biasa2 je. Walaupun garang tapi anak murid abah tetap respek dan hormat abah walaupun dah habis sekolah. Ada yang datang rumah jumpa dengan abah masa raya ucap terima kasih. Kalau tak sebab penampar abah takkan dia boleh berjaya.

Ada juga kawan2 aku tanya abah aku macam mana kat rumah, sama ke macam kat sekolah. Aku cakaplah dia sama macam abah orang lain, baik dan cool. Macam kawan2 di buatnya. Pernah sekali aku kena rotan depan padang masa tu satu kelas kena sebab lepak dalam kelas masa rehat. Abah lalu masa tu buat tak tahu je, sebab dia nak ajar aku displin dan dia tak pilih kasih masa di sekolah. Walaupun abah baik tapi aku tetap hormat dan jaga kelakuan aku depan abah sampai sekarang.

Aku taknak buat abah susah hati. Cukuplah dari kecik sampai sekarang abah banyak berkorban buat kami adik-beradik. Sanggup menjaga kami tiga beradik masa abah dan mak berpisah. Kamu pernah hidup susah dengan makan pun apa yang ada. Pernah abah tak beli baju raya demi anak2 dan pernah abah jual handphone sebab masa tu tak ada duit nak beli makanan. Masa tu abah masih dengan PJJ di OUM untuk habiskan degree. Duit pun banyak habis bayar yuran, iyalah gaji cikgu maktab macam abah berapa je sangat. Demi kehidupan selesa abah sanggup sambung belajar dan sekarang Alhamdulillah abah mampu beri apa yang kami adik beradik nak walaupun tak banyak. Abah taknak kesusahan zaman kanak2 abah akan terjadi pada adik beradik kami. Abah memang orang yang baik bagi kami. Sanggup melayan karenah anak2 yang banyak ragam. Lagi2 aku.

Aku kalau balik kL pasti aku selalu rindu dan rindu dengan masakan abah. Dalam family abah aku, orang lelaki semua pandai masak, dari Pak Ngah, arwah Pak Lang dan Pak Usu, semua pandai masak. Cakap je nak makan apa mesti abah masakan. Tapi paling aku suka makan masakan abah dah tentu Nasi Ayam dan Nasi Jagung. Dua ni memang aku gila. Kui3. Sampai abah ajak makan luar bila aku dan angah balik rumah sekali sekala pun kami taknak sebab kami rindu masakan abah. Iye lah, makan kedai bila2 boleh, dah muak pun.

Aku harap kami adik beradik akan dapat kerja yang bagus dan dapat membantu dan meringankan beban abah aku. Bagi aku, abah aku orang yang terbaik, dia tak kisah macam mana anak dia dan apa kehendak anak dia, janji anak dia tak menerima nasib seperti zaman dia dulu yang serba kekurangan. Walaupun kami tidaklah mewah tapi sederhana. Terima kasih abah sebab besarkan kami sendirian. Gua tabik spring sama big boss. Apa pun. Selamat Hari Bapa Buat Ayahanda Tersayang, kami adik beradik akan sentiasa di sisi abah tak kira apa pun. Dan berdoa agar abah d kurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. Terima Kasih Abah untuk semua.

Ikhlas dari anakanda:
farhan zikri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "