Jun 18, 2011

41 DaRi 51 WeB RaSMi KeRaJaaN DiGoDaM X 41 из 51 официальный сайт правительства взломан


[Anonymous!]


KUALA LUMPUR – Dalam apa yang boleh disifatkan sebagai serangan terbesar dan terhebat penggodam dalam sejarah negara, sebanyak 41 buah laman web milik kerajaan berjaya digodam dalam masa beberapa jam sahaja.

Cubaan asal adalah ke atas 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan.

Perkara itu disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menimbulkan persoalan apakah kemampuan pihak-pihak berkenaan termasuk SKMM serta Cybersecurity Malaysia dalam menangani ancaman penggodam.

Lebih-lebih lagi apabila penggodam luar yang mengelarkan diri mereka Anonymous telah memberikan amaran 48 jam lebih awal akan bila dan laman web mana yang mereka akan serang.

Andai serangan berlaku secara tiba-tiba mungkin kita boleh menerima 41 buah laman web kerajaan berjaya digodam, tetapi amaran awal telah diberikan pihak Anonymous.

Bermakna ikatan longgar penggodam luar negara berkenaan amat yakin akan kemampuan diri mereka dan amat yakin kemampuan mempertahankan data dan tahap sekuriti laman web di Malaysia adalah rendah.

Untuk Cybersecurity sepatutnya ia lebih memalukan kerana sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOsti), mereka gagal mempertahankan laman web Mosti itu sendiri.

Dan yang paling sukar untuk diluahkan di sini ialah, Mosti digodam oleh penggodam tempatan yang mengelar dirinya Hamba Malam dari kumpulan Rilekscrew.

Apakah yang berjaya dilakukan Malaysia dalam episod serangan terhebat dalam sejarah siber negara?


Kalau setakat jaminan mulut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim bahawa Malaysia bersedia untuk menerima serangan, nampaknya tidak berapa boleh diterima.

Semalam, Rais dengan penuh keyakinan berkata Anonymous bukan ancaman yang pertama diterima negara. Beliau faham ke apa yang beliau cakap dan siapa itu kumpulan Anonymous?

SKMM cuba meredakan keadaan dan ‘cover’ malu dengan berkata, tahap serangan tidak teruk dan kebanyakkan laman web terbabit kembali beroperasi seperti biasa.

Namun itu tidak mengubah hakikat bahawa 41 buah laman web telah berjaya digodam walaupun amaran diberi berpuluh jam lebih awal.

Serangan bermula sebelah malam, mungkin ada yang lena dibuai mimpi agaknya.

Anonymous berjaya menyampaikan mesej mereka.

Tiba masanya kerajaan belajar dari apa yang berlaku dan mengambil langkah lebih effektif. Jangan kita masuk senarai Guiness World Book of Records sebagai negara yang paling banyak laman web rasminya diserang dalam satu malam dan serangan itu berulang-ulang. “Pengiktirafan” yang awal itu sudah tidak boleh dibuat apa-apa….Yang berulang-ulang itu perlu dielakkan sekarang!


di petik dan di cetak dari:

A A N S

tukang share:

farhan zikri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "