Assalamualaikum, hari ni 1 Jun 2011 akan jadi titik tolak permulaan hidup aku dalam meneruskan kehidupan aku sebagai bujang senang yang gila-gila. Haha. Aku akan mulakan bulan Jun ni sebagai satu bulan yang akan menentukan masa depan aku sendiri dan hala tuju aku sebagai seorang yang mungkin 'heartless' atau tak berperasaan. Bukan tak berperasaan itu tetapi tak berperasaan terhadap sebarang komitmen iaitu perhubungan atau yang seangkatan dengannya. Mungkin suatu hari nanti akan ada gadis yang akan buka balik pintu hati aku tapi buat masa ni biarlah aku susun balik hidup aku dan aku akan jadikan yang dulu sebagai pengajaran dan sempadan buat aku. Bohong kalau aku dah tak sayang kan 'dia' tapi aku harus tutup serapat-rapatnya hati aku dan simpan 'dia' jauh-jauh dari hati aku. Biar 'dia' menjadi sejarah aku dan aku mahu mulakan buku baru dan buruan baru aku iaitu buruan mencari kebahagaian aku sendiri. Insya-Allah jika di izinkan DIA. Aku cuma harap keluarga dan kawan-kawan aku bantu dan sokong aku dalam menjalani hidup baru aku supaya aku tak lagi tersesat dalam dunia aku sekarang ni. Dan aku harap 'dia' akan bahagia dengan kehidupan baru dia. Dan aku akan tinggalkan Mei dengan kisah duka aku dan aku akan pahat Mei 2011 sebagai yang terburuk dalam hidup aku. Sekarang masa aku peerbetulkan apa yang aku tinggalkan dan apa yang aku abaikan sepanjang aku bersama 'dia' dulu. Semoga Allah memberi aku 1001 kekuatan untuk aku lalui hidup baru ni. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan