Februari 29, 2012

Perkara Guwa Paling Malas......Meeting !!

Salam, konbawa minna-san! kih3. Hey apa dah dengan aku ni, hari ni hari malas aku ke apa. eh bukan, minggu malas aku. Mungkinlah kot, yelah aku pun masih belum sihat sepenuhnya, sebab tulah kot yang aku ni malas gila nak buat kerja lebih masa. Kerja lebih masa???? OT daa...kih3. Sumpah malas gila. Tak apa mungkin esok aku dah start buat OT balik kot. Badan pun dah elok dan esok comfirm gaji masuk. Untuk elak aku boros, haha, balun OT sampai 10 malam la bhai. Kih3. Baru jimat duit aku. Kalau tak comfirm aku nak pergi ber'shopping' je kerja. Kih3.

Berbalik pada apa yang guwa malaskan sangat tu. Pasal meeting lah, apa lagi daa. Aku ni kuli je takkan lah kena join sekali meeting yang membosankan tu. Adoi. Hari ni meeting pasal sistem feed back sistem baru yang dah operasi 5 bulan dan aku adalah pengguna pertama sistem yang baru di-naik-taraf. Banyak betul feedback diorang mintak. Siapa lagi, founder & programmer company la, William & Vivian, suami isteri yang handle penuh dalam pembikinan sistem ni. Jenuh aku nak menjawabnya. Dalam meeting bukan aku bertiga je daa, ada incik Tajul (bos assembly), Hussin (assistant engineer) & abam Zul (assembly advisor). Tengok, semua pangkat2 besar, aku je orang kecik. Dah lah baru baik demam, macam2 diorang tanya memang aku blur abis daa. Oh ya, sebelum aku lupa, ada seorang lagi yang attend dalam meeting tu. 'The Professor', dia sebenarnya bisnes advisor company, so dia kena ada untuk apa je yang berkaitan dengan company dari segi sistem dan maklumat. Woo lagi best, sekali attend meeting, rm1k la sey. Adeh.

2 jam jugaklah meeting ni dan aku habis berpeluh nak tunjukkan sistem mana yang kurang efektif walaupun bukan aku yang present, cik Tajul yang present tapi seram sejuk jugak. Aku bab2 communication dengan atasan memang lemau. Kih3. Sabar je lah.


Meeting......adeh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "