Mac 05, 2012

kuso! nemuru koto wa dekimasen!

Salam. Kan dah aku cakap nihongo malam2 pagi2 buta ni. Entah lah kenapa susah sangat aku nak tidur malam2 ni. Bila aku cuba nak tutup mata je mesti aku teringat kat dia, kuso! (deng!). Takkan lah aku rindu dekat dia, dah lama kot aku tak jumpa dia, tak contact dia. Aduh! kenapa lah susah sangat aku nak lupakan kau. Macam2 aku dah buat supaya aku lupakan kau, just anggap kau tak pernah wujud @ pernah menjadi seseorang dalam hidup aku dulu. Takkan sebab aku terbuka kotak barang2 yang pernah dia bagi kat aku dulu sampai aku jadi macam ni. Aku harap sangat aku boleh lupa segala-galanya. Bila aku dalam keadaan sedar aku memang tak ingat apa2 tapi bila aku lelapkan mata, mesti aku akan teringat kat dia.

Aku macam dah dapat terima hakikat & redha yang dia bukan untuk aku lagi tapi kenapa aku masih dapat rasakan yang aku hrus menunggu dia dan harus mengejar dia balik. Apa aku tak cukup ikhlas ke nak melupakan dia atau aku tak kuat untuk melepaskan orang yang aku sayang. Aku cuma tak mahu menjadi penghalang buat dia untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri dan aku taknak menjadi menyebab dia dan orang yang dia rasakan lagi layak untuk dia cinta tak kesampaian. Sebab aku sedar aku takkan mampu tandingi lelaki yang dia suka walaupun aku mampu bersaing dengan lelaki tu. Aku lebih rela mengundur dari jadi batu penghalang. Itu lebih baik untuk aku dan dia. Biarlah dia akan kata aku ni pengecut atau lemah sebab dia takkan tahu kenapa aku buat semua ni. Bukan sebab aku lemah atau pengecut cuma aku taknak orang yang aku sayang dan aku cinta berbelah bagi dan akhirnya terpaksa meluupakan orang yang lebih baik bagi dia. Aku tahu aku ni bodoh, kebuda-budakkan dan paling penting tak romantik dan tak reti nak berkata-kata manis.

Ada ke perempuan sanggup layan hobi aku yang minat denga gundam, plamo atau apa saja yang macam kebudak-budakan. Sanggup ke seorang perempuan bersama seorang lelaki yang layan musik metal dan j-pop idol macam aku layan A7X & Morning Musume. Ada ke seorang perempuan dapat rasakan masa depan terjamin dengan seseorang yang banyak hutang, belajar pun tak habis atau kerja sebagai kuli semata-mata. Aku tau dia tak berfikiran macam tu cuma aku yakin situasi aku belum mampu dan layak membahagiakan dia. Banyak ilmu aku tak cukup di dada dan banyak perkara yang aku tak fasih mengenai perempuan dan semua tu aku takkan dapat belajar selagi aku tak buang semua minat aku. Tapi harus ke aku buang semua minat & hobi aku semata-mata mengharapkan seorang perempuan minat pada aku. Aku cuma nak seorang perempuan itu faham dan mengerti minat dan kemahuan aku. Sokong aku dan tak menjatuhkan semangat aku.

Kadang aku agak cemburu dengan kawan2 Gundam Fans aku yang mana ada isteri yang sporting dan support suami mereka dengan hobi masing2. Ada yang teman wanita siapkan hadiah mereka set/kotak gundam walaupun yang paling murah. Aku tak mintak mana2 perempuan belikan aku, cukup sekadar faham dan sokong minat aku. Aku tau aku tak mampu nak beli yang mahal2 tapi sokongan macam bagi galakan aku menyimpan itu cukup. Hmm

Tapi tulah, hidup ni bukan semuanya baik dan berjalan baik. Tapi aku berharap sangat aku di temukan seseorang yang mampu menjadi nadi dalam hidup aku dan aku tak kisah siapa pun dia. Biarlah takdir yang akan memberi kepastian dan aku cuma mampu berusaha. Hehe.

Tengok, kan aku dah merepek malam2 pagi2 buta macam ni. Adoi. Dah aku nak pergi mandi dan solat kejap, mintak tenangkan hati dan fikiran aku ni. Banyak sangat hasutan aku malam2 pagi2 ni. Oklah, selamat semua, oyasuminasai untuk mereka yang nak tidur kejap lagi & ohayougozaimasu untuk mereka yang baru bangun dan dah nak lakukan aktivi di pagi hari. Ekeke. Anggap je lah kenyataan aku tadi merepek meraban ye. Bye! Ja ne!


kibun yuko :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "