Ogos 19, 2011

Kenapa? X почему?

Jom layan lagu ni. Lagu yang yang pernah satu ketika memberi aku ransangan setelah apa yang berlaku. Maaf kalau ada yang terasa tapi ini yang aku rasakan. Mungkin aku bukan terbaik buat mereka dan aku ikhlas dan pasrah. Akan ada balasan setiap kejadian dan Karma tetap ada buat setiap orang. Biarlah Hukum Karma dari Ilahi yang tentukan. Aku tak berhak menghukum sesiapa. Tapi apa2 pun layan ok :p




Kenapa - Shazzy feat Lah V.E

Sebelum ku kenali mu hidupku cukup dgn suka duka
Tak penah ku sangka semuanya akan berubah
Dikau bagaikan cahaya bagi jiwaku ini
Tak mungkin ku lupakan kata mu kan sentiasa disisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua kemana asyik berpegangan tangan

Orang lain dilupakan
Apa terjadi diriku ini masih tegar hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
Dikau puncak hatiku tiada baik darimu tiada langsung yang benar dari ungkapan bibirmu

Kenapa harusku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tahu semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodohkan kasih…

Tak mungkin ku lupakan
Kali pertama bersua tak sangka
Tikaman menjadi pedih yang di dalami jiwa..oww
Siang malam termenung sedih bebankan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh dilukai begini
Namun ku cakap hatiku tuk melupakan mu ku tahu bukan begitu Come on!
Masa berlalu jiwa dan ragaku katakn pada pendengarku [sudahlah]
Selamat tinggal oh kasih
Janganlah iri hati
Kehidupan kan bermula bila terbitnya mentari

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku dikecewakan..kasihh…oohhhhhh

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu

Sekian lama telah ku simpan rasa ini dihatiku
Baru kini ku berani tuk menyatakan oh gadis
Dikau bijak segala kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajah mu di hadapan ku

Sekian lama telah ku simpan rasa ini dihatiku
Baru kini ku berani tuk menyatakan oh gadis
Dikau bijak segala kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajah mu di hadapan ku

Sayang…telah kau mempermainkan hatiku
Telah ku buatkan segalanya..telah ku janjikan segalanya
Namun kau..terlalu memperdayakan ku
Takkan ku merayu sayang…tak ingin aku membuat mcm ini lagi

I just cant get witchu rite now

Kenapa harus ku merayu
Uh..kenapa harus ku bercinta..
Yeahh…pergilahh sayang…[kenapa]




Kenapa?:

Ogos 17, 2011

LepaKing X холод

Assalamualaikum, 3 hari sey tak lekat kat rumah lepas berbuka. Sampai buat terawikh pun lambat sebab buat sendiri kat rumah. Haha. Tadi baru je balik dari Sutera Mall cari baju angah sambil tu jalan2 la kejap. Lama pusing tak jumpa berkenan di hati angah. Tapi aku sempat usha gundam tapi tak beli pun sebab nak simpan duit untuk Gundam AGE-1 bulan depan kan. Dah lama lepas last2 aku teringin nak makan Crepe dan terjumpa la Crepe2u kat area2 Carrefour floor bawah. Aku beli dua, kongsi2 dengan adik aku lah, angah dan adik. Aku beli Crepe Chicken Floos (rm5.50) dengan Crepe Chocolate Oreo (rm3.50). Tapi adik aku melantak yang Chicken Floos dia sorang jer. Aku dengan angah sempat merasa sikit je. Tapi ada Chocolate Oreo pun ok pe. Lagipun saja dah lama tak makan. Teringin pulak. Hehe. Meh tengok gambar yang aku ambik kat Sutera Mall.




Crepe Chocolate Oreo

Crepe Chicken Floos


Lepas dah kenyang dan habis makan, kitorang balik lah, dah lewatkan. Esok adik sekolah, then masa nak balik ada la lalu satu kedai, Angah usha baju, aku nampak satu baju yang cantik dan aku rasa sesuai angah pakai. Aku suka perempuan pakai baju macam ni, nampak sweet. Kalau aku ada awek comfirm aku belikan tanpa fikir panjang. Tak kisah mahal ke murah. Hehe. Aku suka nampak sweet dan comel. Dan tak serabut yang macam agas2 pakai, kalau boleh satu baju nak penuh, adeh. Haha. Nah tengok baju yang aku pilih untuk adik aku. Tapi dia bayar lah. Sebab aku belum gaji lagi daa. Hehe.




Oklah, sampai sini jelah cerita aku. Lain kali ada entri baru aku cerita ok. Esok nak kerja ni, Byee. :)

Adik-beradik yang gila:


Ogos 16, 2011

Room-Mate Baru Aku Daa X мой новый товарищ по комнате

Haha. Aku dah ada room-mate baru lah sekarang, room-mate yang comel dan cute, sejenis tikus peliharaan atau hamster la. Yang aku tau ni species dari Campbell's Dwarf Hamster atau winter species. Comel kan. Haha. Nama dia ,Johann, Incik Johann. Nama Johann, BFF aku yang bagi, Cik Ayu. Semalam lepas kerja pergi keluar lepak dengan dia kejap. Lama tak jumpa, masing2 sibuk kerja. Semalam pergi keluar temankan dia cari barang untuk hubby kesayangan dia lah,Incik Eddy. Bufday dia dah nak sampai. Dari Carrefour, Gaint sampailah ke Pandan City mencari barang. Apa barang tu aku tak boleh bagitaulah. Betul tak Eddy. Haha. Masa kat Gaint Plentong la aku jumpa tikus comel ni. Mula2 macam ragu2 nak beli last2 aku beli sebab tak tahan dengan kecomelan tikus ni. Haha. Aku memang suka tikus kecik ni. Tapi tu lah, Incik Johann liar sikit dan suka mengigit. Abis jari luka kena gigit2 dengan dia. Memang aktif malam2. Dengar je dia excersice dengan roda dia. Nasib baik tak bising (sebab berlawan dengan bunyi kipas aku yang dah lama dan bising, pasal tu tak biasa). Tapi apa pun, untuk member aku, Eddy, selamat hari lahir ke-23 la kan. Harap kau dan Ayu berbahagia ok, tak baik gaduh2. Aku nak korang happy je ok dan jaga baik2 adik kesayangan aku tu. Haha. Oklah, ni gambar Incik Johann.







Room-mate Incik Johann:

Ogos 08, 2011

Lagenda Kumpulan Metal X Легенда Группа Металл

Bila dengar lagenda metal nak turun kL mungkin Disember ni, aku jadi teruja gila nak pergi konsert dia. Yelah band paling aku minat kot. Band yang musik dia antara terbaik bagi aku dan tak memeningkan kepala aku nak layan. Apapun harap jadi lah Metallica turun KL hujung tahun ni. Comfirm satu Tanah Tenggara turun kalau mereka datang. Tapi sebelum tu, jom layan lagu yang aku minat gila dalam album S&M Metallica, Master of Puppets. Layan.




Master of Puppets - Metallica

End of passion play, crumbling away
I'm your source of self-destruction
Veins that pump with fear, sucking darkest clear
Leading on your deaths construction
Taste me you will see
More is all you need
Dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your Master
Your life burns faster
Obey your Master
Master

Master of Puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind, smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Needlework the way, never you betray
Life of death becoming clearer
Pain monopoly, ritual misery
Chop your breakfast on a mirror
Taste me you will see
More is all you need
Dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your Master
Your life burns faster
Obey your Master
Master

Master of Puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind, smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Master, Master, where's the dreams that I've been after?
Master, Master, you promised only lies
Laughter, laughter, all I hear or see is laughter
Laughter, laughter, laughing at my cries
Fix me!


Solo!


Hell is worth all that, natural habitat
Just a rhyme without a reason
Neverending maze, Drift on numbered days
Now your life is out of season
I will occupy
I will help you die
I will run through you
Now I rule you too

Come crawling faster
Obey your Master
Your life burns faster
Obey your Master
Master

Master of Puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind, smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master



Kipas-susah-mati Metallica:

Ogos 07, 2011

Dari Sutera Mall X С Молл Шелкового пути

Haha..hari ni keluar teman kan member aku ambik barang kat sutera mall. Sementara dia ambik barang, aku pergi merayau-rayau kat dalam Sutera Mall, lama sey tak masuk. Then aku ternampak satu kedai yang member fb aku cakap ada kedai gundam kat dalam tu. aku tengiok memang ada. Tak banyak tapi boleh tahan la harga dan pilihan, dua2 brand ada. Bandai & TT Hongli. Barang2 Tamiya dan untuk gundam pun ada. So lepas ni tak payah la aku jauh2 nak pergi town cari barang gundam. Area rumah aku ada. Sambil2 aku meriki, aku nampak gundam yang aku memang nak cuma dah lama tak keluar, Nadleeh. So tanpa segan silu dan risau aku terus angkat dan bayar. Tak mahal, rm25 je sebab TT Hongli kan. Sangat murah. Meh aku tunjukkan Gundam Nadleeh aku yang baru..hehe

GN-004 Nadleeh
















Oklah, nampak nya bulan ni aku kena berjimat cermat dan aku kena saving sebab bulan depan aku nak angkat Gundam Delta Plus pulak. Haha. Byee


Pencarian berakhir:

Ogos 06, 2011

Hidup Ini Mahal X жизнь стоит дорого



Hidup Ini Mahal - Goliath

Dari dulu sudah sering kukatakan
Apa benar kau masih inginku bertahan
Rela-rela, kau bilang kau sungguh rela
Untuk setia memanti aku di sana

Ternyata dirimu mulai goyah
Tak sabar sampai menungguku ku bisa
Untuk memintamu

Reff1:
Hidup ini mahal bila dipikirkan
Cari makan untuk sebulan
Menabung sulit apalagi sampai
Ku harus melamar

Reff2:
Sayang sudah susah
Jadi tambah susah
Tolong sabar sebentar saja
Bila berjanji ku pasti tepati
Asal kau menanti

Aku tahu berat beban yang kau rasakan
Sungguh takkan dirimu kusia-siakan

Mengapa dirimu goyah
Tak sabar sampai menungguku ku bisa
Uow.. Uow..

Back: Reff1, Reff2 (2x)

Dari dulu sudah sering kukatakan




Yang bersetuju dengan Goliath:

Ogos 05, 2011

Backpack X рюкзак

Assalamualaikum. Wah rasa dah lama gila aku tak buat backpack travel, lagi2 bulan puasa. Semalam, 04082011, aku turun KL sebab dah sampai time aku kena buat check up. Tak ada lah, check up biasa je dan so far buat masa ni tak ada yang membimbangkan dan doktor suruh aku kurangkan stress dan banyakkan rehat. Jangan fikir banyak. Dari jB pagi sambil tunggu bas lepak lah dengan seorang mamat tapi dia nak ke Kuantan. Borak punya borak rupanya sebaya dengan aku cuma dia nampak matang dari aku lah. Dia dah kerja kat Perodua belakang SMART. Dalam perjalanan hujang memang lebat. Dekat highway siap ada lori tangki terbabas jatuh longkang. Yelah time tu memang hujan lebat area Johor. Tapi sampai KL tak hujan mendung je. Sampai TBS terus cari cab pergi HUKM.

Lepas check up, awal gila nak balik JB, so aku dengan backpack aku apa lagi, travel la satu KL. Dari HUKM ambik teksi naik RapidKL Bndr Tun Razak, aku turun dekat Stesyen Bandaraya. Aku mula travel aku area KL je, sebab dah lama tak buat dan tak tau mana nak pergi. Aku jalan dari Sogo, jalan2 area jalan TAR dan Masjid Jamek. Tengok2 barang, dari kedai ke kedai. Jalan sampai ke Central Market dan Petaling Street. Nasib baik cuaca tak panas tapi tu lah, hujan la pulak. memang aku berjalan dalam basah lah, tapi tak apa janji aku seronok. Lepas dah lama kat area KL aku teruskan jalan aku ke Time Square, macam biasa lah usha gundam baru, tapi aku tak beli la sebab baru 2 hari lepas aku beli. Rabak lah kalau aku nak beli jugak. Adeh. Dan aku tengok jam dah pukul 6 lebih dan aku rasa aku patut balik, takut kalau lewat sangat bas transit kat jB dah tak ada la pulak. Tapi aku cuma beli cokelat dan kuih bingka masa kat masjid Jamek rasa macam tak cukup. Aku check dompet aku ada tinggal rm50. Cukup makan dan tambang. Aku ak tau nak beli apa aku beli je Double Cheeseburger kat McD sebab lepas pukul 6 kan dah de Ringgit McSaver kan.

Lepas beli aku jalan cari LRT dan aku naik dari LRT Hang Tuah sebab dekat dengan Time Square. Sesak memang sesak beb kat dalam LRT maklumlah orang baru balik kerja. Dan aku terkeliling oleh perempuan dan laki ada lah 3-4 orang. Pergh memang seganlah sey. Yelah dengan bau badan berjalan seharian dan persepsi perempuan kat situ. Adeh. Sampai dekat BTS aku beli tiket dan cun dapat pukul 7.30. Memang sempat aku dapat bas transit kat JB. Tapi masa tunggu bas nak sampai, ada satu bas dari jb tapi jam 7.00 punya dan di sebabkan penumpang tak ramai jam 7.00 dia ofer siapa nak balik awal. Siapa taknak balik awal kan. lagi cun. Dalam 6orang la yang dari 7.30 naik bas jam 7.00, satu family muda 4 beranak, sorang perempuan dan aku. Port biasa aku duduk belakang. Masa aku nak cari port aku senyum kat sorang awek ni, yelah takkan nak masam. Dia pun penumpang 7.30 yang naik awal, aku ingat dia sombong dan tak ada respon dan ternyata dia respon balik senyum aku weh. Memang awek2 JB ramah-ramah dan comel. Baru aku tau tapi aku tak ada niat lain ok sekadar nak berkawan. Berkenalanlah kami dalam bas, rupa dia student kat Kolej-YPC, kolej depan kolej lama aku kat cheras. Kolej baru dekat Maluri, dan dia budak Stulang. Nama terpaksa di rahsia kan. Kui3. Memang kami borak panjang lah malam tu sampai masing2 muka dah letih dan penat. Apa lagi tidur lah. Lupa aku berbuka dalam bas dengan air mineral je dan awek aku bagi aku aku roti dia sikit dan apa lagi aku share lah kentang aku sikit. Banyak aku borak tapi just pengalaman kat kL je lah dan sikit2 hal peribadi tapi tak adalah yang menjurus kearah lain. Haha. Bila sampai JB aku turun bas dekat Kipmart sebab senang dapat transit kalau kat larkin mungkin susah dah nak dapat. Awek tu dia turun kat Larkin. Tapi aku tak mintak pun nombor dia sebab aku bukan player ok. Just berkawan dan tambah kawan dalam perjalanan. Yelah takut dia fikir bukan-bukan. Kalau ada jodoh mungkin jumpa lagi kan. Ala Kolej-YPC je pun. Hehe. Sampai rumah memang lepak dengan tak mandi apa lepas berhujan terus lepak. Bangun pun sahur je lepas tu tumbang balik. Badan dah sengal2 dan letih lesu. Tapi memang perjalanan yang bestlah sehari ni. Mungkin lain kali aku akan buat aktiviti macam ni lagi. Hehe. Salam


Backpack Yang Ringkas:

Ogos 04, 2011

Hanya Ingin Ada X Просто хочу, чтобы

Entah kenapa lah aku boleh jadi jiwang2 bagai kebelakangan ni balik aku pun tak faham sey. Tapi tak ada apa2 pun, korang layan je la. Ok, Terbaik!



HANYA - ARIL (TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK)

Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu

Bridge

Dan aku serahkan, hatiku untuk mu
Dan aku relakan, kasihku untuk mu

Chorus

Hanya ingin ada, dihatimu selalu
Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
Hanya ingin jadi, terbaik buat mu



Yang Jiwang dari:

Ogos 03, 2011

Apa Yang Aku Ragut Di Jusco Tebrau City

Haha..Nilah Gundam aku yang terbaru, MG SHENLONG GUNDAM XXXG-0IS. Habis duit aku sebab aku geram dan piss off dengan someone. Rasa nak je aku sepak-sepak dan taji kepala dia, tapi sabar je laa. Ni aku beli semalam masa teman member aku pergi Jusco Tebrau City. Cari barang sikit, dan sebab aku dalam mood tak baik aku angkat gundam ni dan beli je padahal duit tak cukup, tapi nasib baik member aku ni tolong tambah sikit. Haha. Tak tu je aku dapat DVD "Tolong! Awek Aku Pontianak". Wah baiknya member aku ni, siapa? Rahsia nanti korang mintak dengan dia jugak. Haha. Ni ada gambar gundam yang aku beli. Hehe. Terbaik!

dalam kotak lagi ;)

part2 untuk Shenlong

kepala Shenlong

Badan yang belum di lining

Kaki yang superb..hehe

tanpa decal

setelah siap dengan decal

sesi photografi bermula

kool dulu

yeah! dragon fang!

dragon fang!

macho

pose beb!


Dan yang ni barang lain selain Gundam yang aku dapat kat Jusco. Hehe

Tolong! Awek Aku Pontianak - DVD


Oklah ini yang aku nak tunjuk buat masa ni. Insya-Allah gundam seterusnya akan tiba selepas Raya nanti ok. Bye.


Shenlong di bina oleh:

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "