Mac 22, 2012

I'm Rena'i Hunter Too ♥♥ ekeke

Salam, ogenki desu ka? watasi wa genki desu! hehe..haha, dah lama aku tak pos lagu2 baru kan kat page ni. Ok, kali ni aku nak pos single terbaru dari MoMusu, Renai Hunter. Single yang ke-49 dan single terakhir untuk cik Niigaki Risa. Kali pertama aku layan lagu ni aku dah jatuh cinta dan terpegun dengan rentak dan irama lagu ni. Lagi mencairkan, solo dari cik Niigaki Risa buat aku cair dan tergoda. Serius! Aku suka sangat2. Bagi aku lagu ni banyak maksud yang tersembunyi yang mampu buat aku rasa nak kembali bercinta, ceh. Suntikkan semangat dan perasaan gembira dalam hati aku buat aku rasa lega dan bersemangat. Nak tahu. Hari2 aku layan lagu ni sejak di release. Setiap hari. Kalau time kerja dari rumah sampai ke bengkel, memang lagu ni je aku layan. Memang terbaiklah kan. Oklah tak nak cakap banyak, aku bagi kau orang layan lagu ni ok :)


Renai Hunter - Morning Musume


Niigaki Risa Michishige Sayumi Tanaka Reina
Mitsui Aika
Fukumura Mizuki Ikuta Erina
Sayashi Riho Suzuki Kanon Iikubo Haruna
Ishida Ayumi Satou Masaki Kudou Haruka


Donna bamen demo nigenai
Tachiba nante no wa kankei nai
Koi no taimingu mo nogasanai
Keisan nante no mo shinai

Toki ni kuyashii
Shitsuren no ato ni

Mayonaka hitori
Namida ga nagareru


Aishitageru yo?
Hora aishitageru yo stay with me
(It's a Paradise It's a Paradise)

[sa/ri] Anshin suru desho
[sa/ri] Atatamaru desho
Sekaichuu wo paradaisu ni kaete misete yo

Wow wow wow
Ima! hikare!
Shinken ni ikiro!
Chikyuu no ikari ni sakarau na!
Kono yo no hana ni?uso nado nainda

Wow wow wow
Ima! hanate!
Neko kaburunda!
[sa/ri] Jitsuryou ijou ni kekka wa dasenai
Moetsukiru hodo?
Honki ni narenai nara

Wow wow wow
[sa/ri] Asu wa nai!

Donna bamen demo nigenai
Tachiba nante no wa kankei nai
Koi no taimingu mo nogasanai
Keisan nante no mo shinai

Toki ni yasashii
Renai ni deai

Umarete koreta
Genjitsu ni kansha


Mottai burazu ni
Mou mottai burazu ni stand with me
(It a Paradise It's a Paradise)

[ri/sa] Honto no koi da to
[ri/sa] Tada shinjite iin deshou
Futari dake no paradaisu ni tsurete ttokure

Wow wow wow
Ima! hikare!
Hito no sei ni suru na!
Shizen no housoku ni sakarau na
Kono kuchizuke mo shizen no chikara

Wow wow wow
Ima! hanate!
[ri/sa] Sono ba shinogu na!
[ri/sa] Atsu keshou yori haato de egakou
Nukegake shite demo
Noshiagaru ki ga nai nara


Wow wow wow
Asu wa nai!

Wow wow wow
Ima! hikare!
Hito no sei ni suru na!
[fu/ri] Shizen no housoku ni sakarau na!
Kono kuchizuke mo shizen no chikara

Wow wow wow
Ima! hanate!?
Sono ba shinogu na!
Atsu keshou yori haato de egakou
Nukegake shite demo
Noshiagaru ki ga nai nara


Wow wow wow
Asu wa nai!

Donna bamen demo nigenai
Tachiba nante no wa kankei nai
Koi no taimingu mo nogasanai
Keisan nante no mo shinai


I'm always be love hunter, yeah! :


watashi wa 24-nen, sude ni desu!

Salam semua, ogenki desu ka minna-san? watasi wa genki desu ka! hehe..Hari ni, 22hb Mac 2012, genap usia aku 24 tahun. Alamak! dah makin tua aku ni dalam sedar tak sedarlah kan. Harapan aku? Aku cuma nak jadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum dan cuba berubah dan memperbaiki apa yang pernah aku rosakkan dulu walaupun hakikat sememangnya sukar tapi aku akan cuba. Hehe. Aku nak lupakan segala kenangan pahit sepanjang usia aku 23tahun dan aku akan simpan kenangan terindah sepanjang usia aku 23tahun juga.

Sempena hari jadi aku, tak ada apa yang menarik melainkan orang2 yang aku sayang dapat kumpul bersama, Abah, Angah & Adik ada dengan aku masa ni dan kami cuma sekadar makan2 biasa sahaja. Walaupun biasa tanpa kek atau hadiah tapi aku puas hati semua ada bersama aku hari macam ni. Ekekeke. Thanks korang sebab ada dengan Along makan2 walau kejap je pun. Hehe

Buat member2 yang wish birthday aku via facebook, via message or via call, thanks a lot and I very appreciate it. Love you guys. Dan paling aku tak sangka ada member2 aku sanggup buat kad ucapan sendiri untuk aku dan gambar khas untuk aku. Sekali lagi, terima kasih kawan2.

dari abam Ahmad Faris (fB)

dari abam Razif Razak (fB)

dari abam Kamen Rider a.k.a Asri (fB)


24th desu ka? hahaha :


Mac 20, 2012

Otaku no Nikki ~ 20.03.2012

Salam, ogenki desu ka minna-san? watasi wa genki desu! ekeke..aku macam biasa dah lama tak pos apa2 kan dalam blog ni, tak ada masa la beb, sibuk kerja, mana check up lagi..haha..pasal kesihatan tak payah ceritalah, aku alhamdullillah masih bernyawa lagi. cukuplah kan. syukur.. hari ni aku nak pos apa? tak ada apa, aku cuma nak pos satu gambar je, ni semua sebab member satu kepala aku, Faris yang suruh aku buat gambar gila2 macam ni. ekeke. entah macam mana aku boleh terperdaya dan terjoin sekaki macam dia. Tapi apa aku kisah, tak kisah la kau orang nak kata apa kan, janji aku gembira dan ceria. Oh ya, kenapa aku letak tajuk pos aku 'Otaku no Nikki'? Otaku no Nikki dalam bahasa Jepun, Diari seorang Geek, dan itu menandakan ia adalah sebahagian aktiviti atau diari hidup aku sedikit dalam seharian. Yang perlu saja aku pos yang rahsia iya tetap rahsia. ekeke. Aku memang geek apa, geek yang pelik. Tapi aku gembira dengan hidup aku. Haha. Kau orang pun kena gembira dan jangan peduli cakap orang selagi ia tak mengganggu atau melampaui batas cukup. Kan. Oklah, tengoklah apa aku dah buat hari ni. Gambar je pun tapi ia sangat gila bagi aku. Adeh.

watasi no nikki ~

Mac 07, 2012

Peeeeergh! Malu siot...!!!

Salam semua..bagi mereka2 yang nak tidur kejap lagi, oyasuminasai & yang baru bangun tu, ohayougozaimasu..ekeke..aku hari ni macam mana? aduh, sumpah malu gila aku. Kat tempat kerja? taklah, ni lepas kerja. Sumpah gila malu hari ni. Semua jadi lepas aku balik kerja macam biasa pukul 10 malam. Muka aku sampai sekarang merah lebam sebab segan gila kot.. Kenapa? Aku nak cerita lah ni..

Cerita mula macam ni, aku macam biasalah balik kerja, tengah2 drive sambil2 tu layan lagu sambil berdansa. Ye lah aku kan kepala gila sikit kadang2, ok2, selalu. Masa tengah stop kat trafik light tu, aku tengah layan lagu Morning Musume ~ Pyoko Pyoko Ultra. Dah lagu kegemaran aku, aku menari dan berjoget la apa lagi. Tapi tak ada lah sampai goyang kereta, adoyai. Just biasa2 je la. Aku ni sengal dah tau nak berdansa bagai, tingkap kereta bukak bukan main besar, lepas tu ada lah satu kereta kat sebelah aku je, ada awek ni dok usha aku semacam je. Ye lah mana tak nampak, kawasan tu terang, biasa aku nak berdansa aku naik tingkap separuh baru aku aman damai nak berdansa. Maklumlah tinted gelap & aku malam paling tak suka guna air-cond sebab kat ofis dah air-cond kat kereta pun naik air-cond lagi. Sambung balik, aku pun perasan la awek tu tengok aku, aku cepat2 tutup tingkap kereta aku. Alamak ai, malu gila kot. Tu aku boleh terimalah sebab aku drive macam biasa kat pasir gudang highway kalau tak 130kmj tak sah aku. Driver maut kata kan..ekeke.

Ni aku nak cerita yang buat aku double malu, bukan single tapi double. Aku berhenti kat warung area Perling, aku malas nak tapau so aku makan situ, dah order nasi ayam power punya. Tengah2 tunggu datang satu awek, aku macam pernah nampak tapi ingat2 lupa. Dia dengan selamba cakap, "comellah awak tadi dengan lagu tu." aku apa lagi mula lah annoying. Aku boleh jawab "huh?". Dia senyum lebar, dia kata aku tak ingat dia ke, aku cakaplah tak. Tak pasal2 dia tunjuk gaya aku buat kat kereta tadi dan aku baru sedar dia tu ke awek duk usha aku semacam. Pergh malu gila kot. Naik segan aku. Dia tanya boleh join tak, dia sorang je. Boleh tahan lah awek tu, ada taste aku tapi aku ni dengan perempuan macam kena parkinson. Aku jawab je lah, boleh je. Sepanjang kat meja aku diam je, awek tu pun asyik senyum kat aku je. Memang tak banyak cakap pun. Aku buat2 tengok tv, tapi dia tengok aku je. Apa sey aku ni, malu kot. Tak lama dia cakap, "awak ni memang minat jepun ea.". Aku katalah, "boleh la." kelu kot nak cakap. Dia cakap lagi, "tapikan, awak ni comellah dengan lagu2 macam tu. Tak pernah nampak laki yang kereta agak cool tapi layan lagu2 macam tu." Aku,"kenapa tak boleh ea, mesti pelik kan." Awek tu balas balik,"taklah, saya suka. Jarang jumpa laki macam awak ni. nama saya Ila, awak?" . Aku balas, "farhan".

Banyak benda dia cakap, 10 patah dia cakap 1 je aku jawab. Aku dah lah tengah malu, awek ni boleh pulak. Adoi. Lepas makan aku cepat2 bayar aku gerak. Tak pasal2 aku kena bayarkan awek tu sekali. Dah terbayar pun. Nyesal tak guna. Duit aku....huhu. Aku terus blah, dia ikut aku, nak apa lagi lah dia. Rupanya dia nak pergi kat kereta dia park sebelah aku. Huh! PARK SEBELAH AKU???!! Oh Deng! Aku masuk kereta bukak tingkap dia tercegat kat tingkap. Dia ucap, "awak, thanks belanja makan." Aku, "tak ada hal, sekarang saya belanja orang lain kali orang lain belanja saya. Rezeki awak tu." Tiba2 dia hulurkan no telefon dia. "senang2 call la ye, miss call je pun boleh. Nanti jumpa lagi ok. Bye". Aku? makin annoying, dah la malu dengan awek tu, nak call harapan je lah. Huhu.

Oklah aku dah ngantuk. nak tidur dan nak lupakan peristiwa tadi. tapi entah lah. Pelik aku, perempuan oh perempuan. Dah nak tidur dah ni, sebelum tu aku bagi video lagu yang aku syok layan sampai jadi macam ni. sayonara minna-san. Oyasuminasai :)


Ambik kau, terkena daaaa.. :

Mac 05, 2012

Si Comel....キュート



Salam , ogenki desu ka minna-san! Kih3. Kalau sebelum ni aku dah intro atau perkenalkan gadis2 Morning Musume, kali ni aku nak perkenalkan gadis2 C-ute pulak. Hehe. Mereka semua ni berasal dari salah satu projek di bawah kendalian Hello! Project bagi menubuhkan satu kumpulan baru. Mereka adalah 7 dari 15 gadis2 Hello! Project Kids yang tidak terpilih untuk menganggotai satu project baru selepas Morning Musume, Berryz Kobo. Pihak pengurusan H!P merasakan bakat2 mereka dari mereka yang tidak terpilih tidak seharus di sia2 kan mereka telah menubuhkan satu lagi kumpulan, Kyuto. Dan untuk memastikan label mereka semakin kuat, pengurusan telah menjenamakan kumpulan dari indie ke mainstream dengan menjenakan semula kumpulan Kyuto kepada C-ute secara rasmi pada tahun 2007. Pada asalnya mereka di anggotai oleh 7 orang gadis dan kemudian di serapkan salah seorang anggota baru menjadikan mereka ber'8'. Namum sebelum penjenamakan dan menyerap mereka ke arena mainstream salah seorang telah menarik diri dari kumpulan ini dan menjadi ikutan lagi dua anggota. Kini, anggota ℃-ute yang tinggal terdiri dari 5 gadis2 yang comel dan manja. Oklah, aku malas nak cerita banyak lagi, so aku kenalkan seorang demi seorang anggota2 kumpulan ℃-ute secara keseluruhan.


Ahli Kumpulan Terkini :


Yajima Maimi (矢島舞美, leader)



Nakajima Saki (中島早貴)



Suzuki Airi (鈴木愛理)



Chisato Okai (岡井千聖)



Hagiwara Mai (萩原舞)



Bekas2 Ahli Kumpulan :


Murakami Megumi (村上愛, left October 31, 2006)



Arihara Kanna (有原栞菜, left July 9, 2009)



Umeda Erika (梅田えりか, graduated October 25, 2009)


Oklah, ni aku buat demi peminat C-ute dan aku buat sebab aku penyokong setia cik Maimi..ekeke..oklah, aku dah ngatuk, nak tidur dulu. Lain kali aku sambung dengan cerita lagi best dan menarik. Yeah!


FOREVER LOVE :

kuso! nemuru koto wa dekimasen!

Salam. Kan dah aku cakap nihongo malam2 pagi2 buta ni. Entah lah kenapa susah sangat aku nak tidur malam2 ni. Bila aku cuba nak tutup mata je mesti aku teringat kat dia, kuso! (deng!). Takkan lah aku rindu dekat dia, dah lama kot aku tak jumpa dia, tak contact dia. Aduh! kenapa lah susah sangat aku nak lupakan kau. Macam2 aku dah buat supaya aku lupakan kau, just anggap kau tak pernah wujud @ pernah menjadi seseorang dalam hidup aku dulu. Takkan sebab aku terbuka kotak barang2 yang pernah dia bagi kat aku dulu sampai aku jadi macam ni. Aku harap sangat aku boleh lupa segala-galanya. Bila aku dalam keadaan sedar aku memang tak ingat apa2 tapi bila aku lelapkan mata, mesti aku akan teringat kat dia.

Aku macam dah dapat terima hakikat & redha yang dia bukan untuk aku lagi tapi kenapa aku masih dapat rasakan yang aku hrus menunggu dia dan harus mengejar dia balik. Apa aku tak cukup ikhlas ke nak melupakan dia atau aku tak kuat untuk melepaskan orang yang aku sayang. Aku cuma tak mahu menjadi penghalang buat dia untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri dan aku taknak menjadi menyebab dia dan orang yang dia rasakan lagi layak untuk dia cinta tak kesampaian. Sebab aku sedar aku takkan mampu tandingi lelaki yang dia suka walaupun aku mampu bersaing dengan lelaki tu. Aku lebih rela mengundur dari jadi batu penghalang. Itu lebih baik untuk aku dan dia. Biarlah dia akan kata aku ni pengecut atau lemah sebab dia takkan tahu kenapa aku buat semua ni. Bukan sebab aku lemah atau pengecut cuma aku taknak orang yang aku sayang dan aku cinta berbelah bagi dan akhirnya terpaksa meluupakan orang yang lebih baik bagi dia. Aku tahu aku ni bodoh, kebuda-budakkan dan paling penting tak romantik dan tak reti nak berkata-kata manis.

Ada ke perempuan sanggup layan hobi aku yang minat denga gundam, plamo atau apa saja yang macam kebudak-budakan. Sanggup ke seorang perempuan bersama seorang lelaki yang layan musik metal dan j-pop idol macam aku layan A7X & Morning Musume. Ada ke seorang perempuan dapat rasakan masa depan terjamin dengan seseorang yang banyak hutang, belajar pun tak habis atau kerja sebagai kuli semata-mata. Aku tau dia tak berfikiran macam tu cuma aku yakin situasi aku belum mampu dan layak membahagiakan dia. Banyak ilmu aku tak cukup di dada dan banyak perkara yang aku tak fasih mengenai perempuan dan semua tu aku takkan dapat belajar selagi aku tak buang semua minat aku. Tapi harus ke aku buang semua minat & hobi aku semata-mata mengharapkan seorang perempuan minat pada aku. Aku cuma nak seorang perempuan itu faham dan mengerti minat dan kemahuan aku. Sokong aku dan tak menjatuhkan semangat aku.

Kadang aku agak cemburu dengan kawan2 Gundam Fans aku yang mana ada isteri yang sporting dan support suami mereka dengan hobi masing2. Ada yang teman wanita siapkan hadiah mereka set/kotak gundam walaupun yang paling murah. Aku tak mintak mana2 perempuan belikan aku, cukup sekadar faham dan sokong minat aku. Aku tau aku tak mampu nak beli yang mahal2 tapi sokongan macam bagi galakan aku menyimpan itu cukup. Hmm

Tapi tulah, hidup ni bukan semuanya baik dan berjalan baik. Tapi aku berharap sangat aku di temukan seseorang yang mampu menjadi nadi dalam hidup aku dan aku tak kisah siapa pun dia. Biarlah takdir yang akan memberi kepastian dan aku cuma mampu berusaha. Hehe.

Tengok, kan aku dah merepek malam2 pagi2 buta macam ni. Adoi. Dah aku nak pergi mandi dan solat kejap, mintak tenangkan hati dan fikiran aku ni. Banyak sangat hasutan aku malam2 pagi2 ni. Oklah, selamat semua, oyasuminasai untuk mereka yang nak tidur kejap lagi & ohayougozaimasu untuk mereka yang baru bangun dan dah nak lakukan aktivi di pagi hari. Ekeke. Anggap je lah kenyataan aku tadi merepek meraban ye. Bye! Ja ne!


kibun yuko :


Mac 04, 2012

Massara! Love It Do!..ekekeke..

Salam! Selamat Hari Ahad! ekeke. minna-san, ogenki desu ka? watashi genki desu! Hari minggu yang sangat cerah, panas & ceria. Bagus untuk aku rehat2 kan diri dan lepak2 kat rumah. Sambil2 tu boleh aku cuci kereta, cuci baju, kemas rumah dan masak. Maklumlah duduk bujang, sorang2 pulak tu. Kenalah buat sendiri kan, bukan ada bini pun nak tolong buat semua tu. Ekeke. Kahwin? Alamak, nanti2 lah, calon pun tak ada. Nak buat hari biasa comfirm malas maklumlah balik kerja dah penat, paling2 larat pun online je lah.

Lagi pun aku tengok Bun-Bun (kereta aku*) dah kotor sangat, dah macam kereta rally. Kih3. Kenapa kereta aku kotor sangat? Dah aku kerja kawasan perindustrian, bukan kat bandar. Sebab tu lah kotor, kalau aku kerja kawasan bandar aku rasa kereta aku tak ada lah kereta aku kotor sangat. Paling2 pun berdebu je ok. Parking kereta pun kat kawasan lapang bukan ada tar pun, tapi oklah tak ada lah kereta aku terdedah dengan bahaya sangat. Ekeke. Rumah aku bersih beb, dah aku sorang je duduk, dapur jarang sentuh melainkan hujung minggu, semua makan kedai. Nak masak nak kemas mana ada masa. Baju aku boleh basuh sendiri dan tak perlu laundry kot. Aku basuh lagi bersih siap bau wangi lagi. hehe.

Biasa kalau aku dah tak ada apa2 nak buat, bila semua dah selesai, apa lagi, backlogs aku lah aku tengok. Kalau ada gundam yang boleh di buat, aku buat. Kalau tak ada, aku layan DVD lah kerja aku, tak pun layan anime.

Ada jugak member2 ajak aku keluar hujung minggu macam ni, tapi aku malas nak keluar. Baik aku duduk rumah dan kemas rumah. Aku lebih suka berehat dari keluar buang duit tak tentu hala. Sekali sekala boleh la keluar. 6 hari kerja nak juga 1 hari lepak rumah, tenangkan fikiran. kan. Entah, sejak aku dah tak ada sesiapa ni aku lebih selesa duduk kat rumah dan kurang bergaul dengan sesiapa. Banyak benda aku lebih sendiri dan diamkan dari aku bercakap. Mungkin apa yang aku cakap akan buat orang sakit hati atau tersinggung. Adik aku cakap aku masih teringat dan rindu kat seseorang dan perlukan masa untuk aku tenangkan diri. Entahlah aku pun tak tahu apa yang aku nak. Sampai sekarang susah aku nak lupakan tentang masa tu. Makin kuat adalah tapi apalah aku boleh buat kan, dia dah tentu bahagia dan happy dengan orang lain. Aku? senang macam ni lah, sibukkan hari2 aku dan buat2 macam tak ada apa2. Alamak! kan aku dan beremosi, ekeke. Oklah, malas aku nak cerita banyak. Lebih baik aku sambung backlogs aku.

Tapi kan, sebelum aku blah, aku bagi korang layan lagu kegemaran aku dari gadis2 °C-ute ~ 『Massara Blue Jeans』. Layan kan je lah ok. Bye, Ja ne!


°C-ute ~ 『Massara Blue Jeans』

Umeda Erika Yajima Maimi Murakami Megumi Arihara Kanna
Nakajima Saki Suzuki Airi Okai Chisato Hagiwara Mai

"massara BURUU JIINZU!"

NON NON
naitatte wakannai
NON NON

sonnan ja hajimannai

NON NON
imadoki nara
NON NON
waratte LET'S GO

[Um/Ar] ima ni mitero to
[Ya/Ok] jibun ni mahou kaketara
[Na/Ha] IMAJINEESHON
[Mu/Su] saa ookiku fukuramasete

massara pin no BURUU JIINZU
nanige ni kikuzu shite
ooki na yume wo hanashitara
bijin ni natta


massara pin no seishun
sarige ni kikonashite
amazuppai eiga mitai ni
Take me out!
All long time

DOTABATA shitete mo
Love Me! x4
mechakucha shitai no
Love Me Do!

DOTABATA shitete mo
Love Me! x4
mechakucha shitai no
Love Me Do!

NON NON
junjou tte wakannai
NON NON
kantan ja tsumannai

NON NON
kimochi shidai
NON NON
Don't stop the music

[Um/Ar] irun ja nai ka
[Ya/Ok] muda na MONO tte naani?
[Na/Ha] IRUMINEESHON
[Mu/Su] saa terase yo yukute no saki

massara pin no BURUU JIINZU
omoikkiri yogoshite
soko kara hajimaru shinpi wa
bunseki funou sa


massara pin no seishun
omoikkiri hashaide
shuumatsu no yoru no kibun de
Take me out!
All long time

DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!

DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!

massara pin no BURUU JIINZU
nanige ni kikuzu shite
ooki na yume wo hanashitara
bijin ni natta


massara pin no BURUU JIINZU
omoikkiri yogoshite
soko kara hajimaru shinpi wa
bunseki funou sa


massara pin no seishun
omoikkiri hashaide
shuumatsu no yoru no kibun de
Take me out!
All long time

DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!


Massara! Love It Doo! :



Mac 02, 2012

Bulan Berjimat Cermat..ekeke

Salam..Minna-san, ogenki desu ka?ekeke..watasi genki desu! apa lah yang aku katakan bulan ni kena berjimat cermat..Mana tak aku kena saving untuk renew roadtax & insurans hujung bulan 3 ni. Betul2 kena tarikh lahir aku, 22mac2012..kih3..apa boleh buat, dah nasib badan.

Bulan ni tak ada gundam aku beli sebab masih ada backlogs yang tak buat2 lagi. Ada 3 kotak. bolehlah tahan sampai bulan 4 nanti. Sebab aku target lepas ni nak angkat MGF Wild Tiger. So kena saving2 lah sikit sebab MGF agak mahallah harganya.. Bulan ni gaji boleh tahan lah sebab OT kaw2 punya..ekeke..dapat gaji je 1/3 da abis buat bayar itu ini dan 1/3 pakai sara hidup dan 1/3 tu untuk roadtax & insurans..huhu..Semalam baru je aku tukar tayar Bun2 aku, maklumlah dah botak sangat..bulan depan kena tukar lagi dua..ingat nak tukar 4 biji terus tapi alamak budget tak adalah pulak..tapi boleh tahan lagi lah..Alaa, bulan ni tak kemana sangat..dalam2 jB je..

Cuma bulan ni untuk entertainment aku cuma beli satu DVD je..tu pun just DVD konsert Hello! Project 2009 Winter..DVD ni aku beli sebab dia ada dua konsert, satu konsert budak2 semasa (tahun 2009) dalam Mobekimasu [Morning Musume + Berryz Kobo + C-ute + Mano Erina + S/Mileage] dan satu lagi elder club, ex-Morning Musume la..dah tentu2 aku nak tengok cik Yossi sekali..ekeke..semua dapat tengok dalam konsert ni, Cik Yoshizawa Hitomi, Cik Maimi Yajima, Cik Niigaki Risa & Cik Saki Shimizu..ngeh3..kawaii-ne!!!

Hmm bulan depan budget entertainment aku comfirm tak tergugat dan aku nak turun Melaka mencari stok2 DVD baru..ekeke..dah lama tak cari barang2 Hello! Project kat sana, sana pun port jugak..kat Johor ni cepat sangat sold out..ekeke..aku pun tak ada apa2 nak komen banyak2..apa pun sekarang masa aku nak layan konsert cik2 aku..ok..bye..sayonara minna-san..ngeh3..


fuuuuuuuuh..kering daa ni..ekeke:

Mac 01, 2012

Wallpaper Desktop Mac 2012

Salam..konbawa minna-san. kih3..kali ni aku nak buat satu segmen baru. Segmen karut aku lah. Aku nak post wallpaper desktop aku untuk setiap bulan start dari bulan Mac. Ngeh3. Untuk bulan Mac ni, inilah hasilnya. Kih3, jangan jeles haaaa..


kawaii-ne.....kih3 :

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "