Mei 10, 2011

Hello, Hallo, Hola & Привет

Haha..Assalamualaikum semua, ini adalah blog peribadi aku yang baru. Blog Dzeko Creative's masih ada cuma blog tu semua tentang aku dan dia. Aku nak mulakan langkah baru aku tanpa dia. Walaupun aku masih mengharapkan sesuatu keajaiban yang dia akan kembali pada aku suatu masa nanti. Aku tetap masih sayang dan cintakan dia. Tapi aku harus teruskan kehidupan ni dan aku tak mahu hidup dalam keadaan yang tak menentu sepanjang masa. Biarlah Allah saja akan tentukan arah tuju aku dan dia. Insya-Allah. Ada jodoh tak ke mana. Dan sebab itulah aku menamakan blog terbaru aku ni Locomotive Life's.

Kenapa aku pilih Locomotive? Kalau kita lihat lah, locomotive adalah sejenis kenderaan dan ia adalah sama seperti keretapi cuma ia mungkin lagi hebat. Kalau nak bagi nama Train macam tak best, baik aku letak locomotive. hehe. Locomotive ni bergerak sentiasa kedepan dan tak akan berundur, kalau berundur pun sebab nak tukar haluan ke destinasi lain. Aku nak hidup aku sentiasa bergerak pantas dan laju sepertimana Locomotive. Aku harap dengan kewujudan blog baru ni akan bagi aku semangat baru biarpun aku masih dalam kesedihan mengenangkan dirinya yang belum tentu kenangkan diri aku. hehe.

Apa pun, jom layan entri2 baru aku tentang apa yang aku lalui sepanjang hari2 aku di dalam dunia nyata mahupun maya. Okey. Layan Yok..

Salam Kabare Penumpang Locomotive:
captain farhan zikri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "