Mei 28, 2011

KeHiDuPaN BaHaGiaN 3 X ЖИЗНЬ ЧАСТЬ 3


Hidup tak seindah yang kita impikan dan tak juga seburuk yang kita rasakan. Cuma dalam kehidupan yang kadang kala sukar bagi kita harus ada perkataan 'Sabar'. Kesabaran adalah kunci kepada semua kekalutan dan kekeliruan yang sedang kita lalui dalam hari-hari kita. Sebab kesabaran mampu membuat kita membuat keputusan yang lebih baik dan teratur berbanding dengan sikap yang tidak mahu sabar atau kesabaran yang terbatas. Kenapa kita tak mampu bersabar atau bersabar untuk sedikit masa lagi. Ini semua adalah kerana diri kita sendiri dan sikap ego kita yang tak mahu bersabar. Benar kadang kala manusia punya had kesabaran tapi pernah tak terfikir kenapa kita tak boleh bersabar sedang kita dah bersabar dengan sesuatu dengan jangka masa lama. Dugaan hidup dan cabaran sentiasa membuat kita tertekan dan keliru dan cara bagi atasinya cuma kesabaran yang mampu membuat kita menilai sesuatu dengan semasak-masaknya.

Kesabaran ni mungkin ada ganjaran yang kita tak tahu hasilnya cuma bagi mereka yang bersabar dengan penuh kerelaan dan keikhlasan saja yang mampu mengecapi hasilnya. Bukan semua orang mampu menikmati manis dalam kesabaran tapi sekurang-kurangnya kemanisan dalam kesabaran akan mengajar kita sikap lebih rasional tanpa memikirkan soal-soal negatif. Emosi kadang kala mencacatkan tahap kesabaran tapi selagi kita tidak terlalu bermain dengan emosi selagi itu kita mampu bersabar dan mengharungi dengan teratur.

Emosi ialah satu nafsu yang sukar di bendung dan ia tak mampu di hapuskan begitu saja. Tetapi emosi dapat di bendung sekirannya kita sabar dalam membuat sesuatu perkara agar tidak menyesal di kemudian hari. Selemah mana kita sekuat mana kita harus sentaisa perbanyakkan kesabaran. Hidup mungkin sukar tapi sabar itu akan membantu kita lalui hidup dengan ketenangan tanpa rasa tekanan atau mungkin terkurang beban di bahu. Aku tahu aku pun tak sempurna tapi apa yang aku lalui dan apa yang aku tahu tentang kesabaran mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam menilai kehidupan yang perlukan kesabaran dari emosi. Supaya kita tak menyesali setiap perbuatan yang telah kita lakukan.

nukilan ikhlas:
pendita farhan zikri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "