Kadang2 kita selalu leka dengan apa yang kita lalui seolah-olah dunia ni tercipta di kalangan kita sehinga kita takut nak keluar dari kepompong kita sendiri. Manusia sentiasa berubah mengiku masa dan keadaan cuma yang membezakan adalah sama ada perubahan itu positif ataupun negatif. Sebab apa yang terjadi bukan kehendak sesiapa ataupun keadaan tetapi kehendak diri sendiri. Kita sebagai manusia kadang2 tak mahu menerima kenyataan apayang kita lakukan itu salah sendiri dan apabila ianya menjadi semakin tak tentu kita masih menganggap ia bukan kehendak kita. Benar semua ketentuan atas izin DIA tapi pernah tak terfikir yang semua ini terjadi berpunca dari kita. Kerana kita yang mereka perjalanan kita dan kita juga penentu masa depan dan hasilnya hanya datang dari izin Yang Maha Esa.
Manusia sentiasa mahukan sesuatu yang baru dan sentiasa ingin tahu lebih dari apa yang di jangka. Kita tidak seharusnya mempertikaikan apa yang berlaku sebaliknya cuba menilai ia dari sudut 360darjah. Mungkin ada baik dan mungkin juga ada buruknya yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Jangan kita mengharapkan sesuatu akan kekal baik kerana kita sendiri sentiasa mahukan kelainan dalam hidup. Kita harus sentiasa bersedia menerima segala kelainan yang terjadi sama baik atau buruk. Ia akan menjadikan kita sentiasa bersedia dan sentiasa berada dalam landasan terbaik. Tak kiralah ia terjadi dalam apa jua keadaan dan kita harus bersedia menghadapinya. Ini apa yang aku lalui sepanjang hidup aku dan aku selalu mengharapkan ianya kekal tapi pada hakikatnya aku sentiasa mahu kelainan tanpa mengira kesan dan akibat dari tindakkan aku.
Apa yang boleh aku katakan adalah kita harus menerima segala yang terjadi dengan ikhlas dan redha menerima segala apa yang terjadi. Jangan terlalu berharap yang lain akan kekal pada hakikat kita sendiri mahukan kelainan. Hidup jangan terlalu memandang masalah sebaliknya ceria menghadapi apa jua rintangan dan leraikan segala permasalahan dengan cara yang terbaik tanpa mengikut perasaan. Kerana pepatah ada mengatakan,"ikut rasa binasa, ikut hati mati". Baik kita lalui hidup dengan cara yang mudah dan sentiasa berfikiran positif dari merasa terseksa kerana perkara yang kita lakukan. Saling bermaafan dan ikhlas adalah kunci terbaik dalam kehidupan kerana tanpa keikhlasan atau sifat memaafkan hidup akan sentiasa di bayangi rasa kekosongan dan sempit. Baiklah ini yang mampu aku kongsikan buat masa ini dan aku akan luahkan apa yang aku rasa dan kesilapan lalu aku agar semua boleh di perbetulkan. Sekian.

curhat ikhlas dari:
pendita farhan zikri
pendita farhan zikri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan