"'Jangan mencari seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita . Tetapi carilah seseorang yang mampu menghadapi masalah bersama dan tidak akan pernah meninggalkan kita seorang diri untuk mengharunginya"'
Satu frasa yang indah bagi aku dan karya picisan yang baik bagi mereka yang faham. Tapi ni bukan kerja tangan aku. Aku cuma sampaikan saja. Betul kita manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan(atas izin DIA), kita sebagai hamba perlu mencari keredhaan walaupun kita selemah-lemah makhluk tapi kita tetap sebaik-baik kejadian. Kita tak perlu kesal apa yang terjadi dan risau apa yang akan terjadi tetapi bersyukur apa yang di miliki dan berusaha apa yang kita impikan. Bukan semua kita impi akan jadi milik kita tapi mungkin akan ada yang lagi baik yang akan kita miliki sekarang, cuma beza lambat atau cepat. Itu yang menjadi persoalan.
Aku akui banyak kelemahan yang aku gagal tangani dan aku terlalu bergantung pada ketentuan yang tak pasti hala tujunya. Tapi tu bukan bermakna aku telah tersilap langkah cuma aku harus memperbaiki segala apa yang aku tersilap dan memperbetulkan jalan kita sendiri. Takkan ada yang mampu mengubah nasib melainkan diri kita sendiri. Hidup kita jangan terlalu berharap kepada benda yang tak pasti sebaliknya mencari apa yang kita harapkan. Berhasil atau tidak semua terletak pada kita. Nasib kita semua terletak pada diri kita dan kesilapan kita juga berpunca dari sikap dan peribadi sendiri.
Kenapa kita tertekan? Semuanya kerana kita gagal mengawal apa yang menganggu kita, apa yang kita cuba elakkan atau apa yang kita serabutkan. Semua berpunca dari dalam diri dan tak ada unsur lain yang membuatnya. Walau kita tahu kehadiran iblis menghasut tapi itu tak bermakna iblis lah penyebab. Iblis cuma penambah rasa kepada kekusutan tapi kita yang sebagai bahan utama yang menyebabkan sesuatu itu menjadi kelam-kabut. Semua masalah ada penyelesaian cuma jangan kita terbeban kerana ia. Tak kiralah sesiapa pun, setiap yang terjadi pasti ada sebab dan setiap perkara pasti ada jawapan. Jangan kita hidup di bawah bayang-bayang yang terjadi akibat kesilapan dan kekeliruan kita sendiri kerana jika ia terjadi hanya diri kita yang menjadi penyebab dan sendiri yang perlu memperbetulkan. Bantuan yang di terima dari sesiapa pun cuma satu ikhtiar.
Jangan kita keliru dengan diri dan sikap kita sendiri kerana ia akan membunuh jiwa dan roh kita sendiri. Kenapa mesti ada keliru jika kita yang pilih jalan itu kerana kita yang menentukan masa depan kita dan pilih jalan mana yang terbaik. Jangan sesekali sesali apa yang kita buat tetapi memperbaiki dan memulihara apa yang berlaku. Ramai akan menderita sekiranya kita tak membuat keputusan dengan bijak dan adil. Jika sesuatu berlaku jangan terlalu angkuh dan yakin bahawa kamu adalah terbaik. Kerana ada yang lebih baik dari kamu. Jangan membuat keputusan terburu-buru andai ia terjadi dalam keadaan tertekan,beremosi dan marah kerana ia akan membuat kamu menderita di masa depan,percayalah!
Takkan ada jalan dan jawapan sekiranya kita was-was dengan apa yang kita lakukan sebaliknya tabah menghadapi dugaan. Saya bukanlah terbaik tapi saya cuma mahu, tidak akan terjadi apa yang berlaku pada generasi lain. Jangan kita anggap dunia berpusing hanya untuk kita tapi ia berpusing untuk semua.

pendita:
captain farhan zikri
captain farhan zikri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan