watasi no nikki ~
watasi no nikki ~
Cerita mula macam ni, aku macam biasalah balik kerja, tengah2 drive sambil2 tu layan lagu sambil berdansa. Ye lah aku kan kepala gila sikit kadang2, ok2, selalu. Masa tengah stop kat trafik light tu, aku tengah layan lagu Morning Musume ~ Pyoko Pyoko Ultra. Dah lagu kegemaran aku, aku menari dan berjoget la apa lagi. Tapi tak ada lah sampai goyang kereta, adoyai. Just biasa2 je la. Aku ni sengal dah tau nak berdansa bagai, tingkap kereta bukak bukan main besar, lepas tu ada lah satu kereta kat sebelah aku je, ada awek ni dok usha aku semacam je. Ye lah mana tak nampak, kawasan tu terang, biasa aku nak berdansa aku naik tingkap separuh baru aku aman damai nak berdansa. Maklumlah tinted gelap & aku malam paling tak suka guna air-cond sebab kat ofis dah air-cond kat kereta pun naik air-cond lagi. Sambung balik, aku pun perasan la awek tu tengok aku, aku cepat2 tutup tingkap kereta aku. Alamak ai, malu gila kot. Tu aku boleh terimalah sebab aku drive macam biasa kat pasir gudang highway kalau tak 130kmj tak sah aku. Driver maut kata kan..ekeke.
Ni aku nak cerita yang buat aku double malu, bukan single tapi double. Aku berhenti kat warung area Perling, aku malas nak tapau so aku makan situ, dah order nasi ayam power punya. Tengah2 tunggu datang satu awek, aku macam pernah nampak tapi ingat2 lupa. Dia dengan selamba cakap, "comellah awak tadi dengan lagu tu." aku apa lagi mula lah annoying. Aku boleh jawab "huh?". Dia senyum lebar, dia kata aku tak ingat dia ke, aku cakaplah tak. Tak pasal2 dia tunjuk gaya aku buat kat kereta tadi dan aku baru sedar dia tu ke awek duk usha aku semacam. Pergh malu gila kot. Naik segan aku. Dia tanya boleh join tak, dia sorang je. Boleh tahan lah awek tu, ada taste aku tapi aku ni dengan perempuan macam kena parkinson. Aku jawab je lah, boleh je. Sepanjang kat meja aku diam je, awek tu pun asyik senyum kat aku je. Memang tak banyak cakap pun. Aku buat2 tengok tv, tapi dia tengok aku je. Apa sey aku ni, malu kot. Tak lama dia cakap, "awak ni memang minat jepun ea.". Aku katalah, "boleh la." kelu kot nak cakap. Dia cakap lagi, "tapikan, awak ni comellah dengan lagu2 macam tu. Tak pernah nampak laki yang kereta agak cool tapi layan lagu2 macam tu." Aku,"kenapa tak boleh ea, mesti pelik kan." Awek tu balas balik,"taklah, saya suka. Jarang jumpa laki macam awak ni. nama saya Ila, awak?" . Aku balas, "farhan".
Banyak benda dia cakap, 10 patah dia cakap 1 je aku jawab. Aku dah lah tengah malu, awek ni boleh pulak. Adoi. Lepas makan aku cepat2 bayar aku gerak. Tak pasal2 aku kena bayarkan awek tu sekali. Dah terbayar pun. Nyesal tak guna. Duit aku....huhu. Aku terus blah, dia ikut aku, nak apa lagi lah dia. Rupanya dia nak pergi kat kereta dia park sebelah aku. Huh! PARK SEBELAH AKU???!! Oh Deng! Aku masuk kereta bukak tingkap dia tercegat kat tingkap. Dia ucap, "awak, thanks belanja makan." Aku, "tak ada hal, sekarang saya belanja orang lain kali orang lain belanja saya. Rezeki awak tu." Tiba2 dia hulurkan no telefon dia. "senang2 call la ye, miss call je pun boleh. Nanti jumpa lagi ok. Bye". Aku? makin annoying, dah la malu dengan awek tu, nak call harapan je lah. Huhu.
Oklah aku dah ngantuk. nak tidur dan nak lupakan peristiwa tadi. tapi entah lah. Pelik aku, perempuan oh perempuan. Dah nak tidur dah ni, sebelum tu aku bagi video lagu yang aku syok layan sampai jadi macam ni. sayonara minna-san. Oyasuminasai :)
Ambik kau, terkena daaaa.. :

Ahli Kumpulan Terkini :

Yajima Maimi (矢島舞美, leader)

Nakajima Saki (中島早貴)

Suzuki Airi (鈴木愛理)

Chisato Okai (岡井千聖)

Hagiwara Mai (萩原舞)
Bekas2 Ahli Kumpulan :

Murakami Megumi (村上愛, left October 31, 2006)

Arihara Kanna (有原栞菜, left July 9, 2009)

Umeda Erika (梅田えりか, graduated October 25, 2009)
Oklah, ni aku buat demi peminat C-ute dan aku buat sebab aku penyokong setia cik Maimi..ekeke..oklah, aku dah ngatuk, nak tidur dulu. Lain kali aku sambung dengan cerita lagi best dan menarik. Yeah!
FOREVER LOVE :
Aku macam dah dapat terima hakikat & redha yang dia bukan untuk aku lagi tapi kenapa aku masih dapat rasakan yang aku hrus menunggu dia dan harus mengejar dia balik. Apa aku tak cukup ikhlas ke nak melupakan dia atau aku tak kuat untuk melepaskan orang yang aku sayang. Aku cuma tak mahu menjadi penghalang buat dia untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri dan aku taknak menjadi menyebab dia dan orang yang dia rasakan lagi layak untuk dia cinta tak kesampaian. Sebab aku sedar aku takkan mampu tandingi lelaki yang dia suka walaupun aku mampu bersaing dengan lelaki tu. Aku lebih rela mengundur dari jadi batu penghalang. Itu lebih baik untuk aku dan dia. Biarlah dia akan kata aku ni pengecut atau lemah sebab dia takkan tahu kenapa aku buat semua ni. Bukan sebab aku lemah atau pengecut cuma aku taknak orang yang aku sayang dan aku cinta berbelah bagi dan akhirnya terpaksa meluupakan orang yang lebih baik bagi dia. Aku tahu aku ni bodoh, kebuda-budakkan dan paling penting tak romantik dan tak reti nak berkata-kata manis.
Ada ke perempuan sanggup layan hobi aku yang minat denga gundam, plamo atau apa saja yang macam kebudak-budakan. Sanggup ke seorang perempuan bersama seorang lelaki yang layan musik metal dan j-pop idol macam aku layan A7X & Morning Musume. Ada ke seorang perempuan dapat rasakan masa depan terjamin dengan seseorang yang banyak hutang, belajar pun tak habis atau kerja sebagai kuli semata-mata. Aku tau dia tak berfikiran macam tu cuma aku yakin situasi aku belum mampu dan layak membahagiakan dia. Banyak ilmu aku tak cukup di dada dan banyak perkara yang aku tak fasih mengenai perempuan dan semua tu aku takkan dapat belajar selagi aku tak buang semua minat aku. Tapi harus ke aku buang semua minat & hobi aku semata-mata mengharapkan seorang perempuan minat pada aku. Aku cuma nak seorang perempuan itu faham dan mengerti minat dan kemahuan aku. Sokong aku dan tak menjatuhkan semangat aku.
Kadang aku agak cemburu dengan kawan2 Gundam Fans aku yang mana ada isteri yang sporting dan support suami mereka dengan hobi masing2. Ada yang teman wanita siapkan hadiah mereka set/kotak gundam walaupun yang paling murah. Aku tak mintak mana2 perempuan belikan aku, cukup sekadar faham dan sokong minat aku. Aku tau aku tak mampu nak beli yang mahal2 tapi sokongan macam bagi galakan aku menyimpan itu cukup. Hmm
Tapi tulah, hidup ni bukan semuanya baik dan berjalan baik. Tapi aku berharap sangat aku di temukan seseorang yang mampu menjadi nadi dalam hidup aku dan aku tak kisah siapa pun dia. Biarlah takdir yang akan memberi kepastian dan aku cuma mampu berusaha. Hehe.
Tengok, kan aku dah merepek malam2 pagi2 buta macam ni. Adoi. Dah aku nak pergi mandi dan solat kejap, mintak tenangkan hati dan fikiran aku ni. Banyak sangat hasutan aku malam2 pagi2 ni. Oklah, selamat semua, oyasuminasai untuk mereka yang nak tidur kejap lagi & ohayougozaimasu untuk mereka yang baru bangun dan dah nak lakukan aktivi di pagi hari. Ekeke. Anggap je lah kenyataan aku tadi merepek meraban ye. Bye! Ja ne!
kibun yuko :
Lagi pun aku tengok Bun-Bun (kereta aku*) dah kotor sangat, dah macam kereta rally. Kih3. Kenapa kereta aku kotor sangat? Dah aku kerja kawasan perindustrian, bukan kat bandar. Sebab tu lah kotor, kalau aku kerja kawasan bandar aku rasa kereta aku tak ada lah kereta aku kotor sangat. Paling2 pun berdebu je ok. Parking kereta pun kat kawasan lapang bukan ada tar pun, tapi oklah tak ada lah kereta aku terdedah dengan bahaya sangat. Ekeke. Rumah aku bersih beb, dah aku sorang je duduk, dapur jarang sentuh melainkan hujung minggu, semua makan kedai. Nak masak nak kemas mana ada masa. Baju aku boleh basuh sendiri dan tak perlu laundry kot. Aku basuh lagi bersih siap bau wangi lagi. hehe.
Biasa kalau aku dah tak ada apa2 nak buat, bila semua dah selesai, apa lagi, backlogs aku lah aku tengok. Kalau ada gundam yang boleh di buat, aku buat. Kalau tak ada, aku layan DVD lah kerja aku, tak pun layan anime.
Ada jugak member2 ajak aku keluar hujung minggu macam ni, tapi aku malas nak keluar. Baik aku duduk rumah dan kemas rumah. Aku lebih suka berehat dari keluar buang duit tak tentu hala. Sekali sekala boleh la keluar. 6 hari kerja nak juga 1 hari lepak rumah, tenangkan fikiran. kan. Entah, sejak aku dah tak ada sesiapa ni aku lebih selesa duduk kat rumah dan kurang bergaul dengan sesiapa. Banyak benda aku lebih sendiri dan diamkan dari aku bercakap. Mungkin apa yang aku cakap akan buat orang sakit hati atau tersinggung. Adik aku cakap aku masih teringat dan rindu kat seseorang dan perlukan masa untuk aku tenangkan diri. Entahlah aku pun tak tahu apa yang aku nak. Sampai sekarang susah aku nak lupakan tentang masa tu. Makin kuat adalah tapi apalah aku boleh buat kan, dia dah tentu bahagia dan happy dengan orang lain. Aku? senang macam ni lah, sibukkan hari2 aku dan buat2 macam tak ada apa2. Alamak! kan aku dan beremosi, ekeke. Oklah, malas aku nak cerita banyak. Lebih baik aku sambung backlogs aku.
Tapi kan, sebelum aku blah, aku bagi korang layan lagu kegemaran aku dari gadis2 °C-ute ~ 『Massara Blue Jeans』. Layan kan je lah ok. Bye, Ja ne!
°C-ute ~ 『Massara Blue Jeans』
Umeda Erika Yajima Maimi Murakami Megumi Arihara Kanna
Nakajima Saki Suzuki Airi Okai Chisato Hagiwara Mai
"massara BURUU JIINZU!"
NON NON
naitatte wakannai
NON NON
sonnan ja hajimannai
NON NON
imadoki nara
NON NON
waratte LET'S GO
[Um/Ar] ima ni mitero to
[Ya/Ok] jibun ni mahou kaketara
[Na/Ha] IMAJINEESHON
[Mu/Su] saa ookiku fukuramasete
massara pin no BURUU JIINZU
nanige ni kikuzu shite
ooki na yume wo hanashitara
bijin ni natta
massara pin no seishun
sarige ni kikonashite
amazuppai eiga mitai ni
Take me out!
All long time
DOTABATA shitete mo
Love Me! x4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
DOTABATA shitete mo
Love Me! x4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
NON NON
junjou tte wakannai
NON NON
kantan ja tsumannai
NON NON
kimochi shidai
NON NON
Don't stop the music
[Um/Ar] irun ja nai ka
[Ya/Ok] muda na MONO tte naani?
[Na/Ha] IRUMINEESHON
[Mu/Su] saa terase yo yukute no saki
massara pin no BURUU JIINZU
omoikkiri yogoshite
soko kara hajimaru shinpi wa
bunseki funou sa
massara pin no seishun
omoikkiri hashaide
shuumatsu no yoru no kibun de
Take me out!
All long time
DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
massara pin no BURUU JIINZU
nanige ni kikuzu shite
ooki na yume wo hanashitara
bijin ni natta
massara pin no BURUU JIINZU
omoikkiri yogoshite
soko kara hajimaru shinpi wa
bunseki funou sa
massara pin no seishun
omoikkiri hashaide
shuumatsu no yoru no kibun de
Take me out!
All long time
DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
DOTABATA shitete mo
Love Me! x 4
mechakucha shitai no
Love Me Do!
Massara! Love It Doo! :
Bulan ni tak ada gundam aku beli sebab masih ada backlogs yang tak buat2 lagi. Ada 3 kotak. bolehlah tahan sampai bulan 4 nanti. Sebab aku target lepas ni nak angkat MGF Wild Tiger. So kena saving2 lah sikit sebab MGF agak mahallah harganya.. Bulan ni gaji boleh tahan lah sebab OT kaw2 punya..ekeke..dapat gaji je 1/3 da abis buat bayar itu ini dan 1/3 pakai sara hidup dan 1/3 tu untuk roadtax & insurans..huhu..Semalam baru je aku tukar tayar Bun2 aku, maklumlah dah botak sangat..bulan depan kena tukar lagi dua..ingat nak tukar 4 biji terus tapi alamak budget tak adalah pulak..tapi boleh tahan lagi lah..Alaa, bulan ni tak kemana sangat..dalam2 jB je..
Cuma bulan ni untuk entertainment aku cuma beli satu DVD je..tu pun just DVD konsert Hello! Project 2009 Winter..DVD ni aku beli sebab dia ada dua konsert, satu konsert budak2 semasa (tahun 2009) dalam Mobekimasu [Morning Musume + Berryz Kobo + C-ute + Mano Erina + S/Mileage] dan satu lagi elder club, ex-Morning Musume la..dah tentu2 aku nak tengok cik Yossi sekali..ekeke..semua dapat tengok dalam konsert ni, Cik Yoshizawa Hitomi, Cik Maimi Yajima, Cik Niigaki Risa & Cik Saki Shimizu..ngeh3..kawaii-ne!!!
Hmm bulan depan budget entertainment aku comfirm tak tergugat dan aku nak turun Melaka mencari stok2 DVD baru..ekeke..dah lama tak cari barang2 Hello! Project kat sana, sana pun port jugak..kat Johor ni cepat sangat sold out..ekeke..aku pun tak ada apa2 nak komen banyak2..apa pun sekarang masa aku nak layan konsert cik2 aku..ok..bye..sayonara minna-san..ngeh3..
fuuuuuuuuh..kering daa ni..ekeke:
Salam..konbawa minna-san. kih3..kali ni aku nak buat satu segmen baru. Segmen karut aku lah. Aku nak post wallpaper desktop aku untuk setiap bulan start dari bulan Mac. Ngeh3. Untuk bulan Mac ni, inilah hasilnya. Kih3, jangan jeles haaaa..
kawaii-ne.....kih3 :
Berbalik pada apa yang guwa malaskan sangat tu. Pasal meeting lah, apa lagi daa. Aku ni kuli je takkan lah kena join sekali meeting yang membosankan tu. Adoi. Hari ni meeting pasal sistem feed back sistem baru yang dah operasi 5 bulan dan aku adalah pengguna pertama sistem yang baru di-naik-taraf. Banyak betul feedback diorang mintak. Siapa lagi, founder & programmer company la, William & Vivian, suami isteri yang handle penuh dalam pembikinan sistem ni. Jenuh aku nak menjawabnya. Dalam meeting bukan aku bertiga je daa, ada incik Tajul (bos assembly), Hussin (assistant engineer) & abam Zul (assembly advisor). Tengok, semua pangkat2 besar, aku je orang kecik. Dah lah baru baik demam, macam2 diorang tanya memang aku blur abis daa. Oh ya, sebelum aku lupa, ada seorang lagi yang attend dalam meeting tu. 'The Professor', dia sebenarnya bisnes advisor company, so dia kena ada untuk apa je yang berkaitan dengan company dari segi sistem dan maklumat. Woo lagi best, sekali attend meeting, rm1k la sey. Adeh.
2 jam jugaklah meeting ni dan aku habis berpeluh nak tunjukkan sistem mana yang kurang efektif walaupun bukan aku yang present, cik Tajul yang present tapi seram sejuk jugak. Aku bab2 communication dengan atasan memang lemau. Kih3. Sabar je lah.
Meeting......adeh :
Sampai klinik jumpa bos aku, incik Tajul. Kah3, dia biasa, buat rutin check up. Lepas tu jumpa doktor, check aku just demam panas biasa je, suhu dalam 39 darjah celcius je. tekak aku bengkak sikit. Malas nak MC, doktor bagi ubat je. Balik ofis lepas rehat makan lah ubat. Alamak, ubat ni memang mengatuk. Sepanjang hari aku macam orang lalok kat ofis, aku rilex je. Nasib member2 semua ok. Aku just tolong yang ringan dan tak turun floor sangat, takut aku tumbang je. Kih3. Semalam balik awal jugak lah, dalam pukul 6 aku scan tangan, terus balik sampai rumah. Mandi2, solat, makan ubat terus tidur. Sedar2 dah pukul 4 pagi. Pergh. Betul punya tumbang.
Pagi tadi bangun ingat nak cuti je, badan masih berat. Tapi apa boleh buat, partner aku kena balik Kluang sebab ada hal famili. Nak tak nak aku kena datang dengan badan masih berat ni. Sorang2 kena handle kaunter. Kerja semua tak tentu aku buat. Serious aku masih lemah lagi hari ni. Macam nak mati je otak aku ni. Haha. Makan semua muntah keluar balik. Adoi membazir je aku ni. Balik rumah tak ada siapa nak uruskan aku.
Tadi telefon mak wish happy birthday, 28 februari kan, negh3. Mengadulah kat mak aku yang aku demam, mak aku cakap suruhlah kawin cepat2, ada orang jaga. Adoi mak aku ni pun satu, mana nak cari bini. Aku ni bukan kerja bagus nak bagi anak orang makan. Haha. Last2 aku jawab, mak carikan je lah, anak2 buah mak kan ramai. Ngeh3..Apa pun aku sayang mak aku walaupun dia ni garang tapi dia garang bertempat dan taknak anak2 dia jadi macam dia. Walaupun orang pandang buruk kat mak aku, yang penting aku tau mak aku macam mana, dia mak terbaik aku ada dunia dan akhirat. Aku kalau boleh nak cari bini macam mak aku, yang elok lah. Mak aku garang dan tegas dengan anak2 dia. Dia utamakan anak2 dia walaupun jauh dari kami adik beradik. Dan aku tak kisah kalau orang nak cakap aku anak mak ke apa. Peduli apa, janji aku sayang mak aku dan mak aku adalah segala untuk aku. Mak, along, angah & adik sayang sangat kat mak. Kami adik-beradik sentiasa doakan terbaik untuk mak dan mak kena sihat sampai mak dapat cucu. Tak kisahlah siapa kahwin dulu. kan. ngeh3.
Tapi...agak2 kalau aku tunjuk kat mak aku yang aku nak bini macam ni boleh dapat tak. Mesti mak aku suka kan. Kih3. Aku nak bini aku comel dan cute macam cik niigaki risa.
Hopely mak aku suka dengan pilihan anak teruna dia yang gila2 ni. Haha. berangan je lah aku ni. mana nak dapat bini macam ni. ayat mak aku akan cakap. Tapi kalaulah dapat, Alhamdullilah, comfirm jaga betul2. Adeh..Ngeh3.
Guwa anak Mak :
Model Gundam / Cik2 aku
Beargguy type hANGRY - Yoshizawa Hitomi
AGE-1 Normal - Maimi Yajima
RX-178 MK-II Titans - Niigaki Risa
G-Exes - Saki Shimizu
Verde Buster - Suzuki Kanon
Aisheteru !! :
Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me
" F "